Friday, November 30, 2018

JAKEL Merealisasikan Impian 200 Pemenang Peraduan Beli & Menang Mengerjakan Ibadah Umrah Secara Percuma

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua


Mengerjakan Ibadah Umrah merupakan satu impian setiap umat islam. Pernah terfikir untuk mendapatkan tajaan penuh secara eksklusif ke tanah suci Mekah? Baru-baru ini, JAKEL Trading telah menunaikan hasrat 200 pemenang cabutan bertuah Beli & Menang di Jakel bagi tahun 2017/2018 mengerjakan ibadah Umrah secara ekslusif tajaan Jakel. Menarik bukan? Bukan itu sahaja taw, Jakel juga telah menawarkan hadiah wang tunai setiap minggu sepanjang pertandingan cabutan bertuah itu berlangsung. Menariknya, bagi setiap pemenang cabutan bertuah akan mendapat 2 tiket tajaan ke Umrah. Wah! Seronoknya.

Tuesday, November 27, 2018

PPZ-MAIWP Lancarkan Kempen 'Jadi Kaya Dengan Zakat'

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Dalam diam tak diam dah nak masuk penghujung tahun 2018. Korang dah tunaikan zakat? Atau ada zakat yang masih tertangguh dan tak berkesempatan nak bayar. Baru-baru ini, Faries telah menghadiri satu majlis pelancaran kempen yang dilancarkan oleh Pusat Pungutan Zakat PPZ- MAIWP di Wisma PPZ di Cheras, Selangor. Kempen kali ini dipanggil sebagai ' Jadi Kaya Dengan Zakat'. Macam menarik bukan kempen yang dibawakan oleh PPZ-MAIWP kali ini.

Monday, November 26, 2018

Sunfeet Menawarkan Promosi Back To School Sempena Cuti Sekolah !

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera


Baru-baru ini, Faries berkesempatan berkunjung ke Sunfeet International Rehabilitation Centre mendengar ceramah kesihatan berkaitan kesihatan kaki. Faries tahu mesti ada antara kita yang masih belum terdedah  tentang kepentingan penjagaan dan kesihatan kaki. Untuk pengetahuan korang, kaki merupakan anggota yang sangat penting kerana kaki merupakan anggota yang membolehkan kita berjalan dan melakukan aktiviti seharian. Faries nak kongsi banyak pasal kesihatan kaki dan tak lupa juga sekarang ni Sunfeet tengah mengadakan promosi " Back To School " untuk pelajar sekolah bagi sesi persekolahan tahun hadapan taw!

Tuesday, November 20, 2018

Majlis Perasmian 'ART In The City' | Memperkenalkan Identiti & Keunikan Malaysia Melalui Seni Lukisan

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera


Bandaraya Kuala Lumpur sudah sememangnya cantik dengan tersergamnya bangunan tinggi dan juga bangunan pencakar langit seperti KLCC dan Menara Kuala Lumpur. Tapi, dimanakah keunikan yang korang dapat lihat yang mengambarkan imej negara Malaysia? Sejak kebelakangan ini adakah korang perasan atau terlihat tersergam lukisan-lukisan cantik yang mengambarkan identiti Malaysia di seluruh Kuala Lumpur? Itulah gambar-gambar daripada pereka tempatan yang turut serta didalam kempen yang dipanggil sebagai 'Art In The City'. Nak tahu lebih lagi?? Jom baca lagi!

Sunday, November 18, 2018

BookXcess Cyberjaya Tempat Baca Buku Dan Lepak Paling Awesome!

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera


Rasa macam dah lama tak menulis dekat blog ni. Eh sebenarnya Faries nak bagitahu yang Faries baru je jumpa port lepak untuk buat kerja terbaik di Cyberjaya. Maklumlah sekarang ni Faries dalam proses menyiapkan projek akhir sebelum pembentangan VIVA untuk program ijazah ini. Kalau nak buat kerja kat rumah tu boleh tapi kalau dah nampak katil tu memang dah kelain jadinya. Sebelum ini tempat selesa nak buat kerja ialah di Starbucks tapi itulah kene keluarkan duit pulak untuk beli coffee.hehehe. Tempat yang Faries cakap itu ialah di BookXcess yang terletak di Tamrind Square, Cyberjaya. Korang mesti nak tahu pasal tempat ni kan?  Jom teruskan membaca.....

Friday, November 9, 2018

Pak John Steambot & BBQ Menawarkan Pelbagai Aneka Pilihan Makanan!

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera


Korang nak tahu, Steamboat dan grill merupakan salah satu makanan kegemaran  Faries. Kalau makan steamboat mesti kena ada kuah yang sedap dan pilihan makanan grill yang segar dan pelbagai. Baru terangkat! hehehe.Kali ini Faries dah jumpa tempat steamboat dan grill yang tawarkan pelbagai aneka pilihan makanan iaitu di Pak John Steamboat & BBQ. Serius memang best bukan sebab ada pelbagai pilihan makanan aje tetapi terdapat juga makanan istimewa yang membuatkan Pak John berbeza dengan restoran steamboat lain.

Thursday, November 8, 2018

Review Operasi X | Kisah Kekeluargaan, Percintaan, Persahabatan Dan Kenapa Korang Wajib Tonton!

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera


Alhamdulillah dah selesai menonton Filem Operasi X di GSC Alamanda, Putrajaya semalam. Apa yang mengejutkan Faries ialah panggung wayang penuh okey. Wah cerita ini memang patut dapat sambutan hangat seiring dengan plot cerita yang paparkan. Korang nak tahu kenapa? Baca sampai habis! Sesiapa yang masih belum tengok entri Faries pasal filem Operasi X boleh Klik link dibawah:


Tuesday, November 6, 2018

Adakah Gabungan Mantap Awie Dan Aaron Aziz di dalam Filem Operasi X Bakal Menggegarkan Panggung?

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera


Rasa macam dah lama tak menonton filem melayu di panggung wayang. Faries memang jenis memilih untuk menonton sesebuah cerita di panggung wayang dan bukanlah tak tengok filem melayu langsung. Tapi bergantung kepada jalan cerita sesebuah filem. Apa yang Faries buat sebelum menonton sesebuah filem ialah tengok trailer cerita tersebut dan cari komen serta ulasan sebanyak yang mungkin. Kadang-kadang ulasan atau pendapat orang lain tak selalunya tepat. Eh lupa nak bagitahu yang Faries baru sahaja menonton trailer satu filem melayu ini yang dinamakan sebagai Operasi X! Filem ini betul-betul menarik hati Faries nak tengok di panggung wayang. Nak tahu kenapa? Jom lah teruskan membaca.....

Sunday, November 4, 2018

Ombak Kitchen Menawarkan Pilihan Shell Out Premium Pada Harga Terbaik

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera


Pengalaman pertama menikmati makanan laut atau lebih mesra dipanggil Shell Out sangat mengujakan. Ini kali pertama faries merasai shell out. Sebenarnya dah tahu lama kewujudan shell out tapi cuma belum berkesempatan nak cuba rasa. Untuk percubaan kali pertama, ini faries telah menikmati shell out di Ombak Kitchen yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam. Nak tahu apa yang best Shell Out di Ombak Kitchen ni? Teruskan membaca.....

Saturday, November 3, 2018

LAB 11 Lancar Produk Untuk Rambut Kekal Sihat Dan Cantik!

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera


Makin meningkat umur semakin banyak masalah rambut yang akan kita hadapi. Faries pun dulu jenis rambut tebal tetapi sekarang ini tidak lagi sebab rambut makin lama makin menipis. Faries percaya ini berpunca daripada peralihan umur ataupun penggunaan produk rambut yang tidak bersesuaian. Maklumlah sekarang banyak produk rambut yang mengandungi bahan-bahan yang tidak baik untuk pertumbuhan rambut. Alhamdulillah, kini Faries tak perlu lagi risau sebab rasanya dah jumpa produk tepat untuk kembalikan rambut seperti sedia kala. Nak tahu produk apa? Jeng Jeng Jeng.....