Monday, June 17, 2019

Magica Subang Menawarkan Dewan AcaraTerbaik Untuk Majlis Anda!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Hey rasa macam lama je dah tak bersua. Macam mana cuti hari raya korang? Seronok tak? Faries pula tahun ni cuti raya rasa seronok sebab pertama kali kerja dan bagi duit raya kan.hehehe. Eh biasanya lepas raya je banyak majlis-majlis kahwin, tunang, cukur jambul dan banyak lagi orang kite ni adakan. Trend sekarang pulak semua nak tempat yang grand dan cantik.

Ni nak kongsi yang dua tiga hari lepas, Faries pergi keopen day Magica Event and Functions Hall yang terletak di Star Evenue Lifestyle Mall Subang. Pertama kali rasanya pergi ke tempat majlis yang cantik macam syurga ni. Gituh!! Untuk pengetahuan semua, Magica telah merasmikan dewan acara terbaru dan konsep yaang digunapakai daripada Eropah dan kemudahan fasiliti yang lengkap disediakan. Dewan acara ini boleh menempatkan hampir 7000 orang dalam satu masa dan mempunyai 3 buah dewan dan 2 buah bilik VIP.

Sunday, May 26, 2019

Sunway Lost World of Tambun | Meraikan Malaysia First Lah Hari Raya Serta Majlis Memperkenalkan Kuang Raya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Kemeriahan hari raya kian terasa, maklumlah kurang daripada 10 hari lagi kita semua akan menyambut hari mulia Hari Raya Aidilfitri. Gituhhh. Hey korang raya-raya jugak tu tak plan nak kemana-mana ke sepanjang cuti sekolah ni kan? Jom ke Sunway Lost World of Tambun untuk merasai kemeriahan Malaysia First Lah Hari Raya. Jom baca butirannya.....

Saturday, May 25, 2019

Momentum Internet Melancarkan Roket Pemasaran Momentum (RPM) 2019 Dengan Yuran Serendah RM1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Ilmu perniagaan merupakan salah satu ilmu yang sangat penting bagi peniaga untuk terus maju dalam apapun perniagaan yang dijalankan. Mungkin sesetengah orang kata tanpa ilmu meniaga pun boleh je berjaya tapi ada baik dan buruknya juga. Dengan adanya ilmu, perniagaan akan jadi lebih mudah untuk para peniaga menyusun strategi perniagaan mereka. Baru-baru ini, Faries telah hadir ke majlis pelancaran Roket Pemasaran Momentum 2019- Nak Tarik Pelanggan bertempat di Hotel Villa Subang. Jom baca butirannya!

Sunday, May 19, 2019

Ramadhan Buffet 2019: Berbuka Puasa Memikat Selera Di Halaman@Intekma Shah Alam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Dalam sedar tak sedar sudah hampir tiba dipertengahan kita semua menjalani ibadah puasa bagi tahun 2019 ini. Macam mana perjalanan puasa korang semua setakat ini? Okey ke? Berapa tempat buffet ramadhan dah korang serbu? hehehe. Faries nak kongsi lagi tempat berbuka puasa menarik yang terletam di Halaman @ Intekma Shah Alam. Nak tahu tak apa yang menarik? Jom teruskan membaca......

Tuesday, May 14, 2019

Dookki, IOI City Mall, Putrajaya Menawarkan Pilihan Makanan Buffet Korea Terbaik!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua


Makanan Korea dah bukan menjadi perkara asing lagi di Malaysia. Kalau korang perhatikan di kebanyakan pusat membeli-belah terdapat banyak kedai makanan yang menawarkan makanan Korea dengan pelbagai jenama. Faries pun dulu tak berapa minat makanan Korea tapi sekarang ni dah macam terminat pulak.hehehe. Rasanya nak pilih yang betul-betul kena dengan citarasa tu susah bukan? Faries nak kongsi satu tempat makanan Korea yang berbaloi iaitu Dooki  Malaysia yang terletak di IOI City Mall, Putrajaya. Nak tahu apa yang bestnya dekat sini? Korang kene baca sampai habis....


Ramadhan Buffet 2019: Berbuka Puasa Sambil Mengamit Memori Di Shah's Village Hotel

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Kehangatan bulan ramadhan sudah terasa dalam hampir seminggu kita berpuasa. Dah ada rancangan nak berbuka puasa dimana ramadhan kali ini? Korang mesti dah ada rancangan kan nak bawak satu keluarga, kawan-kawan dan pasangan masing-masing. Faries nak cadangan tempat berbuka puasa dimana berkonsepkan mengamit memori gituh iaitu di Shah's Vilagge Hotel yang terletak di Petaling Jaya. Nak tahu apa istimewanya dekat sini? Jom teruskan membaca.

Thursday, May 9, 2019

Program Nak Ubah Hidup Bersama Dr Azizan Sempena Merdeka Tahun ini dibawakan oleh Richworks

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Impian untuk hidup senang adalah impian setiap orang yang hidup dimuka bumi ini. Nak hidup senang tanpa pikirkan masalah kewangan salah satu caranya ialah berniaga. Dalam hadis juga ada menyebut 9/10 rezeki datangnya daripada perniagaan Tapi tak semua orang dikurniakan ilmu perniagaan itu. Tanpa ilmu kite boleh berniaga tapi sejauh mana perniagaan itu dapat pergi. Baru-baru Faries telah menghadiri program anjuran Richworks bertempat di Menara PGRM Kuala Lumpur.

Siapa yang tak kenal dengan Dr Azizan Osman merupakan master coach di Richworks dan telah melahirkan ramai jutawan di negara kita ini. Dengan lahirnya jutawan ini sekaligus dapat menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan dalam bidan g keusahawanan di Malaysia ini.

Sunday, May 5, 2019

Festival Gegar Gempak Raya 2019 Bertempat di Maeps, Serdang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Bulan ramadhan bakal membuka tirainya pada esok hari.Insyaalah. Rasanya semua sudah bersedia menyambut bulan yang mulia ini. Dalam kegembiraan menyambut bulan barokah ini, Faries percaya ada antara kita semua yang sudah mula juga sikit demi sedikit membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri sebulan daripada sekarang! Ewah rasanya tak sabar nak beraya kan. Korang nak pikir kat mana nak shopping raya tahun ini? Jom ke Festival Gegar Gempak Raya 2019! Nak tahu apa yang best? Korang kena baca sampai habis taw...

Jakel Memperkenalkan Koleksi Raya Bagi Tahun 2019 Serta Melancarkan Platform Online Jakelstore.my

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Lebih kurang 1 hari lagi, bulan Ramadhan Al-Mubarak akan membuka tirainya. Bulan paling dinantikan oleh seluruh umat islam diseluruh dunia. Persiapan raya pun mestilah makin rancak kan. Tutup bukak mata kejap je dah sebulan. Korang dah bersedia untuk sambutan Hari Raya bagi tahun 2019 ini? Baru-baru ini, Faries telah menghadiri majlis memperkenalkan koleksi Raya Jakel 2019 serta majlis pelancaran Jakel online platform. Mesti korang dah tertanya-tanya fesyen apa yang menarik akan Jakel bawakan pada tahun ini. Ha kenelah baca sampai habis....

Wednesday, May 1, 2019

Ramadhan Buffet 2019: Goat2gofarm Tawar Pakej Iftar Dalam Taman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Siapa kat sini pernah pusing-pusing jalan di sekitar kawasan Maeps Serdang? Cantik bukan suasana dalam taman yang dijaga oleh pihak Maeps sendiri. Korang ada perasan tak sebuah Restoran yang ada didalam kawasan Maeps ini yang dipanggil sebagai Cafe Goat2gofarm. Kali ini Goat2farm nak tawarkan pakej Iftar terbaik dari ladang tawNak tahu apa istimewanya makan dekat sini? Jom kita kasi baca sampai abis nohhhh...

MyCelebrity-Program Terbaik Asah Bakat Kanak-Kanak Dibawakan Oleh RIZQ Educare

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Bakat serta keupayaan luar biasa yang dimiliki oleh setiap kanak-kanak harus diberi perhatian terutama buat ibu-bapa. Kanak-kanak kebiasaannya mempunyai bakat seperti menari, menyanyi, bermain alat muzik, bercerita dan banyak lagi tetapi tidak diasah dengan betul. Rata-rata ibu bapa kurang tahu akan minat dan bakat yang anak-anak mereka ada yang membuatkan kanak-kanak kecenderungan anak-anak itu tidak diasah dan bila meningkat dewasa nanti tiada keistimewaan atau kebolehan yang boleh ditonjolkan. Jadi rasanya belum terlewat untuk korang hantar anak-anak korang ke program MyCelebrity yang dibawakan oleh RIZQ Educare! Nak tahu apa itu MyCelebrity? Korang kenalah baca sampai habis.....

Pembukaan Butik 5 Waktu Khas Buat Para Jejaka di Seri Bangi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Siapa yang tak kenal dengan jenama kurta 5 Waktu yang sangat terkenal dan telah menapak di industri fesyen hampir 4 tahun sejak tahun 2016 lagi. Baru-baru ini, Faries telah pergi ke pembukaan Butik 5 Waktu yang bertempat di Seri Bangi bersebelahan dengan Restoran RSMY cawangan Bangi. Apa yang menarik dengan pembukaan Butik 5 Waktu ini? Nak tahu korang kenalah baca sampai abis....

Tuesday, April 30, 2019

MAIWP Anjur Jelajah Rahmah Asnaf@Ambang Ramadhan 2019 Bersama Raja Muda Perlis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Lebih kurang beberapa hari lagi, seluruh umat islam akan menyambut bulan yang paling dinanti-nanti iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak bagi tahun 2019/1440 Hijrah. Korang semua pasti dah bersedia untuk sambutan bulan Ramadhan pada tahun ini tapi jangan dilupakan golongan-golongan yang memerlukan bantuan.Baru-baru ini, Faries berkesempatan menyertai satu program yang dianjurkan oleh MAIWP iaitu Jelajah Asnaf@Ambang Ramadhan 2019 bersama Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis,Tunku Syed Faizuddin Putra Ibni Tunku Syed Sirajuddin Jamalullail bertempat di Kampung Dato Keramat Kuala Lumpur.

Saturday, April 27, 2019

Restoran Mangkuk Ayam, Dpulze Cyberjaya Menawarkan Pilihan Makanan Popular Malaysia!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Wah kalau bercakap pasal makanan popular Malaysia mesti korang semua dah boleh bayangkan pilihan makanan seperti rojak, mee udang, mee kari, nasi lemak, cendol, ABC dan pelbagai lagi. Ni Faries nak kongsi tempat makan yang menawarkan pilihan makanan Malaysia yang Faries boleh katakan sedap dan terbaik weh. Pernah dengar Restoran Mangkuk Ayam? Jom kita baca lagi kalau nak tahu apa yang istimewanya makanan dekat Restoran Mangkuk Ayam ini.

Thursday, April 25, 2019

Membeli-Belah Barangan Dapur Segar Dengan Harga Borong di Segi Fresh!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Kalau bercakap pasal beli barangan dapur ni memang golongan yang dah berkeluarga nampaknya lebih ghairah. Eh kita yang golongan muda pun suka taw bab bab membeli barang dapur lagi-lagi barangan yang murah dan rasa berbaloi. Nak cerita sikit, minggu lepas Faries pergi ke Segi Fresh cawangan Balakong. Pergh memang terbaik betul baranganm-barangan dekat sini. Nak tahu apa yang terbaik sangat tu? Korang kenalah baca sampai habis......hehehe

Saturday, April 20, 2019

Konsert Tour Jason Mraz di Kuala Lumpur pada Mei 2019!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Masih ingat dengan lagu popular satu masa dulu iaitu 'I'm yours, Lucky dan juga I wont giveup' yang dinyanyikan olah Jason Mraz. Lagu ini antara favourite dan yang paling penting hafal lirik taw. Eh ada berita baik nak kongsi dengan korang dimana Jason Mraz akan datang ke Malaysia untuk  Konsert Tour Beliau tidak lama lagi. Nak tahu bila? Jom teruskan membaca....

Friday, April 19, 2019

Berkat Madinah Tawarkan Pelbagai Pilihan Jenis Buah Kurma Terbaik Sempena Ramadhan Ini!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Penantian bulan paling istimewa dan membawa banyak rahmat kepada seluruh umat islam didunia bakal tiba kurang daripada sebulan. Wah tak sabarnya nak sambut bulan Ramadhan Al Mubarak tahun ini. Rindu nak bersahur, berbuka puasa sambil menjamu buah kurma. Eh bercakap pasal kurma ni mestilah ada sesuatu yang Faries nak kongsikan. Nak tahu lebih pasal buah kurma? Jom la baca sampai habis...hehehe

Wednesday, April 17, 2019

SeoulNami Korean BBQ Menyediakan Pilihan BBQ Grill Terbaik!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Semenjak dua menjak ini, makanan dari negara Korea makin mendapat perhatian rakyat Malaysia terutama bagi golongan remaja. Rata-rata restoran di pusat membeli-belah terdapat pelbagai restoran Korea. Antara faktor lain penyumbang kepada peningkatan peminat makanan dari Korea ini juga daripada kekerapan menonton drama korea.hahaha. Faries tak menafikan tergolong dalam kalangan selalu menonton drama korea dan tertarik dengan makanan-makanan yang di makan sepanjang sesebuah drama itu berlangsung. Tapi memang tak dinafikan korean food memang sedap dan kepedasan dieorang tu lagi gilerrr daripada kita punya pedaasss.. 

Sunday, April 14, 2019

Ramadhan Buffet 2019: Selera Barokah Ramadhan Hanya Di Dorsett Putrajaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Bulan ramadhan bakal tiba kurang daripada 20 hari lagi. Dah bersedia untuk menjalani ibadah puasa pada tahun 2019 ini? Mesti korang dah banyak persediaan nak sambut bulan paling banyak keberkatan ini.hehehe. Macam Faries dah siap siaga untuk melengkapkan ibadah solat tarawih dan pada masa yang sama nak meluangkan masa berbuka sesama keluarga ditempat pilihan iaitu Dorsett Putrajaya. Nak tahu apa istimewanya Buffet Ramadhan di Dorsett, Putrajaya tahun ini? Jom teruskan membaca....

Sunday, April 7, 2019

Dapat Tajaan Perkahwinan Hampir 500 ribu- Tuah Siti Jamumall Selalu Live Di Media Sosial

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Perkahwinan yang grand serta mewah dan mendapat tajaan penuh daripada syarikat perniagaan terkenal mahupun perniagaan kecil-kecilan  merupakan impian semua orang.Alhamdulillah dan rasa sangat berbesar hati kerana telah dijemput bagi memeriahkan majlis perkahwinan si gadis kecil molek bernama Siti Suriani atau lebih dikenali sebagai Siti Jamumall yang merupakan promoter dan dan host bagi JamuMall.com

Ramadhan Buffet 2019: Pelbagai Pilihan Aneka Makanan Terbaik "Iftar Sesama" Di Bangi Golf Resort

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Alhamdulillah, pada tahun ini sekali lagi dapat bersama-sama dengan Bangi Golf Resort untuk merasai menu Pre-Iftar di BGR. Untuk pengetahuan korang semua, BGR merupakan salah satu tempat kegemaran Faries dan keluarga untuk berbuka puasa. Tahun lepas 3 kali taw Faries kesini semasa bulan ramadhan. Nak tahu apa yang istimewanya BGR? Mai la teruskan membaca sebab banyak nak bebel ni.hehehe

Saturday, March 30, 2019

Percutian Menyeronokan Di Bukit Gambang Resort City(BGRC)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Tahun 2019 sudah masuk bulan yang ke 3 dan minggu hadapan cuti sekolah sudah bermula. Korang dah rancang percutian untuk tahun ini? Baru-baru ini, Faries bersama-sama kawan telah bercuti di Bukit Gambang Resort City yang terletak di Gambang, Pahang. Korang nak baca kisah percutian Faries kesini dan kenapa Faries memilih BGRC sebagai tempat percutian kali ini? Jom teruskan membaca yer....

Sunday, March 17, 2019

Ramadhan Buffet 2019: Pilihan Berbuka Puasa Citarasa Warisan di Restoran Riverside, PWTC

Assalamualaikum dan Salam Semua


Tidak lama lagi, bulan yang penuh barokah yang paling ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam di seluruh dunia bakal tiba iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak. Rasanya baru je puasa tahun lepas dan tahun ini dah kembali lagi bulan yang suci ini. Eh bila bercakap pasal bulan ramadhan je mesti korang dah boleh syak Faries nak kongsikan apa untuk korang pada bulan istimewa ini. hehehe..

Rasanya daripada tajuk je korang dah boleh agak. Tahun ini Faries nak kongsi tempat berbuka ramadhan yang merupakan salah satu tempat kegemaran Faries berbuka puasa setiap tahun iaitu di Restoran Riverside, Putra World Trade Centre (PWTC). Nak tahu kenapa Faries suka sangat berbuka puasa disini? Jom teruskan membaca....

Wednesday, March 6, 2019

A&W Malaysia Membuka Cawangan Terbaru Di Eko Cheras Mall

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Korang masih teringat zaman-zaman nostalgia minum air root beer float dan curly fries di A&W? Teringat-ingat zaman kecik-kecik dulu. Air root beer float tu memang salah satu minuman wajib dan boleh katakan minuman signature dekat A&W. Beberapa tahun lepas rasanya A&W banyak menutup cawangannya dan kini ada berita gembira! A&W Malaysia kembali lagi!!!!!!

Sunday, March 3, 2019

PKNS Tawar Rumah Selangorku Di Bandar Pintar Cyberjaya Pada Harga Terbaik!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Bila kita bercakap tentang pembelian rumah, rata-rata akan mengatakan harga rumah pada masa kini terlalu mahal dan tidak selari dengan pendapatan yang diperolehi. Keinginan untuk memiliki rumah ini terus menjadi mimpi terutama kepada golongan muda dimana rata-rata masih belum mempunyai rumah sendiri. Sejak kebelakangan ini, pihak kerajaan telah membawa inisiatif baru dalam menawarkan 'Rumah Mampu Milik'.

Untuk pengetahuan semua, Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama PKNS telah melancar satu lagi projek perumahan mampu milik yang terletak di Bandar Pintar, Selangor Cyber Valley di Cyberjaya yang dinamakan sebagai Rumah Selangorku Pangsapuri Idaman Residensi. Menarik bukan? Rumah mampu bilik di tengah Bandar ICT yang sedang membangun. Faries percaya rata-rata pembaca pasti berminat. Projek ini telah dirasmikan oleh Dato' Menteri Besar Selangor iaitu, YAB Tuan Amirudin Bin Shari.

Friday, March 1, 2019

Sizzling Combos Pilihan Menu Terbaru Di NY Steak Shack

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Korang sukakan makanan steak ala-ala makanan barat? Untuk pengetahuan semua,steak merupakan salah satu makanan kegemaran Faries. Lagi-lagi kalau dapat yang daging yang betul-betul lembut tu. Baru-baru ini Faries telah pergi ke NY Steak Shack buat kali pertama Subang Parade untuk merasa menu terbaru daripada NY Steak Shack. Korang nak tahu menu apa? Nantikan.....

Thursday, February 28, 2019

Yee Sang Thank You Party dibawakan oleh PWTC

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Perayaan Tahun Baru Cina bagi tahun 2019 sudah melabuhkan tirainya. Macam mana perayaan Tahun Baru Cina tahun ini? Meriah bukan walaupun Faries tidak menyambut perayaan ini, kemeriahan itu terasa dengan  adanya perhiasan-perhiasan menarik seperti replika pelbagai jenis tanglung, bunga-bunga musim luruh, banner ucapan “GONG XI FA CAI”, rumah-rumah Cina dan hiasan menggunakan angpau serta percikan bunga api. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum kite menghormati budaya dan adat setiap kaum dan itulah kunci keharmonian Malaysia sehingga kini. Ewah! Berkata-kata pulak kan.

Sunday, February 24, 2019

Mencuba Produk Pencuci Terbaik Serta Menijimatkan Keluaran AFY Haniff!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Korang suka dengan produk pencuci pinggan ataupun sabun pencuci tangan? Faries sangat tertarik dengan produk yang membersih dengan baik dan yang paling penting memberikan aroma wangian untuk setiap cucian yang korang lakukan. Hari ini Faries nak perkenalkan dekat korang semua satu jenama iaitu Afy Haniff. Mesti korang jarang dengar dan Faries baru sahaja tahu mengenai produk pencuci ini. Di dalam laman web seperti Lazada ataupun Shopee produk keluaran Afy Haniff ini sangat popular yer.

Untuk pengetahuan semua, AFY Haniff atau Afy Haniff Group (M) Sdn. Bhd merupakan sebuah jenama keluaran tempatan dimana telah mula beroperasi semenjak tahun 2006. Wah! Afy Haniff menghasilkan produk pencuci dan produk penghalau serangga menggunakan bahan-bahan organik. Kini, mereka telah memperluaskan jualan mereka ke hampir 2000 supermarket di seluruh Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan juga Thailand. Nak tengok produk-produk yang Faries dah cuba? Jom teruskan membaca

Tuesday, February 19, 2019

Cenderahati Terbaik Hanya di PRINTCIOUS!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua


Masih ingat Faries pernah update pasal pembelian cenderahati di Printcious.com beberapa minggu yang lepas? Faries telah menerima bungkusan daripada Printcious. Alhamdulillah kesemua barangan Faries terima dengan baik sekali. Korang nak tahu barang apa? Teruskan membaca taw.....


Wednesday, February 13, 2019

Raikan Perayaan Tahun Baru Cina di Sunway Lagoon- Best Reunion Ever

Assalamualaikum dan Salam Semua


Hampir 2 tahun Faries tak menjejakkan kaki ke Taman Tema Terbesar di Malaysia iaitu Sunway Lagoon. Dulu kerap juga kesini bersama keluarga dan kawan-kawan. Baru-baru ini, Faries berkesempatan sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina ke Sunway Lagoon.

Apa yang menarik bersempena dengan Tahun Baru Cina tahun 2019 ini? Kali ini SL telah membawakan memberapa persembahan dan aktiviti-aktiviti menarik bersempena dengan Perayaan Tahun Baru Cina ini. Tema untuk Perayaan Tahun Baru Cina ini ialah Sunway Lagoon Best Reunion Ever. 

Friday, February 8, 2019

Pengalaman Pertama Memasak Menggunakan Produk Organik Alce Nero- Cooking Right, Looking Good 2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Bila bercakap tentang memasak je memang awal-awal dah surrender sebab memang tak ada kemahiran memasak. Kalau masak yang ringan-ringan boleh lah.hehehe. Baru-baru ini, Faries telah menyertai satu event memasak yang dibawakan oleh 100comments iaitu 'Cooking Right, Looking Good' tahun 2019 yang bertempat di Berjaya University College, Kuala Lumpur. Korang nak tahu apa yang jadi dan makanan apa yang Faries masak sepanjang program ini berlangsung? Jom teruskan membaca....


Tuesday, February 5, 2019

4Fingers Tawar Menu 'Firecracker Chicken' Sempena Tahun Baru Cina!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Siapa kat sini pengemar ayam goreng 4Fingers? Cepat angkat tangan. hehehe. Sebenarnya Faries nak share sikit  pasal menu baru keluaran 4Fingers. Faries memang pengemar setia ayam 4Fingers sebab sedap dan kerangupan luar biasa tu. Aumm. Lapar pulak rasa tiba2!hehehe. Baru-baru ini Faries telah hadir ke acara food tasting menu baru 4Fingers.Nak tahu apa yang bestnya menu baru ni? Jom baca sampai habis...

Sunday, January 27, 2019

IJM Land Teruskan Tradisi Sambutan Perayaan Chap Goh Mei Bagi Tahun 2019!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Perayaan Chap Goh Mei merupakan satu tradisi penting bagi masyarakat Cina. Sambutan ini biasanya akan dilakukan selepas 15 hari sambutan Tahun Baru Cina. Perayaan Chap Goh Mei sama seperti perayaan Tahun Baru Cina dimana akan dipenuhi dengan hiasan berwarna merah dan kemeriahan bunga api. Baru-baru ini Faries telah menghadiri ke satu majlis sidang media bersama IJM Land di pejabat IJM Land terletak di Seremban 2. Tahun ini IJM Land meneruskan lagi majlis sambutan perayaan Chap Goh Mei buat kali ke 6. Nak tahu apa intipati sambutan kali ini bersama IJM Land? Teruskan membaca.....

Sidang Kemuncak Dunia Mengenai Seni Dan Budaya Kali Ke-8 Kuala Lumpur 2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Baru-baru ini, Faries telah menghadiri satu sidang media khas sempena dengan Sidang Kemuncak Dunia Mengenai Seni Dan Budaya Kali Ke-8 yang bakal diadakan di Kuala Lumpur tidak lama lagi dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama International Federation of Arts Councils and Culture Agencies (IFACCA). Apa yang best tentang program ini ialah tentang kesenian dan budaya yang berlaku di negara kita dan seluruh dunia. Jom teruskan membaca.....

Wednesday, January 23, 2019

Pulau Belitung-Pulau Laskar Pelangi Yang Wajib Dilawati!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Dah masuk tahun 2019 dan rasanya dah beberapa minggu berlalu percutian Faries ke Pulau Belitung. Korang pernah dengar tentang Pulau Belitung? Kepada yang pernah menonton filem 'Laskar Pelangi' pasti tahu pulau ini. Pulau ini sangat sinonim dengan cerita Laskar Pelangi yang pernah popular di Indonesia pada tahun 2008 dan sehingga kini novel laskar pelangi sudah popular didunia. Nak tahu lagi mengenai Pulau Belitung? Teruskan membaca

Wednesday, January 16, 2019

The Pearl Kuala Lumpur Menawarkan Pilihan Penginapan Eksklusif Serta Mesra Muslim

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Tahun 2019 baru sahaja membuka tirainya beberapa minggu yang lalu. Dah ada perancangan percutian bagi tahun ini? Tahun ini dengarnya banyak cuti umum dan pastinya korang perlukan percutian untuk merehatkan minda serta membawa anak-anak bercuti. Tahu The Pearl Kuala Lumpur? Hotel ini terletak di Jalan Klang lama dan telah diubah suai dan dijenamakan semula.


Sunday, January 13, 2019

Asam Pedas Kaw Hanya di Kantin Asam Pedas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Masakan asam pedas sudah sememangnya terkenal sejak dulu lagi. Negeri yang paling terkenal dengan masakan asam pedas ialah Melaka. Rata-rata rakyat Malaysia memang sukakan masakan asam pedas termasuk Faries sendiri. Nak cerita, baru-baru ini Faries pergi ke kedai asam pedas yang agak popular yang terletak di Ukay Bistari Ampang iaitu Kantin Asam Pedas. Nama kantin tu tak tahu mana dapat tapi masakan asam pedas kt sini memang kaw kaw lah.