Saturday, December 1, 2018

AgroBazaar Online Anjur Pelbagai Aktiviti Menarik di MAHA 2018 Serta Memperkenalkan Beberapa Produk Usahawan Tempatan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Para pecinta produk keluaran jenama tempatan dan bumiputera pasti menantikan karnival yang diadakan setiap 2 tahun sekali ini kan. Kini, Karnival Malaysia Agriculture, Horticulture dan Agrotourism ataupun dikenali dengan panggilan MAHA 2018 masih berlangsung dan pada hari ini sudah masuk hari ke 9 sebelum melabuhkan tirainya 2 hari lagi. MAHA 2018 diadakan di Maeps, Serdang. Faries dah masuk 2 kali hadir ke MAHA 2018 ini dan paling menariknya bermacam-macam ada dekat sini taw. Nak tahu apa yang Faries rasa tertarik sangat yang ada di Maha 2018 ini? Teruskan membaca...

Pernah dengar AgroBazaar Online? AgroBazaar Online dimiliki oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) yang dikendalikan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). AgroBazaar Online merupakan satu platform yang menjual serta mempromosikan produk-produk daripada usahawan-usahawan tempatan secara atas talian. Mudah sahaja, order barang secara online kemudian produk terus sampai didepan pintu rumah. Booth AgroBaazar Online dan AgroIT yang terletak di Dewan Agrotrade 2 betul-betul dihadapan pintu masuk. Apa yang Faries rasa tertarik sangat disini, mereka banyak melakukan aktiviti dan memberikan hadiah-hadiah secara percuma.


Antara produk-produk keluaran tempatan yang dijual di AgroBazaar online

Semalam, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Salleh Harun telah berkunjung ke Booth AgroBaazar Online dan telah mencuba mengunapakai aplikasi AgroBazaar Online di paparan skrin pintar yang disediakan disana. Beliau juga menyertai proses penyediaan makanan daripada produk usahawan dibawah AgroBazaar Online.Buat para pengunjung, para pertugas AgroBazaar online telah mengajak dan mempelawa untuk memuat turun aplikasi AgroBazaar Online di telefon pintar dan memberikan hadiah percuma daripada produk Agromas.



Jom kita lihat beberapa produk usahawan tempatan yang ada di AgroBazaar Online:

Agromas

Dewan Agrotrade 1 ( Berdekatan Pintu Keluar)


Mustahil tak pernah dengar jenama Agromas. Rasa dekat sangat dengan Agromas sebab dulu ayah selalu beli kopi jenama Agromas ni. Sekarang dengar cerita mereka dah ada lebih daripada 20 jenis produk berasaskan makan taw. Satu pencapaian yang baik. Nak lihat sendiri produk-produk Agromas jom datang ke MAHA 2018 di Maeps,Serdang


Untuk pembelian secara dalam talian di AgroBazaar online, klik link dibawah:

MyLesung

HALL A- A118


Buat penggemar tepung goreng berempah yang sedap dan enak boleh dapatkan daripada jenama tempatan Mylesung. Produk tepung berempah mempunyai rasa pedas dan enak. Juga lebih rangup dan rangup lebih lama. Digunakan untuk menggoreng pelbagai bahan masakan seperti ayam, seafood,tempe,ubi kayu, cendawan dan sayuran lain. Tidak perlu tambahan garam atau telur. Mudah dan cepat. Jom dapatkan produk keluaran Tok Mama Kitchen di MAHA ataupun secara didalam talian.


Untuk pembelian secara dalam talian di AgroBazaar online, klik link dibawah:


Mykopie

Dewan Agrotrade 1, Booth 66


Jenama tempatan yang menghasilkan kopi terbaik iaitu Mykopie atau Kopiesatu semenjak tahun 2001. Lama bukan? Mykopie telah menjalankan perniagaan mereka secara francise. Harga semua jenis produk dari Mykopie memang betul-betul harga runtuh. Nak tahu produk dan harga boleh rujuk dibawah :

Kopiesatu 3 in 1 Latte
RM 12.00


Mykopie Chocolate
RM 17.00
Mykopie Latte
RM 12.00
Mykopie Mocha
RM 17.00
Mykopie Vanilla Latte
RM 17.00
Mykopie Hazelnut Latte
RM 18.00
Mykopie Green Tea
RM 22.00
Mykopie Kopie O
RM 22.00


Untuk pembelian secara dalam talian di AgroBazaar online, klik link dibawah

Mykopie

Samza

Dewan A


Sekarang memang trend makan sambal segera. Sedap pun sedap. Dah cube rasa sambal Samza yang tengah viral ni!Produk Samza dihasilkan daripada cili segar terpilih daripada ladang mereka sendiri di Kuala Langat. Bahan ramuan segar digabungkan dgn kesedapan resepi tradisi yang telah dinaiktaraf menggunakan teknologi pemprosesan yang bermutu, bersih, lagi halalan toyiban.

 Untuk pembelian secara dalam talian di Agrobazaar online, klik link dibawah:

Samza

M’DEE

Dewan Agrotrade 1


Buat para pencinta Char Koay Teow Penang boleh dapat kicap segera. MDee adalah jenama Produk Masakan yang terdiri daripada Sos, Sos Char Koay Teow. MDee adalah Jenama Islam yang diusahakan di Pulau Pinang. Satu lagi M'dee juga dah keluarga produk sambal tumis segara baru taw.


Untuk pembelian secara dalam talian di Agrobazaar online, klik link dibawah:

M'DEE

Buat pengunjung yang tidak dapat datang ke MAHA 2018 disyorkan membeli belah terus menggunakan Agrobazaar online didalam talian. Dengan adanya promosi Kaw2 yang diadakan sudah tentu barang-barang produk hangat jenama tempatan boleh dibeli dengan harga rendah. Jom dapatkan sekarang selagi selagi stok masih ada dan kepada semua yang datang ke MAHA jangan lupa berkunjung ke Booth Agrobazaar Online untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik. Tingal 2 hari lagi. Cepat- Cepat!

Berita baik?

Peraduan beli dan menang masih berlangsung sehingga ahad ini iaitu 2 December 2018.
Syarat mudah dengan hanya perlu membeli di Agrobazaar online minima 50 keatas dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah seperti Tv, microwave dan banyak lagi taw.


MAHA 2018 Terbaik!

Nak tahu lebih lanjut, sila layari

www.agrobazaar.com.my

03 61262020

www.instagram.com/agrobazaaronline
www.facebook.com/agrobazaar.online
www.twitter.com/agrobazaar_msia

14 comments:

Ruby said...

Seronoknya. Teringin nk membeli sambal dan produk di sini. Tapi pening la kepala pi sana kalau takda kawan. Nak bawa anak-anak confirm pengsan la nak mencari kat Maeps tu. Berterabur teruk. Nanti bleh kirim kat korang je la kot. Hahaha

Nadratul Syazwana said...

Setakat ni Nad tak pernah lagi pergi MAHA. Kalau ajak parents pun diorang malas nak pergi sbab katanya besar sangat dan sesak. Alahai. Kadang teringin juga saja-saja nak berjalan ke sana. Tengok orang share macam menarik.

Isabel said...

Haven't gone to MAHA before but I've seen many people posting about this event. It's good that they support local brands as well. Would love to try the coffee!

Wai Yee aka Rane said...

MAHA looks so happening. too bad I also missed it due to vacation etc. hopefully I can make it to the next one. I wanna buy buy buy too hehehe

Mahamahu said...

Ala abam pergi MAHA tak ajak kita pun heheh sedih tahun ni tak dapat pergi langsung walaupun tempoh lama hehehe banyak produk baru ker tahu ni tengok kat agro bazar ni banyak produk best juga beli online jer lah hehehehhe...

Eiza GreenAppleKu said...

Seronok event MAHA ni. Kita dapat lihat pelbagai produk yang ada setenghnya takde kat pasaraya besar. Lagi best ada tawaran harga istimewa.

Sebrinah Yeo said...

This event is huge! The venue is super huge. Lots to see and shop! I was there last week but missed this la if not can buy home for my cooking

sayaidaydotcom said...

Hari tu pergi dengan mak abah, ramai betul orang. Mak paling seronok sebab dia dapat beli bunga orked hehe

tapi event maha kali ni memang besar.

Wawa Ashihara said...

Teringin nak pergi ke MAHA.. Tapi selalu jauh... Tak kesampaian nk ke sana utk tgk produk2 tmptn yg xpenah dgr ade jual kt sana.. Tapi ramai kata program maha ni mmg best.. Bagus sbb menggalakkan kita support produk local tempatan lebih lg..

Emi said...

Rajinnya faries pergi maha. Emi tahun ni tak pergi pun, rasa malas nak pergi tempat ramai orang macam tu. Plus busy sikit lately ni, setelkan apa yg patut bila dah hujung tahun ni.

Zharif Azis said...

Alhamdulillah berkesempatan pergi ke MAHA tahun nie. Mmg ramai sangat manusia dan suka tengok banyak produk tempatan yg dijual. Ternyata banyak produk berkualiti dihasilkan oleh org kita. Suka rasa tester2 sepanjang berada di sana. Mmg best sgt !

Azlinda said...

baru tahu agrobazaar ini usahasama FAMA. Terbaik ni untuk bantu usahawan

Illya LeYa said...

Memang menarik MAHA2018 kali ini. AgroBazaar ni pun rasanya memang patut diberi peluang kerana ia membantu para usahawan muda untuk lebih berdaya saing secar sihat. Alhamdulillah... Tahniah! Kerana bersama mengembangkan lagi industri keusahawanan tempatan.

zuhair said...

Appriciat it great post!
air conditioner
mobile phone on installment
refrigerators price in pakistan
refrigerator
haier refrigerators
orient refrigerators