Monday, November 26, 2018

Sunfeet Menawarkan Promosi Back To School Sempena Cuti Sekolah !

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera


Baru-baru ini, Faries berkesempatan berkunjung ke Sunfeet International Rehabilitation Centre mendengar ceramah kesihatan berkaitan kesihatan kaki. Faries tahu mesti ada antara kita yang masih belum terdedah  tentang kepentingan penjagaan dan kesihatan kaki. Untuk pengetahuan korang, kaki merupakan anggota yang sangat penting kerana kaki merupakan anggota yang membolehkan kita berjalan dan melakukan aktiviti seharian. Faries nak kongsi banyak pasal kesihatan kaki dan tak lupa juga sekarang ni Sunfeet tengah mengadakan promosi " Back To School " untuk pelajar sekolah bagi sesi persekolahan tahun hadapan taw!


Sebelum kita pergi jauh, jom kita kenali serba sedikit mengenai Sunfeet. Sunfeet merupakan sebuah pusat yang memberikan penyelesaian Orthotic & Prosthetic. Dr Edmund Lee merupakan  Pakar Perunding & Pakar Kesihatan Kaki disini. Beliau mempunyai pengalaman luas didalam bidang Orthotic dan beliau juga telah menghasilkan buku serta beberapa kali muncul di kaca TV. Di Sunfeet, mereka menganalisa pergerakan dan struktur badan  menggunakan satu sistem yang dikenali sebagai biomekanik. Disini, mereka mengguna pakai sistem taksiran biomekanik yang unik iaitu satu sistem ciptaan Dr Edmund sendiri untuk menilai dan mendiagnosis masalah anggota bawah dan masalah biomekanik pesakit kemudian menjelaskan serta mensyorkan rawatan atau kasut yang sesuai untuk digunakan untuk pesakit

Ceramah kesihatan yang di berikan oleh Dr Edmund sendiri yang diadakan hampir setiap bulan di Sunfeet. Banyak maklumat tentang penjagaan kaki dikongsi oleh Dr Edmund

Setiap manusia mempunyai tapak kaki yang berbeza-beza. Jom kita lihat dan kenali jenis-jenis tapak kaki:




Menurut Dr Edmund, jenis tapak kaki normal ialah manusia yang mempunyai lengkungan(arch) di tapak kaki yang sempurna didalam warna gelap dan manakala bahagian warna cerah adalah tapak kaki yang akan menjejak ke tanah dan menampung berat badan kita. Setiap jenis kaki yang tidak sempurna boleh membawa kepada sesuatu kesan sampingan dalam jangka masa panjang antaranya sakit otot, sakit belakang, sakit kaki dan banyak lagi. Kalau korang nak tahu lebih jenis tapak kaki korang dan saranan terbaik untuk tapak kaki, korang boleh ke Sunfeet. Kat sana banyak maklumat korang boleh dapatkan mengenai jenis tapak kaki ini.

Memandangkan musim persekolahan bagi sesi 2019 akan bermula sebulan daripada sekarang, Sunfeet menawarkan pelbagai pilihan jenis kasut yang diyakini memberik keselesaan kepada anak-anak apabila memakainya.


Kasut sekolah yang direka khas untuk tapak kaki.

Pelbagai jenis kasut sekolah yang direka khas untuk keselesaan tapak kaki kanak-kanak

Sunfeet juga menawarkan pelbagai jenis kasut untuk keselesaan pengguna.
Selain daripada itu, kanak-kanak berumur 0-4 tahun yang mempunyai masalah tapak kaki tidak normal masih boleh diberikan rawatan dengan memberikan jenis rawatan orthotic ataupun memberikan jenis kasut yang selesa. Untuk kanak-kanak yang berumur 5-12 tahun kemungkinan untuk memperbaiki masalah tapak kaki agak sukar. Jadi sangat penting untuk ibu bapa memeriksa kaki anak anda sejak kecil lagi untuk mengelakkan masalah-masalah kesihatan mendatang.

Pemeriksaan Kaki Percuma!


Skrin memaparkan maklumat tentang jenis tapak kaki


Sunfeet juga menyediakan pemeriksaan kaki secara percuma taw. Jenis tapak kaki Faries menurut Dr Edmund adalah tapak kaki yang mempunyai lengkungan(arch) sedikit. Ia boleh di kategorikan sebagai jenis tapak kaki flat dimana hampir keseluruhan tapak kaki Faries berpijak ke tanah serta menampung berat badan dan kemungkinan untuk mendapat sakit otot sekiranya lama berjalan agak tinggi. Memang selalu juga mengalami sakit otot lagi-lagi kalau berdiri lama. Alhamdulillah, dah dapat tahu masalah tapak kaki dan penyelesaian yang perlu diambil.

Sunfeet juga turut menawarkan beg sekolah yang berfungsi 100% melindungi tulang belakang anak-anak kita. Selalu sangat ibu bapa mengadu anak-anak terpaksa bawa buku banyak dan berat. Korang lihat sendiri beg yang dihasilkan oleh Sunfeet ni. Memang selesa dan baik untuk anak-anak.



Terima Kasih Sunfeet. 
Faries syorkan Sunfeet untuk anda merawat serta kenal pasti masalah kaki anda , anak-anak serta ibu bapa


Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, Sila layari


www.facebook.com/sunfeetinternational

Contact: 013-9122939
Operation Hours: 10 a.m - 7 p.m

Sunfeet International Rehab Centre

18, Jalan 19/1, 
Seksyen 19 Petaling Jaya, 
46300 Petaling Jaya, Selangor

19 comments:

Airah Syahirah said...

boleh tahan lawa jugak design diaorang rasa macam dah ada yang berkenan hahaha. nak tengok nanti dekat mana terdekat nak beli.bagus kasut macam ni ambil berat kesihatan kaki

Sherry said...

wow read many positive about this place, shall visit this place soon. We need take care of our feet and there's promotion back to school just nice as both my boys back to school soon. I think not just for children but adult too to check on feet.

Qiya Saad said...

Support tapak kaki memang penting sebab different people has different shape and yang di consider tak normal tu memang akan bagi side effect dekat sendi especially lutut dan pinggang. Dalam Malaysia memang ada specialist for shoes support tapi tak banyak, so bagus la ada brand Sunfeet yang buat this kind of innovation.

Julia Mahir said...

Kat Penang ada ke eh nak check kaki ni? kaki jalan macam kitorang ni kena check ni, baru eh pilih kasut yang sesuai. Lagi2 dah pangkat mak-mak ni kena tampung berat anak-anak pulak. Huhu. Sat lagi belum tua sangat tapi kaki dah sakit2 kalau tak jaga bebetul.

Mahamahu said...

Awak nak balik sekolah semula ker hehehe mentang-mentang muka jambu wakakaka... tak apa nanti awak beli kasut untuk kita yer hehehe kita pun tak pernah buat ujian kaki macam tu bagus juga....

Nadia Johari said...

Bgaus la sunfeet ni..buat kaki kita tak sakit bila pakai kasut. Siap ukur dulu kaki kita untuk buat tapak kasut yang sesuai. Macam ni baru selesa kaki ni. Wah siap ada beg semua ya..bolehla nanti syorkan dekat anak buah ,saudara yang bersekolah

Ruby said...

Bagus sekarang ramai dah tahu kepentingan jaga kaki dengan penggunaan insole dan kasut yang bagus. Hehehe. Akak pun pi kedai camni. Sebab suka kasut murah tapak rata. Haha

Jaja Zaleha said...

Baru ni saya dengar pasal pemeriksaan kaki. Bagus ya event ni buat check up free, ada promotion dan marketing sekaligus. Kalau dekat memang saya dah pergi terjah ni. Benda free siapa la taknak kan :P

Cik Puan Ena said...

Ena memang cerewet bab pemilihan kasut ni. Sebab ada anak berdukung je. So mesti kena slesa pakai.anak kecik lagi tapi in future memang nk anak pakai sunfeet. Biar selesa bergerak kan. Kadang orang anggap kasut ni perkara remeh tapi tak fikir long term kesannya. Biar mahal sikit tapi kualiti pakai tu terjamin. Plus untuk kesihatan.

Abby Onety said...

Wah bagus nih ada promosi macam nih buat sepatu untuk kembali ke sekolah setelah liburan nanti. Untuk memilih sepatu memang harusnya yg nyaman buat kaki agar kaki sehat terjaga.

Ana Suhana said...

Wah ada rawatan pemeriksaan kaki percuma ye. Nak try check lah nanti.
Memandangkan syafi nak masuk sekolah dah kan boleh bawa dia ke sini juga utk cari kasut dan beg sekolah yg terbaik utk dia. Nak dia selesa dan yg panting kesihatan otot terjaga.

Ana Suhana said...

Wah ada rawatan pemeriksaan kaki percuma ye. Nak try check lah nanti.
Memandangkan syafi nak masuk sekolah dah kan boleh bawa dia ke sini juga utk cari kasut dan beg sekolah yg terbaik utk dia. Nak dia selesa dan yg penting penjagaan tulang terjaga.

AyuArjuna BiGoshh said...

penting untuk tahu tentang diri kita..terutama fizikal..akk dah pergi hari tu sempatlah buat pemeriksaan kaki....macam2 akak belajar tentang kesihatan kaki....blh rekomen kawan2 utk dtg ke sunfeet ni

Syamimi Saad said...

Bagus adanya sunfeet ni. Boleh kita kenal asti permasalahan ada kaki kita juga kan.
Yela, kaki memang penting, sebab ianya menyokong keseluruhan badan kita.
Kita pun kena la jaga kaki sebaiknya.
Pilih la juga kasut yang bersesuaian.

Lia Hasty said...

Wah ada free pemeriksaan lah. Rasa nak pergi SUnfeet nak pergi check kaki sendiri. Mana tau boleh beli kasut yang sesuai dengan kaki kat sana. Banyak juga pilihan menarik.

AlongMurni said...

AM baru tahu rupanya kaki kita juga perlu dijaga & ada pelbagai pattern jenis permasalahan kaki.. Bagus diketahui bagi anak2 AM yang masih kecil nie.. sangat bagus pendekatan yang Sunfeet buat nie..

mrspuex said...

berbaloi membeli kasut sihat di sunfeet ni.. a bit pricely but sangat selesaaa!!

HALIMAH BINTI MUHIDEN said...

Kak pun first time pg kat Sinai, Vila scan kaki kak pun ada masalah kaki tak setabil dan dinasihatkan membeli kasut kesihatan jika mahu kaki normal balik

zuhair said...

Appriciat it great post!
air conditioner
mobile phone on installment
refrigerators price in pakistan
refrigerator
haier refrigerators
orient refrigerators