Sunday, January 6, 2019

Aerotel KLIA 2 Menawarkan Penginapan Hotel Transit Terbaik!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Perkara yang paling di takuti bila mana korang nak menggunakan perkhidmatan kapal terbang salah satunya ialah takut terlepas flight? Betul tak? Lagi-lagi yang flight pagi-pagi buta tu. Dalam  minda dah set awal-awal mesti sampai Airport paling kurang 3 jam sebelum berlepas. Tak kisah sama ada korang ada check-in luggage ataupun tidak sebab dengan keadaan airport yang besar. Terkejar-kejar nanti. Lokasi KLIA pun jauh daripada KL lebih kurang 40 minit untuk sampai. Cara paling selamat ialah dengan menginap di hotel transit. Baru-baru ini Faries telah menginap disalah satu hotel transit yang bernama Aerotel yang terletak di KLIA 2 sebelum berlepas ke Johor Bahru. Nak tahu apa yang istimewanya Aerotel ini? Korang kene teruskan membaca......

Aerotel Hotel terletak Gateway KLIA 2 dimana merupakan salah satu pusat membeli belah yang terletak di lapangan terbang. Aerotel masih agak baru di Malaysia tetapi diluar negara, Aerotel merupakan pilihan hotel transit terbaik seperti di Singapura, Abu Dhabi, Guangzou dan beberapa negara lain. Aerotel bukan sahaja menawarkan penginapan kepada pelanggan tetapi pelbagai antaranya ialah perkhidmatan mandi, makan di lounge yang disediakan dan banyak lagi sesuai dengan keperluan para pelanggan transit yang memerlukan tak kira sebelum berlepas ataupun setelah tiba di KLIA 2.

Jenis Bilik?

Disini terdapat 4 jenis bilik daripada single hinga ke bilik jenis Family yang boleh menempatkan hampir 5 hingga 6 orang. Besar bukan? Bilik yang Faries duduk ialah jenis Double Plus yang boleh memuatkan 2 orang didalam satu bilik. Boleh minta sama ada nak katil queen ataupun 2 single bed. Pilih mana yang berkenan dan selesa. Korang boleh tengok gambar untuk bilik Double Plus seperti dibawah:

Jenis Bilik
Jenis Katil
Solo Plus
1 single bed
Double Plus
2 single bed
Double Squared
2 double bed
Family
1 double bed 2 single bed





Sejujurnya, memang sangat mudah dengan adanya penginapan seperti Aerotel ini, flight Faries ke Johor Bahru seawal jam 7 pagi dan waktu check-in 3 jam sebelum. Faries sempat tido nyenyak dan bangun pagi sempat bersarapan di lounge yang disediakan tanpa tergesa-gesa. Apa yang bestnya ialah Aerotel menyediakan banyak usb plugin taw dalam bilik. Mudahlah tak perlu nak guna plug untuk cas telifon bimbit. Konsep bilik pun cantik dan moden. Kemudahan Wifi sangat laju ye. Jangan risau. Tv pun ada untuk hiburan lain.hehehe

Aerotel Lounge?

Pakej yang Faries ambil sekali dengan meal taw. Jadi boleh makan di lounge Aerotel ini. Keseluruhanya makanan sedap-sedap dan makanan yang ditawarkan tak berat sangat. Tak de la nanti dalam flight terlebih makan pulak. Mesin coffee pun disediakan taw. Kat sini juga disediakan bilik mesyuarat daripada yang bersaiz kecil sehingga ke besar. Untuk pelanggan yang terbang atas urusan kerja sesuai untuk menggunakan ruangan ini. Selain itu, tempat minuman alkohol juga disediakan dikawasan depan lounge.




Skrin maklumat penerbangan turut disediakan. Tak perlu risau lagi terlepas flight =D
Harga?

Di Aerotel, mereka  menyediakan penginapan mengikut jam dan untuk perkhidmatan lain boleh terus website atau hubungi no yang disediakan dibawah ye. Terdapat 3 waktu yang disyorkan iaitu 3 jam/ 6 jam dan juga 9 jam. Eh korang juga boleh je dak tinggal untuk 1 atau 2 jam. Waktu yang disyorkan itu sebenarnya waktu-waktu yang selalu pelanggan guna. Harga bermula seperti dibawah yer:

Jenis Bilik
3 Jam
6 Jam
12 Jam
Solo Plus
RM 261
RM 280
RM 298
Double Plus
RM 315
RM 364
Rm 383
Double Squared
RM 552
RM 571
RM 590
Family
RM 552
RM 571
RM 590


Jom menginap disini, korang akan rasai sendiri betapa selesa dan mudahnya dengan adanya Hotel Transit seperti Aerotel ini. Dengan adanya Aerotel Hotel, Tiada lagi masalah tertinggal kapal terbang! hehehe

Untuk maklumat lanjut atau tempahan, sila layari


Tempahan: rsvn.kul@myaerotel.com 
Email: hello.kul@myaerotel.com

+603 8778 0889

Level 2M, gateway@klia2, Terminal klia2, 
Kuala Lumpur International Airport,
64000 Kuala Lumpur, Selangor

20 comments:

Siti Yang Menaip said...

pernah nampak signage ke Aerotel. belum dapat cuba.. insyallah one day.
menarik jugaklah idea and yes lebih2 lagi yang flight awal or tengah malam sangat..

Julia Mahir said...

Bagus lah ada gak utk Family Room yang nampak besar & selesa. Some hotel yg untuk transit ni dia simple sgt and byk utk single travelers so yg bawak baby ni rasa mcm x sesuai je sgt.

Rawlins GLAM said...

Ini pilihan yang bijak untu pelancong yang mengejar waktu penerbangan di awal subuh ye tak. Perhaps next trip Rawlins boleh try.

Wai Yee aka Rane said...

wow that hotel looks nice and clean. I like how it give convenient to travellers. My fav KLIA 2 is now better with this hotel. Esp for ppl that is on transit can rest well in the hotel for hours before catching their next flight.

Kayathre Kay said...

This is great. It looks very comfortable and very convenient of course. But my house is near klia. So i always go back home. For those who are from far can enjoy this hotel.

CXopportunities said...

Cx tak pernah tahu pasal aerotel ni. Serius. Ini first time bila cx baca dekat entry bro . Memang terbaiklah Aerotel ni sebab kita pon tk tahu kdg² flight delay ke kan? Atau spouse tak dapat nak pickup kita, kita pula da penat, so just a great one lah ntk kita checkin for a few hour. Harga pon not bad. Standard price for a good seevice and accomodation. Nice entry sharing! Hotel pon nampak bersih dam sangat exclusive.

Khai Artzfar said...

untunglaaaa dapat stay sini. haahah .actually hotel ni dengan PPL selalu jadi pilihan especially kalau kena flight pagi. so far guna perkhidmatana dorang since 2015 . memang tak pernah mengecewakan

Henry Tan said...

the place looks nice and elegant... but after i saw the price... wow! haha perhaps it's suitable for those with higher budget! but anyway the best is to have shorter transit time and *touchwood* no flight delay as well!

How to deal with markets ups and downs?

AZni said...

Haaa senang jugakkan kalau flight pagi tak payah terkejar kejar. Heeh selai bermalam di kaki lima or atas kerusi kalau nak naik flight pagi. Haraga pulak ikut jam yer. Tapi wahh boleh tahan juga harga tu

penaberkala nuar said...

Seronoknya dapat stay di Aerotrel. Tak payah kalut kalau flight awal pagi. Dulu pernah stay kat capsule Hotel je. Yang ni tak pernah try lagi. Boleh la nanti book kalau ada flight awal pagi. Thanks for sharing.

Lawa pun lawa Hotel ni. Rate pun berpatutan

alia farhan Said said...

Boleh tahan harga dia.. Huhuhuhu.. Tpi kalau dah terpksa kan.. Ok ja. Nampak bilik dia pun selesa sangat. Siap ada lounge untk makan2 ya.. Bestnya

Hanny Abdullah said...

Tak pernah cuba lagi..selalu pergi KLIA terus utk kejar flight..tK pernah lagi tidur kat mana2 hotel. Satu hari nak try jugaklah tido lat sini..nak merasa kemudhan yg disediakan kat Aerotel ni

AyuArjuna BiGoshh said...

menariknya tentang bilik ni...paling penting ianya selesa dan paling dekat dengan klia...kalau nak berjalan jauh yang flight pagi ..ini adalah salah satu alternatif terbaik

Wawa Ashihara said...

bagus ada aerotel ni sbb xdela kita terkejar-kejar flight pagi buta kan.. tambahan pula, perjalanan nak ke flight pon tak boleh lewat sebab nak klia kdg2 jalan pon jem juga kalau byk kereta.. memudahkan bagi pelancong dan mereka yang jauh untuk naik flight....

Syafiera Yamin said...

wah bagus lah ada juga tempat nak stay sementara menunggu flight tapi harga pun not bad juga, sesuai untuk orang kaya stay dalam hotel ni hahahah... nampak selesa gak, bersih dan kemas... nanti i pergi checkoout

Mrs Liez said...

Bagus gak ada hotwl transit mcm ni.. sbb klau ada yg kena transit lama lebih dari 4 jam jenuh jugak nak tgg dkt airport.. ada hotel mcm ni boleh la rehat kejap dan get refreshment seblm mula penerbangan...

Cik Puan Ena said...

Tak pernah tahu ada hotel transit camni. Baguslah memudahkan bagi mereka yang datang dari jarak jauh. Memang jenuh nk tunggu flight lama2 kan.. harga not bad hehe.. kalau sesak nak rehat boleh la guna.

Mek Onie said...

Tak pernah lagi stay di Aerotel ni, harga dia mostly akan ikut per hour kan dan a bit pricey, tapi bagi sape yang makpu boleh je stay sini dengan harapan tak terlepas flight lelagi flight awal pagi. Bilik dia pun selesa jadi berbaloi la dengan penginapan per hour tu kan 👍🏻

Siti Rohaida Yusof said...

Tak pernah tau wujudnya hotel ni. Mybe sbb jarang keluar negara kot.. Nanti boleh la inform kat kawan² yang risau akan terlepas flight..

Saidila Lifestyle said...

best tengoknya ....memang selesa sungguh ...if berdua nampak lagi jimat ...nak2 pakej termasuk meal....sesuai sangat untuk yg duduk jauh supaya tak terlepas flight ....next time kalau kena camni pasti akan pilih aerotel