Wednesday, October 31, 2018

Tony Roma's Memperkenalkan Menu Baru Berasaskan Bahan-Bahan Tempatan Bersempena Ulang Tahun ke 12!

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera


Bulan ini,Tony Roma's sudah masuk tahun ke 12 penubuhan cawangannya di Malaysia. Siapa tak kenal Tony Roma's ? Restoran yang terkenal dengan ribs steak dan kini TR sudah mempunyai 12 cawangan diseluruh Malaysia. Walaupun faries belum pernah cuba rasa TR sebelum ini tapi TR memang sudah terkenal,cuma belum ada kesempatan nak cuba rasa. Tapi alhamdulillah hari ini berpeluang merasai menu TR!

Dato' Nazipah Jamaludin bersama dengan Encik Salleharon Ahmad
Bersempena ulang tahun Tony Roma's yang ke 12 ini, TR telah bekerjasama dengan pertanian tempatan diatas kelolaan pihak FAMA Malaysia dan menghasilkan 3 manu baru berasaskan bahan-bahan pertanian tempatan seperti Cili hijau, Buah Nenas dan juga Halia. Korang cuba bayangkan dulu macam mana rasa ketiga-tiga menu baru ini.




Menurut  Encik Salleharon Ahmad, berjawatan sebagai Pegawai Pemasaran Tony Roma's Malaysia. Beliau berkata, tujuan TR menghasilkan menu menggunakan bahan-bahan pertanian tempatan adalah untuk memberikan sokongan penuh kepada sektor pertanian tempatan dan disamping itu beliau percaya dengan bahan-bahan yang digunakan pasti dapat menghasilkan rasa yang lebih unik dan menarik.

Jom kita lihat 3 menu baru yang diperkenalkan sempena ulang tahun ke 12 Tony Roma's

Ribeye With Green Chili
RM 85.90


Ini adalah antara menu kegemaran sebab cili hijau yang digunakan sedap dimakan begitu sahaja. Menurut Chef daripada Tony Roma's, mereka menggunakan cili hijau daripada Cameron Highland dan tekstur agak sedikit ranggup

Grilled Lamb Shoulder with Pineapple Sauce & Salsa 
RM 89.90


Ini pun kegemaran sebab dia punya rib tu well blend dengan sos nenas. Huh. Portion yang disediakan juga besar dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

Half BBQ Chicken With Aromatic Ginger Sauce
RM39.90


Faries suke nasi halia dan juga ayam BBQ ni dan portion die besar sangat. Boleh makan untuk dua orang dan ini adalah menu paling termurah diantara 3 menu baru ini.

Selain daripada itu, TR juga menawarkan menu baru lain antaranya :

Green Chili Potatoes : RM 6.00
Deep Fried Okra : RM 5.00 (Best)
Aromatic Ginger Rice: RM6.00


Tawaran 3 menu baru hanya untuk sementara sehingga 30 November 2018 ya. Jom ke Tony Roma's dan dapatkan 3 menu unik daripada bahan-bahan pertanian tempatan ini.

Nak tahu lebih lanjut mengenai Tony Roma's? Layari,




Terima Kasih Tony Roma's

19 comments:

Qeela said...

wow first time nii steak dgn green chili hehee ok jugaklaa tu diorang nak try mingle dgn local punya selera kan. to be honest qeela jenis yg tak makan pedas, but maybe ramai local yg nk try jugak kot menu2 mcm ni kn. Nampak not bad jugak tu hehe.

adianiez AIDA said...

aida lom pernah makan lagi ni, faries.
tak teringat ada ke tak kat melaka ni. if yes, mesti nun jauh kat banda hilir nun.
nampak menarik.
famili aida memang suka makan2, apatah lagi western.
kegemaran lah...

Syamimi Saad said...

Dah masuk tahun ke 12 penubuhannya?
Knpa tak tahu tentang nya?
Mungkin tak pernah terperasan kot kan.
Harga nya pun boleh tahan juga ye.
Hehe

Nina Mirza said...

Ribeye with green chili tuu bikin kita terliur laaaa... Menggoda sungguh!
Belum pernah pi makan kat sini. Anyway, Tahniah dah 12thn.

Nadia Johari said...

ya ampun, semuanya nampak sedap..hey suruh kita pergila ni. Memang kena cuba ni..nampak sedap..wah dia guna sambal hijau, mesti lagi pedas ni

Mahamahu said...

Bestnya dapat makan kat Tony Romas ni hehehe kita dah lama tak makan kat sini tengok menu baru tu semua sedap tunggu awak belanja kita lah boleh tak hehehehe nak nak nak....

mommyfiqa said...

Eh lama dah Tony Romas nie,x tahu pun..haha nampak sangat tak alert kan.ni dah tahu empat makan best n wajib kena datang dan rasa sendiri makanan kat sini..semua nampak best dan sedap je

Fadzi Razak said...

Ribeye dengan lamb shoulder tu portion dan harga untuk 1 person ke macam mana. Seram jugak tengok harga tu

Mimie said...

Nampak menarik semua menu baru yang diperkenalkan. Tenfok gambar saja dah menyelerakan apatah lagi bila makan. Confirm sedap macam rupanya

Bella Jamal said...

Kena cuba menu baru fusion dari Tony Roma's ni nanti sebelum hujung bulan. Teringin pulak nak cuba masak sendiri nasi halia. Nampak menarik :)

iam.umifuzy said...

dah lama tak ke Tony Romas ni..dah lebih 5 tahun hehe. Memang diakui Ribeye kat Tony Romas ni memang terbaik..

Alia Farhan said...

Adoi..kejamnyaaa...
Awat la tertengok time2 ni...bergendang perut akak dik oiiii
Sedapnya nampak ribs dia tu😂😂😂

Rawlins GLAM said...

Aduyai. Sedapnya la menu dia. Time bulan bestday Rawlins pula tu. Adakah Faries nak belanja Rawlins makan? Ambil set yang paling murah pun ok hehe

Zharif Azis said...

bestnya dapat makand ekat Tony Roma's nie. dagingnya lembut dan sedap. restoran yang menyajikan makanan premium pada harga mampu. walauapapon, tak boleh selalu. menangis dikk oi dompet kalau makan selalu

Jia Shin Lee said...

It's been a while since my last visit to Tony Roma, the new menu looks interesting, should really give it a try one of these days. They are really reputable for steaks.

mrsliez said...

Ya Allah.. Tony Romas mmg fav kak liez tau.. tambah2 klau makan ribs.. mmg xpernah puas.. ada menu baru lagi.. mmg kena pergi TR la lps ni.. nak try jugak

AlongMurni said...

Sedapnya.. terbayang daging kambing yg juicy tue.. jom kita repeat makan kat sini lagi.. lapar blk tgk menu tony romas nie..

nikkhazami said...

belum pernah makan lagi di tony romas. tup tup dah ada menu baru. aramai cakap steak di tony romas ni best.. nampak dari dalam gambar pun best

zuhair said...

Appriciat it great post!
air conditioner
mobile phone on installment
refrigerators price in pakistan
refrigerator
haier refrigerators
orient refrigerators