Friday, November 30, 2018

JAKEL Merealisasikan Impian 200 Pemenang Peraduan Beli & Menang Mengerjakan Ibadah Umrah Secara Percuma

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua


Mengerjakan Ibadah Umrah merupakan satu impian setiap umat islam. Pernah terfikir untuk mendapatkan tajaan penuh secara eksklusif ke tanah suci Mekah? Baru-baru ini, JAKEL Trading telah menunaikan hasrat 200 pemenang cabutan bertuah Beli & Menang di Jakel bagi tahun 2017/2018 mengerjakan ibadah Umrah secara ekslusif tajaan Jakel. Menarik bukan? Bukan itu sahaja taw, Jakel juga telah menawarkan hadiah wang tunai setiap minggu sepanjang pertandingan cabutan bertuah itu berlangsung. Menariknya, bagi setiap pemenang cabutan bertuah akan mendapat 2 tiket tajaan ke Umrah. Wah! Seronoknya.

Bertempat di Jakel Mall, Kuala Lumpur, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel iaitu Datuk Hj Mohamed Faroz Mohamed Jakel telah memberikan sedikit ucapan kepada pelanggan setia Jakel di seluruh negara yang telah memenangi cabutan bertuah ini serta menyampaikan mock-up cek yang berjumlah 1.3 juta ringgit kepada Alkhatiri Travel & Tours Sdn Bhd yang merupakan pihak yang bertanggungjawab menguruskan urusan para jemaah umrah. Jemaah umrah akan berlepas ke tanah suci pada awal Januari 2019 nanti.

Ucapan Aluan  daripada Datuk Hj Mohamed Faroz Mohamed Jakel


Untuk pengetahuan semua, tajaan mengerjakan ibadah umrah ini merupakan kali kedua di anjurkan dan ianya adalah salah satu cara pihak Jakel menghargai pelanggan mereka dan ini juga merupakan salah satu CSR daripada Jakel sendiri. Jakel sememangnya mempunyai pelanggan tetap yang setia bersama Jakel daripada permulaan perniagaan sehingga ke hari ini. Jakel juga ada melakukan CSR lain seperti memberikan sumbangan baju pada bulan ramadhan kepada pusat tahfiz, fakir miskin dah kepada yang memerlukan. Melalui aktiviti CSR inilah cara Jakel berterima kasih kepada semua pelanggan dan berkongsi keuntungan bersama-sama.

Antara Para Jemaah Wanita yang hadir ke sesi penyerahan hadiah

Antara Para Jemaah Lelaki yang hadir ke sesi penyerahan hadiah

Nak tahu cara pemenang dipilih?

Pelanggan yang berbelanja RM 1,000 keatas didalam satu resit layak untuk menyertai dan diberikan satu borang untuk diisi ke dalam kotak yang disediakan di setiap kaunter Jakel seluruh Malaysia. Peraduan Beli & Menang ini berlangsung selama 30 minggu (lebih kurang 8 bulan). Selepas berakhir tarikh peraduan, cabutan dilakukan bersama setiap ketua cawangan Jakel seluruh Malaysia. Mudah bukan? Pada tahun ini, pihak Jakel telah menerima sebanyak 50 ribu penyertaan bagi peraduan Beli & Menang.

Keceriaan terlihat diwajah Puan Linda dan ibunya, Puan Salmah yang merupakan pemenang bertuah Jakel bagi Mengerjakan Ibadah Umrah

  Menurut CEO Jakel, Datuk Hj Mohamed Faroz, tahun depan akan diadakan lagi peraduan seperti ini dan seramai 200 pemenang bertuah akan dipilih lagi mengerjakan Ibadah Umrah. Teruja tak? Apa tunggu lagi, jom membeli-belah di Jakel Sekarang!!!

Bak kata orang tua-tua ' Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu'

Sumbangan kelengkapan Umrah daripada pihak Jakel

Jakel sedang menjalankan Jualan Akhir Tahun 2018 di kesemua cawangan Jakel bermula pada 23 November 2018 sehingga 6 Januari 2019! Apa tunggu lagi, jom dapatkan potongan harga terendah dan koleksi-koleksi baru dan trend terkini hanya di Jakel. Faries pun tak sabar nak shopping ke Jakel sebab raya haritu sempat grab 3 pasang baju raya daripada Jakel. Jadi, kali ni nak berbelanja lebih sikit, mana tahu rezeki untuk menang pakej ke Umrah tajaan Jakel ini tahun hadapan.

Ingat Slogan Jakel?

'Ingat Kain Ingat Jakel'


Bergambar bersama CEO Jakel, Datuk Hj Mohamed Faroz

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, layari



19 comments:

Mrs Liez said...

Beruntung mereka-mereka yang terpilih untuk menang hadiah umrah ni.. dan kak liez suka cara jakel menghargai pelanggan mereka.. banyak membantu dan banyak memberi..dan mmg jakel ada pilihan kak liez sekeluarga.. sbb kalin dia berkualiti dan up to date

Amni said...

Waaa dapat bergambar dengan dato feroz untung nya heheh
Tapi lagi beruntung yang menang pakej umrah tu.
Bawak badan je pulak tu.
Lepas ni boleh la join contest jakel pulak sbb nampak diorang memanng betul2 telus bagi hadiah hhahaq

Nadratul Syazwana said...

Bertuah sangat tau pemenang yang dapat tajaan pergi umrah. Memang rezeki diorang shopping dengan Jakel lah. Tengah usha-usha kain untuk buat baju nikah ni hehehe. Mana tau nanti kita beli dekat Jakel jerr.

Khai Artzfar said...

Alhamdulllah. tahniah buat semua pemenang. rasa terharu tengok dorang dapat ke sana. rezeki. buat Jakerl tahniah juga kerana merealisasikan impian mereka. semoga segalanya dipermudahkan dan selamat maju jaya

Ana Suhana said...

Wah bestnya dapat tajaan secara ekslusif untuk kerjakan ibadah umrah. Berbaloi berbelanja sampai Rm1k dekat Jakel. Dah lah kainnya berkualiti dan cantik-cantik kan. Tahniah Jakel kerana memnghargai pelanggan yang setia.

sya mimie said...

Makin berkembang luas bisnes Jakel ni kan.
Sekarang boleh membantu pelanggan setia mereka yang terpilih buat umrah lagi.
Teringat mak pernah cerita. Salah sorang regular cust mak selalu hantar kain untuk mak buatkan baju dia. Cust mak tu dia kalau shopping kain memang kat jakel.
Rm1k jugak la dia berhabis beli kain.
Dan dia pernah terpilih untuk buat umrah dari jakel.

Mahadir mohamed arifin said...

Alhamdulillah Ya Allah sejuk kita baca artikel ini sebab masih ada badan koporat kat luar sana nak bagi sumbangan untuk mengerjakan umrah. Kita pun ada pengalaman menerima tajaan untuk mengerjakan umrah tahun 2016. Rindu rasa nak pergi sana lagi mana tahu Jakel nak bawa kita pula hehehehehe...

Zharif Azis said...

Jelas terpancar kegembiraan para pemenang yg dapat peluang keemasan ini. Sangat tabik dgn usaha Jakel dlm merealisasikan impian untuk menunaikan unrah 200 pelanggan bertuahnya. Sangat mencemburui mereka. Bila lah agaknya dpt berpeluang ke sana nanti

Cindyrina Rina said...

Seronoknye they all dapat peluang mengerjakan umrah. Apatah lagi disponsor. I pun nak pergi juga kalau ada peluang keemasan camni.

JMR said...

Alhamdulillah, rezeki untuk mereka yang bertuahkan..besar ganjaran menaja org menunaikan ibadah umrah ni..semoga diteruskan pada tahun-tahun hadapan.

AyuArjuna BiGoshh said...

seronok bila dapat peluang macam ni..mngerjakan umrah..apatah lagi ianya ditanggung sepenuhnya..mmg rezeki betul..tapi syaratnya kena lah berbelanja di jakel hehehehe..

Wai Yee aka Rane said...

Jakel is a good brand it seems. I have not shop there before. maybe I should drop by one day. Good event for ppl to win prizes.

Jia Shin Lee said...

Congratulations to all the winners, they must be so happy to receive such a wonderful prize from Jakel!

Nadia Johari said...

bertuah sungguh siapa yang menang tu ye. memnag rezeki diaornag dapat mengerjakan umrah dengan tajjan..allahuakbar..kita yang bac ani pun rasa gembira..apatah lagi yang menang..nampaknya kena berbelanja dekat jakel la..ehehe

Rawlins GLAM said...

Moga dipermudahkan urusan semua pihak dan moga Jakel juga dimurahkan rezki kerana memudahkaan urusan yang lain. RM1000/ resit ye. Nie mesti shopping sakan masa raya kan hehe

Emilinda said...

Rezeki diorang dapat tajaan pergi umrah. Ramai jugak tu kalau 200 orang. Bestnyaaa. Bagus betul jakel ni buat macam ni.

rubydotmy said...

Perghhh gambar wide sungguh ha. Tahniah semua pemenang. Next year akak pula Nak cuba join. Sebab tiap tahun Jakel belum lg menghampakan semua peraduan dia. Mesti dapat hadiah. Ayuh bawa mak kakak adik shopping di Jakel

alia farhan Said said...

Woww.. Best gila kalau menang oakej umrah kannn.. Untung kah yg menang tu... Dapat pakej ke rumah Allah lagi haa

Halimah Muhiden said...

Wah...dah rezeki..menang..Jakel memang murah hati dan semakin maju