Tuesday, December 18, 2018

Sincerity Sunscreen Lotion Pelindung Matahari Bebas Minyak Terbaik Untuk Kulit Anda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Rasa macam dah lama tak menaip diblog maklumlah agak sibuk kebelakangan ini. Eh sebenarnya Faries nak kongsi sesuatu yang Faries rasa sangat bagus untuk kulit korang. Kita selalu terdedah kepada sinaran matahari di dalam kehidupan seharian dan kadang-kadang tak sedar yang kulit perlukan perlindungan daripada sinaran uv. Dengan adanya Sincerity Suncreen Lotion, ianya bukan sahaja mencegah daripada kulit terbakar tetapi ianya lebih daripada itu seperti mencegah masalah kulit lain seperti merosak lapisan epidermis lebih dalam, kemunculan jeragat, merosak sel-sel kulit pada lapisan luar kulit (keratinosit), bahkan dapat menyebabkan kerosakan pada DNA dan meningkatkan risiko kanser kulit.

Sincerity Australian Cosmeceuticals merupakan satu jenama penjagaan kulit yang sangat terkenal dan terbaik di Australia dan seluruh dunia. Pengasasnya, Mr Michael Sperber mempunyai kelulusan daripada Universiti Rhodes dalam bidang Farmasi & Kimia. Beliau sangat pakar didalam bidang kosmetik dan penjagaan dan rawatan. Kini beliau telah menghasilkan pelbagai rangkaian produk dibawah jenama Sincerity Australian Cosmeceuticals. Menarik bukan!



Apa yang best tentang Produk Sincerity Suncreen Lotion ini ialah ianya mempunyai pelindung SPF 50+ yang Faries rasa cukup untuk melindungi kulit daripada sinaran matahari. Selain itu, sunscreen ini juga mempunyai vitamin E yang merupakan salah satu vitamin yang sangat baik untuk kulit bukan sahaja untuk melindungi tetapi menjaga kulit supaya kulit kekal lembab. Ada satu lagi yang Faries suka dengan sunscreen ini ialah mempunyai teksture yang lembut dan bebas minyak. Maklumlah sebelum ini kalau pakai sunscreen je mesti kulit agak berminyak.

Cara Penggunaan:
Sapu rata pada kulit muka dan leher setiap pagi dan malam selepas mengunakan toner atau serum pada kulit. (Untuk pengetahuan semua, suncreen bukan hanya untuk penggunaan aktiviti luar sahaja tetapi ianya lebih bagus untuk penggunaan seharian!)

Sunscreen ini sesuai dipakai oleh perempuan ataupun lelaki.

tepek-tepek sikit dan kemudian nanti ratakan taw.

Memandangkan produk ini masih baru di Malaysia. Kalau korang nak dapatkan produk ini boleh terus melalui whatsapp ke nombor 016-923439 ataupun di Mplus Farmasi Subang Jaya,Bangsar Village dan Shine Farmasi, Kuching Sarawak.


Dengan adanya Suncreen lotion daripada  Sincerity Australian Cosmeceuticals, Kini sinaran Matahari bukan sesuatu yang perlu ditakutkan!

Nak tahu lebih lanjut, boleh layari,


Sincerity WorldWide (M) Sdn Bhd
9-3A, Ukay Boulevard,
Jalan Ulu Kelang MRR2,
68000 Ampang, Selangor

info@sincerity.my


18 comments:

Cik Min said...

Ooo ni la rahsia kekacakan awak ye..nak cuba juga la

CXopportunities said...

Sunscreen memang perlu supaya kulit kita tak rosak terbakar dek sinaran terik matahari. Its such a good product to use it. Sekarang tak kira dah lelaki atau perempuan semua pandai jaga diri dan kulit. Kita bukan nak lelawa je apa tapi just for a protection. Nice entry!

Tengkubutang said...

Baguslah.. ada jugak produk utnuk orang lelaki kan.. hehehe.. jangan fikir perempuan je kena jaga kulit dan penampilan kan.. hehehe.. tapi TB suka lah kaler tiub cream dia.. err.. perempuan leh pakai gak ke..?haha

Julia Mahir said...

Ni mmg specially for man ke unisex product ni? Kalau for men, I should get one for husband also. Dia tu habis wife punya dia nak pakai. Bkn tau nak beli sendiri punya lol

Henry Tan said...

yes i think in malaysia we are not so aware of the importance of putting on the sunscreen. in places like australia, it is a must to apply otherwise got high chances of getting skin cancer.

How to deal with markets ups and downs?

Rawlins GLAM said...

Memang perlu letak sunscreen kan untuk elakkan pendedahan berlebihan pada cahaya berbahaya dari sinaran matahari kan. And that's your beauty secret ye.

cindyrina said...

I will never step out without applying sunscreen. Our country climate kind of a bit hars for our skin. It is important to protect it from damage.

Ana Suhana said...

Memang perlu pakai sunscreen bila keluar rumah especially kalau terdedah pada panas matahari terlalu lama. Nampak menarik jenama ni sebab ada vitamin E dan tak berminyak seperti jenama lain. Boleh cuba ni.

Jia Shin Lee said...

Looks like a great product, really like that it has a high SPF, the sun is really hot lately, just wondering how much is this product?

Mahamahu said...

Patutlah awak nampak sentiasa segak dan putih hehehe ini rahsianya ok lah nanti kita nak pakai nak putih juga boleh tak hehehehe.. Kita ni pakai pelindung cahaya matahari sama jer wakakaka..

budakbandunglaici said...

wah kemain pose tepi pantai dengan sunblock..nice sangat boleh sapu kat muka. tak lah berbelang sunburn. sunblock ni bukan setakat pakai time pergi pantai je, elok juga pakai kalu kerap sangat expose dengan matahari macam naik motor pergi kerja.. aduh baru perasan tangan dah gelap sunburn

Fadzi Razak said...

Seronok bila tengok orang lelaki sekarang ni pun dah pandai jaga benda benda macam ni. Biasanya perempuan je yang ambik kisah. Tapi sebenarnya lelaki pun kene ambik tau jugak kan

Hanny Abdullh said...

Sunscreen atau sunblock mmg penting utk melindungi wajah dr sinaran matahari..sis mmg tiap2 hari pakai tau..baguslah org lelaki sekarang ambik kisah tentang semua ni..zaman dulu mana depa heran..kuar rumah tanpa pakai apa2 pun

sitirohaida said...

lelaki pun wajib lindungi kulit dari matahari.Jadi takdelah ada masalah kulit berbelak dan sebagainya.Saya pun baru tahu ada produk sincerity sunscreen ni..Nanti boleh la dapatkan satu.Mana tau nanti nak ke tepi pantai,haruslah pakai...

k said...

Wow letupppp! Lengan sado haha tapi bagus lah aware pasal sunblock lelaki sekarang Mana amik port sangat Bab ni. Baguslah produk ni.nanti nak share pleaseee

Alia Farhan said...

Hehehhe.. Bagus.. Lelaki pun kena pakai tau sunblock ni.. Bukan apa.. Boleh elak harmful UV tu... Yg penting muka x burn kannnn

Nadia Johari said...

Bila cuaca panas ni memang kene pakai sunblock.. Kalau tak berbelang.. Menarok la sunscreen dia ni.. Boleh belikan untuk lelaki kita.. Hahaha.. Baru tau pasl sunscreen ni.. Nanti boleh cari

zuhair said...

Appriciat it great post!
air conditioner
mobile phone on installment
refrigerators price in pakistan
refrigerator
haier refrigerators
orient refrigerators