Wednesday, January 16, 2019

The Pearl Kuala Lumpur Menawarkan Pilihan Penginapan Eksklusif Serta Mesra Muslim

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Tahun 2019 baru sahaja membuka tirainya beberapa minggu yang lalu. Dah ada perancangan percutian bagi tahun ini? Tahun ini dengarnya banyak cuti umum dan pastinya korang perlukan percutian untuk merehatkan minda serta membawa anak-anak bercuti. Tahu The Pearl Kuala Lumpur? Hotel ini terletak di Jalan Klang lama dan telah diubah suai dan dijenamakan semula.


Sunday, January 13, 2019

Asam Pedas Kaw Hanya di Kantin Asam Pedas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Masakan asam pedas sudah sememangnya terkenal sejak dulu lagi. Negeri yang paling terkenal dengan masakan asam pedas ialah Melaka. Rata-rata rakyat Malaysia memang sukakan masakan asam pedas termasuk Faries sendiri. Nak cerita, baru-baru ini Faries pergi ke kedai asam pedas yang agak popular yang terletak di Ukay Bistari Ampang iaitu Kantin Asam Pedas. Nama kantin tu tak tahu mana dapat tapi masakan asam pedas kt sini memang kaw kaw lah.

Customize Sendiri Hadiah Buat Yang Tersayang Hanya Di PRINTCIOUS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Hari-hari penting seperti hari ulang tahun kelahiran, hari ulang tahun perkahwinan, hari bapa, hari ibu, hari perpisahan dan lain -lain lagi merupakan hari-hari penting setiap orang akan melaluinya. Bila tibanya hari-hari penting ini, korang pasti akan menghadapi masalah memikirkan apakah hadiah istimewa yang korang perlu berikan kepada yang tersayang sebagai tanda meraikan hari penting tersebut! Faries pun kerap lalui benda ni, lagi-lagi kaum lelaki ni tak pernah ambil kisah pasal hadiah-hadiah dan 100% boleh cakap tak ada idea yang menarik. Setiap tahun pasti hadiah yang sama cuma design atau warna yang berbeza. Tapi tahun ini pasti jadi tahun yang menarik untuk orang yang Faries sayang sebab Faries dah jumpa PRINTCIOUS.COM. Apa tu? Nak tahu teruskan membaca taw...

Sunday, January 6, 2019

Aerotel KLIA 2 Menawarkan Penginapan Hotel Transit Terbaik!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Perkara yang paling di takuti bila mana korang nak menggunakan perkhidmatan kapal terbang salah satunya ialah takut terlepas flight? Betul tak? Lagi-lagi yang flight pagi-pagi buta tu. Dalam  minda dah set awal-awal mesti sampai Airport paling kurang 3 jam sebelum berlepas. Tak kisah sama ada korang ada check-in luggage ataupun tidak sebab dengan keadaan airport yang besar. Terkejar-kejar nanti. Lokasi KLIA pun jauh daripada KL lebih kurang 40 minit untuk sampai. Cara paling selamat ialah dengan menginap di hotel transit. Baru-baru ini Faries telah menginap disalah satu hotel transit yang bernama Aerotel yang terletak di KLIA 2 sebelum berlepas ke Johor Bahru. Nak tahu apa yang istimewanya Aerotel ini? Korang kene teruskan membaca......