Tuesday, November 6, 2018

Adakah Gabungan Mantap Awie Dan Aaron Aziz di dalam Filem Operasi X Bakal Menggegarkan Panggung?

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera


Rasa macam dah lama tak menonton filem melayu di panggung wayang. Faries memang jenis memilih untuk menonton sesebuah cerita di panggung wayang dan bukanlah tak tengok filem melayu langsung. Tapi bergantung kepada jalan cerita sesebuah filem. Apa yang Faries buat sebelum menonton sesebuah filem ialah tengok trailer cerita tersebut dan cari komen serta ulasan sebanyak yang mungkin. Kadang-kadang ulasan atau pendapat orang lain tak selalunya tepat. Eh lupa nak bagitahu yang Faries baru sahaja menonton trailer satu filem melayu ini yang dinamakan sebagai Operasi X! Filem ini betul-betul menarik hati Faries nak tengok di panggung wayang. Nak tahu kenapa? Jom lah teruskan membaca.....



Gandingan Mantap 2 hero iaitu Datuk Awie dan Datuk Aaron Aziz


Trailer Operasi X 

Filem Operasi X arahan Sandosh Kesavan merupakan filem terbitan Dream Pictures Production yang bakal menemui penonton dipawagam bermula 1 November. Hari ini,dah masuk hari ke 5 tayangan dan rata-rata memberikan komen positif tentang filem Operasi X,membuatkan Faries rasa membuak-membuak nak pergi tengok ni.Haih.Selain Aaron, filem ini turut dibintangi oleh Datuk Awie, Datuk Yusof Haslam, Nasir Bilal Khan, Hairul Azreen, Hefny Sahad,Gbob, Rahhim Omar, Hanna Aqeela, Nashra Shah,Rafizah Shima dan Zaidi Omar.Korang mesti rindu lakonan awie kan? Faries memang minat Awie sejak dibangku sekolah lagi tak kira dalam bidang nyanyian mahupun lakonan. Beliau memang menjayakan watak dengan baik sekali disetiap lakonan yang beliau sertai. Dalam filem Operasi X ini, Datuk awie memegang watak sebagai ketua gangster manakala Aaron Azis pula memegang watak sebagai pegawai polis.

Antara ulasan dan komen-komen netizen yang dah tonton cerita Operasi X ni. Ni rasa nak pergi wayang sekarang ni.hehehe




Melalui trailer yang Faries tonton, Faries dapat lihat dimana Aaron Aziz bertanggungjawab sebagai seorang pegawai polis yang ditugaskan untuk menumpaskan kumpulan gangster yang diketuai oleh Awie. Bermacam-macam cara dilakukan untuk menumpaskan kumpulan dibawah jagaan Awie. Apa yang membuatkan Faries rasa betul-betul tertarik ialah watak Awie sebagai gangster tetapi menerapkan unsur-unsur komedi. Untuk pengetahuan semua, penampilan Awie kali ini agak kelakar dan tidak menunjukkan watak gangster yang sebenarnya. Ini pasti dapat mencuit hati para penonton. Filem Operasi X ini bukanlah filem berasaskan aksi semata-mata. Rasanya pengarah filem ini cuba memasukkan unsur komedi didalam filem aksi ini kerana semua sedia maklum yang komedi atau bende kelakar memang kesukaan rakyat Malaysia.

Nak tahu apa kesudahan Filem Operasi X? Nantikan Ulasannya ya !

Jom ke panggung wayang berdekatan korang sekarang. Filem Operasi X sudah ditayangkan bermula 1 November 2018 lagi. Selamat Menonton!


19 comments:

mamapp said...

Tengok trailer pun dah best kan

idayu nim said...

Tengok pada trailer biasa2 jerk, tapi x bleh percaya 100% dengan trailer. Mana tahu filem ni bleh jadi box office kan... Kalau tengok pada barisan pelakon superb beb. Ape pun kena p panggung baru tau

Wai Yee aka Rane said...

the movie seems interesting. After reading your review, I really feel like to watch it. Let's go to the cinema and catch the movie now. yay!

Lin liena said...

tak sabar jugak ni nak tengok....almaklumlah ada hero malaya kita aaron aziz dan awie hehe

Minionlicious Enterprise said...

Hahaha..ye..mungkin semantap gabungan kita berdua bila di event..sure havoc hahaha..eh wakkk..kak min peminat setia Awie tau alau pun tak minat Aaaron Aziz so sure mantap meletop cte ni

Ezna Ahmad Khalili said...

Gabungan menarik ni. Seorang rocker dan seorang hero malaya. Hehe. Pandai pula pengarah pilih para pelakon. Bakal hits juga la movie ni.

Siti Rohaida Yusof said...

Of courselah lebih mantap.. Tengok trailer dia pun rasa tak sabar nak tengok kat panggung nanti..

Emilinda said...

Aaron azis? Haaa ni mesti confuse aaron aziz dengan zharif azis 😂😂. By the way cerita ni nampak macam best. Petang ni lepas kerja baru emi nak pi tengok, hehe.

sya mimie said...

Wow.. Ada aaron aziz la.. Suka tengok lakonan dia. Hehe
Cite ni best tak? Trailer dia pun tak tengok lagi.
Nak layan kat panggung ntah bila laa..

Kylie Cre8tone said...

Famous casting ni.. Aaron Aziz and Awie.. must be a great movie.... looks great!

Mimi Azirah said...

Ramai pulak bagi feedback filem ni best. Ni semualah ni duk hasut nak pergi tengok.. Hahaha.. Awie kalau berlakon tak pernah tak lawak. Dulu dia berlakon memang serius sekarang ni walaupun watak serius tetap ada lawak.

Maha Mahu said...

Kita tengok trailer movei ni pun dah rasa kagum hehehe dan tak sabar nak pergi panggung tengok lakonan awie yang dah lama tak pegang watak serius macacm ni hehehe tapi Aaron Aziz tetap macho hehehehe..

Eiza GreenAppleKu said...

Gabungan mantap dua pelakon hebat. Anak-anak dah teruja tengok trailer. Dok ajak mama depa pi tengok.

Along Murni said...

Wah!! Semua pelakon hebat2 dan yg oenah mencipta nama dlm operasi x nie.. AM pun nak pegi tgk gak ke panggung.. support industri perfileman malaysia..

alia farhan Said said...

Tengok iklan dia macam best ja...akak dah la suka aaron aziz....mesti kena tengok dekat pawagam nanti...awie dengan aaron berlakon kompem best la

Nik Khazami Nik aziz said...

karakter awie tu macam ala2 godfather pulak. hehe.. dah lama tak tengok aaron aziz berlakon. yelah, sekarang ni tv kita banya beri peluang kepada artis muda dan handsome.

Zayani Zulkiffli said...

Tengok trailer pun dah rasa kelakar tengokk Awie. Dia belakon serious pun sure akan ada kelakar gak.

Cindy Tong said...

wow this movie not bad....the trailer nampak best dan kelakar...i nak tengok full movie la!

Lia Hasty said...

Filem Yang menarik dengan gandingan pelakon Yang hebat Dan popular. Tak sabar nak tengok sendiri kat wayang. Mesti best kan tengok trailer pun dah gempak.