Tuesday, November 20, 2018

Majlis Perasmian 'ART In The City' | Memperkenalkan Identiti & Keunikan Malaysia Melalui Seni Lukisan

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera


Bandaraya Kuala Lumpur sudah sememangnya cantik dengan tersergamnya bangunan tinggi dan juga bangunan pencakar langit seperti KLCC dan Menara Kuala Lumpur. Tapi, dimanakah keunikan yang korang dapat lihat yang mengambarkan imej negara Malaysia? Sejak kebelakangan ini adakah korang perasan atau terlihat tersergam lukisan-lukisan cantik yang mengambarkan identiti Malaysia di seluruh Kuala Lumpur? Itulah gambar-gambar daripada pereka tempatan yang turut serta didalam kempen yang dipanggil sebagai 'Art In The City'. Nak tahu lebih lagi?? Jom baca lagi!


Sebelum pergi jauh, jom Faries perkenalkan salah satu badan utama yang telah mengerakkan aktiviti ini iaitu Cendana Malaysia. Cendana ialah salah satu agensi pembangunan ekonomi kebudayaan yang disokong penuh oleh kerajaan Malaysia. Diperkenalkan pada tahun Jun 2017 dengan tujuan membangunkan, menambah baik dan mempertingkatkan seni dan budaya Malaysia sebagai penjana ekonomi negara. Cendana mahu meningkatkan kualiti seni persembahan, seni visual dan juga muzik dengan memperkenalkan keunikan serta kepelbagaian Malaysia di pentas tempatan, serantau dan antarabangsa.Cendana telah bekerjasama dengan Menteri Wilayah Perseketuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengetengahkan idea 'Art In The City' ini


'Art In The City' telah secara rasminya di rasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan iaitu Yang Berhormat Tuan Haji Khalid bin Abd Samad. Beliau menyokong penuh usaha yang dilakukan oleh pihak Cendana dan berharap Bandaraya Kuala Lumpur akan menjadi tarikan utama pelancong dan rakyat tempatan untuk melihat keunikan seni daripada hasil pelukis tempatan.

Nak tahu apa yang ada sepanjang 6 bulan kempen mempromosikan 'Art In The City ini' ?

14 Hasil Seni ✔
13 Artis✔
14 Rakan Kongsi✔

Tujuan utamanya ialah mempromosikan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai Bandar kreatif dan unik. Selain daripada itu, kempen ini akan disertakan dengan penambahan lukisan mural, persembahan tradisional bulanan, mengadakan perbincangan dengan artis-artis tempatan, bengkel lukisan dengan tujuan memberikan kesedaran kepada orang awam supaya cintakan lukisan tempatan

Jom kita lihat 3 daripada lukisan yang Faries ambil daripada 14 jenis lukisan dibawah:


Lukisan daripada Ahmad Sanuri Zulkefli: PUSAKA

Terkenal dengan perincian pen dan pensil pada setiap lukisannya. Ahmad memberikan nama lukisan beliau sebagai 'PUSAKA'dimana lukisan beliau mengambarkan kesenian Melayu melalui lukisan rumah kampung. Lukisan ini juga diterapkan dengan lukisan bermotifkan bunga dan bercorak.

Lokasi: Dipaparkan di papan iklan digital sekitar Kuala Lumpur


Lukisan daripada Brinda Kumar:CULTURE SYOK

Beliau sangat meminati lukisan seni sejak daripada kecil sehingga membawa beliau ke London College dengan mengikuti jurusan Rekabentuk Komunikasi Grafik. Lukisan beliau dinamakan sebagai 'CULTURE SYOK'. Beliau menerapkan pelbagai warna dan pilihan dengan tujuan mengambarkan Malaysia hidup aman dan harmoni walaupun kita hidup berlainan kaum dan agama. Terdapat gambar way,bunga rafflesia, tanglong, ketupat dan banyak lagi.

Lokasi: Bursa Malaysia Berhad


Lukisan daripada Samantha Cheah (Yueyue): BE WITH ME, BRAVE HEART

Mempunyai pengalaman dalam bidang lukisan grafik selama 14 tahun membuatkan beliau mempunyai inspirasi yang banyak dalam bidang seni halus. Lukisan yang dihasilkan oleh beliau sangat unik dan cantik dimana terdapat seorang perempuan duduk diatas Bunga Raya merah yang merupakan bunga kebangsaan Malaysia.

Lokasi: Dipaparkan di papan iklan digital sekitar Kuala Lumpur

Antara lukisan-lukisan lain yang sememangnya cantik dan mempunyai nilai tersendiri dan pada masa yang sama membawa atau menyentuh identiti kita sebagai rakyat Malaysia.



Jom ramai-ramai lawati dan lihat sendiri seni lukisan yang cantik yang dihasilkan daripada air tangan penduduk tempatan sendiri. Antara Muzium dan Galeri yang korang boleh lawati adalah seperti dibawah:

Muzium Negara
Galeri Seni Negara
Muzium Seni Islam Malaysia
Bank Negara Malaysia Galeri Seni
Muzium Polis Diraja Malaysia
Galeri Petronas
Muzium Orang Asli
Galeri Ilham
Muzium Telekom
Galeri Bandaraya Kuala Lumpur
Muzium  Tekstil Malaysia
Balai Seni Maybank
Muzium Bank Negara
Artcube

Tak sabar nak tengok lukisan-lukisan  cantik dan unik memenuhi Bandaraya Kuala Lumpur!

Untuk maklumat lanjut, sila layari



4 comments:

cindyrina said...

Bagus Ada initiatif macam ni. Mesti lagi Cantik bandaraya Kita nanti. Tak sabar nak lihat lukisan Cantik memeriahkan bandaraya Kita. Awesome!

Mahamahu said...

Tak sabar nak tengok beberapa hasil seni anak tempatan ini diabadikan pada banggunan bersejarah kat bandar KL ni. Ia adalah satu tarikan terbaru kat Kl dan mesti ramai orang akan suka saya pun suka....

Bonde Zaidalifah said...

Menariknya.. Lukisan-lukisan tu.. Sy suka tengok hasil lukisan yg kreatif macam nih. Baguslah kalau nak diketangahkan seni lukisan mereka menghiasi Bandaraya KL.

dr-Life said...

Look at all the artworks... So beautiful and inspiring prefer of art... Wanna check this out myself if got a chance...