Thursday, November 8, 2018

Review Operasi X | Kisah Kekeluargaan, Percintaan, Persahabatan Dan Kenapa Korang Wajib Tonton!

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera


Alhamdulillah dah selesai menonton Filem Operasi X di GSC Alamanda, Putrajaya semalam. Apa yang mengejutkan Faries ialah panggung wayang penuh okey. Wah cerita ini memang patut dapat sambutan hangat seiring dengan plot cerita yang paparkan. Korang nak tahu kenapa? Baca sampai habis! Sesiapa yang masih belum tengok entri Faries pasal filem Operasi X boleh Klik link dibawah:




Filem:
Operasi X

Penilaian:
7/10

Pengarah:
Sandosh Kesavan 

Pelakon:
 Datuk Awie, Dato Aaron Aziz, Datuk Yusof Haslam, Nasir Bilal Khan, Hairul Azreen, Hefny Sahad,Gbob, Rahhim Omar, Hanna Aqeela, Nashra Shah,Rafizah Shima dan Zaidi Omar.

Terbitan:
Dream Pictures Production

Durasi:
1 Jam 47 Minit

Genre:
Aksi/Jenayah

Sinopsis:

ASP Redzuan sudah tidak percaya lagi dengan pegawai polis lain apabila dia menyaksikan kematian rakan baiknya, Inspektor Aman, yang dipercayai dibunuh oleh pihak polis. Dia kemudian memutuskan komunikasi dengan semua orang dan mula tinggal di sebuah pulau terpencil, menyembunyikan identitinya daripada penduduk di situ. Tetapi Dato` Mokhtar dan Tuan Anwar dari Bukit Aman dapat menjejakinya. Dia kemudian ditugaskan untuk mengetuai operasi yang dinamakan Operasi X untuk menumpaskan Geng Belut.

Ulasan:


Filem Operasi X merupakan filem ke 3 arahan Sandosh Kesavan bagi penerbitan Filem Melayu. Operasi X ada penerapan unsur-unsur filem tamil dimana babak aksi merupakan pilihan pengarah. Keseluruhan plot cerita boleh dikatakan menarik kerana terdapat semua elemen persahatan, percintaan, kekeluargaan dan banyak lagi didalam filem Operasi X ini. Jom kita lihat babak-babak dan elemen yang menarik terdapat pada setiap babak filem Operasi X ini

Persahabatan
Filem Operasi X dimulakan dengan plot cerita mengenai persahabatan dan pengkhianatan. Kenapa Faries cakap macam tu? Pada permulaan cerita ketika serbuan dilakukan oleh pihak Polis yang diketuai oleh ASP Redzuan,lakonan Aaron Aziz, sahabat baik beliau iaitu ASP Aman Rahim yang mati ditembak oleh adik kepada Belut. Redzuan kecewa dengan anggota polis dan pada masa yang sama beliau terkena tembakan di peha. Beliau mengambil keputusan untuk berhenti dan setelah berjumpa dengan Ketua Polis lakonan Datuk Yusuf Haslam. Beliau diberikan cuti yang panjang untuk memikirkan sama ada meneruskan khidmatnya atau meninggalkan semuanya.

Kekeluargaan
Pada babak permulaan ini, Faries dah boleh agak terdapat babak pengkhianatan didalam babak serbuan tersebut sehingga filem terus dimainkan. Awie memegang watak sebagai Belut iaitu raja penyeludup menceritakan tentang penyesalan beliau melibatkan adiknya didalam perniagaanya yang telah diberikan kepada adik kesayangannya itu walhal jawatan itu sebelum ini dipegang oleh Bashah, lakonan Nasir Bilal Khan yang merupakan orang kanan kepada Belut Hampir 30 tahun. Dah boleh teka siapa pengkhianat? hehehe


Percintaan
Ketika ASP Redzuan bercuti di sebuah pulau, Beliau telah berjumpa dengan Cikgu Ayu, lakonan Hanna Aqeela. Bermula bibit cinta antara Redzuan dan Cikgu Ayu sehingga pertemuan akhir mereka pada hari ASP Redzuan dipanggil kembali bertugas. Mereka bertemu semula dan ASP REdzuan telah memberitahu cerita sebenar dan telah melamar cikgu Ayu untuk menjadi teman hidup beliau

Komedi
Babak seterusnya ialah mengenai peranan Belut lakonan awie. Watak yang dibawa oleh Awie memberikan impak yang kelakar dan membuatkan satu panggung wayang terhibur dengan lawak ringkas dan mencuit hati penonton. Belut juga menunjukkan minat terhadap artis pujaannya iaitu 'Awie' sendiri dan terdapat babak Belut menonton persembahan awie dan bergambar bersama.


Kenapa Wajib Tonton Filem Operasi X?

1. Sinematografi Filem yang cukup Awesome
Pada permulaan cerita lagi, Faries agak terkesima dengan sudut kamera yang diambil. Dan setiap pergerakan kamera memberikan impak luar biasa kepada penontot seperti pada babak permulaan tembak-menembak. Sudut kamera bergerak dari atas membuatkan Faries rasa sangat teruja dan ianya sangat cantik.

2. Kesan bunyi yang agak luar biasa
Skor bunyi untuk filem operasi X ini juga  berada pada tahap memuaskan dan tidak bingit dan menganggu para penonton. Untuk setiap scene terutama pergaduhan dan aksi. Kesan bunyi sangat sesuai dan nampak lebih real.

3. Aksi-aksi  yang Menarik
Aksi pergaduhan dan tembak menembak yang ditunjukkan sangat real dan tiada penampakan penggunaan pistol atau letupan daripada pistol palsu. Cuma letupan pada babak akhir filem cuma perlu diperbaiki sedikit

4. Elemen Komedi 
Awie yang sememangnya terkenal dengan watak kelakar membuatkan para penonton pecah perut dengan aksi komedi awie. Walaupun ringkas tapi sampai setiap komedi yang cuba dimainkan.

5. Pasukan Penyelamat yang Gempak
Kesemua 4 orang pasukan yang dinamakan sebagai Alimat, Pablo,Nash dan juga Janggut merupakan watak terbaik. Mereka bekerjasama dengan baik untuk menumpaskan geng belut. Dan terdapat jugak babak kelakar yang di lakokan oleh Janggut. Bagi Faries, Nash memainkan watak agak baik sebagai wanita yang memegang watak aksi.


Bagi semua yang masih belum menonton filem Operasi X, korang boleh menonton sekarang di panggung wayang berdekatan korang. Faries boleh bagi 🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟 daripada 10 bintang. Filem Operasi X boleh dikategorikan sebagai filem terbaik 2018! Selamat Menonton

4 comments:

Sarah said...

Best kan cerita ni l, terutama part awie hehe

mamapp said...

Waaa... Mmg best cerita ni Kan x rugi tgk kt pawagam

Mama aiman said...

best sangat cite nie..suka lakonan awie sebagai belut yang selalu mencuit hati..

zuhair said...

Appriciat it great post!
air conditioner
mobile phone on installment
refrigerators price in pakistan
refrigerator
haier refrigerators
orient refrigerators