Monday, October 1, 2018

Pengalaman Pertama Mendaki Gunung Angsi

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera


Bertahun-tahun dah tinggalkan aktiviti sihat macam ini tiba-tiba pergi mendaki. Hurmm.Bukan mendaki bukit belakang rumah k, bukit hujung kampung ke ini terus ke gunung Angsa uolss. Masyaallah! Sebenarnya aktiviti ini tak dirancang pun. Mak si Zharif nak mendaki dengan kawan-kawannya lepastu ajak aku sekali. Tak pikir pape pun masa tu sebab memang free. Terus setuju lagipun sepanjang 24 tahun hidup ini kali pertama aku mendaki.HAHAHA. Kiteorang mendaki ke Gunung Angsi yang terletak di Ulu bendul, Negeri Sembilan.


Bertolak dari Banting seawal jam 6 pagi dan sampai ke Ulu Bendul lebih kurang pukul 7.30 pagi. Sampai disana ada sedikit briefing dan pembayaran sebanyak RM 5  dikenakan untuk setiap  pendaki. Aku memulakan pendakian pada pukul 8.30 pagi.


Inilah keje sigemok asyik berehat manjang


Gunung Angsi berketinggian setinggi 825 meter bersamaan 2,702 kaki. Tinggi tak? Aku rasa dh tinggi dah kot. Alhamdulillah berjaya sampai ke puncak Gunung Angsi 3 jam perjalan yang berliku dan berbukit bukau. Sebenar boleh dapat lebih cepat dari itu sebab pergi ramai-ramai kita saling tunggu menunggu.Konon. Padahal rehat lama betul.Hahaha. Kat atas tu cantik pemandangan dan ramai pendaki rupanya.


Pengalaman pertama mendaki memang memenatkan tapi seronok rasa pengalaman yang macam ni. Bukan selalu pun nk buat aktiviti sihat. Korang cuba lah. Untuk permulaan korang cuba daki bukit dahulu seperti Bukit Broga, Bukit Melati atau mana2 bukit yang korang rasa sesuai untuk didaki sebab bukit lebih landai berbanding gunung. Kalau dah biasa nanti boleh la cuba daki gunung pulak. Jangan jadi cam aku ya, habis tulang semua terkejut.hehehe

Tips:
1- Pakai kasut yang cengkam dan tidak licin
2- Gunakan tongkat hiking ataupun guna kayu
3- Jangan bawak barang terlalu banyak dalam beg untuk memudahkan anda semasa mendaki
4- Perlindungan hujan disyorkan untuk sebarang barang atau pakaian elektronik.
5- 2L minimum, disyorkan jenis isotonik.
6- Makanan ringan atau makan tengah hari yang tinggi khasiat


Selamat Mendaki!

20 comments:

Rawlins GLAM said...

Suruh zumba - I am ok. Suruh jogging - I am ok. Suruh marathon (fun run) - I am ok. Tapi I tak berapa suka nak mendaki hahaha... Tapi penah sampai puncak Gunung Kinabalu masa muda remaja hahaha

JMR said...

Last skali mendaki masa umur 20, lebih 10 tahun lepas..agak-agak kalau mendaki sekarang, lepas tak sampai ke puncak? risau krem peha je haha

Syafiera Yamin said...

wah seronoknya lama dah tak mendaki tapi haritu baru daki bukit yang rendah sahaja dah terasa cramp kaki ku hahahh.. memang kena ada stamina yang kuat kalau pergi mendaki..

Kylie Cre8tone said...

mendaki exercise yang sangat bagus.... healthy exercise.. great scenery.. near to greenery.. nice one...

Amanda Suria said...

Dah lama akak tinggalkan bidang mendaki ni...dah tua2 ni x tau la stamina ok ke tak kalau mendaki..tapi setuju dengan tips yang Faries bg tu..kasut kena sesuai..pakaian kena longgar dan air dari isotonik sebab tenaga dah banyak hilang kan...

Maha Mahu said...

Wow rajinnya memanjat kalau kita ni dah sah-sah kat bawah pun semput wakakaka lama tak memanjat hehehehe. tengok puncak bukit tu pun cantik dan menarik ok lah boleh buat cuba-cuba panjat...

alia farhan Said said...

Mcm best ja hiking...seronok tgk..nnt nak ajak husband hiking Penang Hill lah...dia rajin la..akak selalu zumba ja lah utk keluarkan peluh

Emilinda said...

Gunung so far emi belum pernah daki lagi. Setakat ni duk panjat bukit jela. Weekend kalau tak buat apa duk pi panjat bukit gasing tu sebab dekat dengan rumah. Teringin gak nak try daki gunung tapi takde geng haha. Eh tapi panjat bukit pun dah mengah semacam, inikan pulak gunung.

Cik Min said...

Hehe bestnyaaa akk memang suka aktiviti hiking camni. Cuma tu la utk org yg kali pertama hiking memang akan semput sikit la actually kena buat persediaan awal la sikit utk mengelak sebarang kemungkinan yg x best. Apa pun cara bernafas kena betul kalo x lagi semput

idayu nim said...

Wahhh seronoknya. Last hiking kat bukit broga, dah lama sngat x pergi hiking..hmm klu nk start semula mesti nak tercabut lutut hahaha

Along Murni said...

Kepuasan mendaki adalah bila berada di puncak.. best sebab dapat lihat pemandangan indah dr atas kan?? AM suka mendaki.. selain bagus utk turunkan berat badan AM yg melampau nie, ia juga satu aktiviti riadah dan sangat bagus utk stamina bdn..

Ibu Syurga said...

Baru je balik dari senawang. Dan singgah depan gunung angsi ni. Memang lawa dari bawah. Dari atas lagi lah lawa amat amat kan

Maisarah Humaira said...

mendaki memang seronok. dapat pengalaman mendaki di pelbagai tempat sambil tu merenung ciptaan Allah. kawan pun bertambah. nak mendaki memang rasa penatnya tapi puas sangat bila dah sampai puncak kan :)

www.maisarahsidi.com

qaseh dalia said...

Best sebenarnya mendaki ni even penat gila haha pernah daki broga hills je , pastu ada anak ni dah lama xbuat aktiviti gini

Hanny Abdullah said...

Kalau sis lah mendaki skrg ni mau pengsan..hahaha. dlu pernah le daki gunung kinabalu..itu pun dah nangis..apatah lagi skrg umur dah lanjut ni..hehehe

Mama Hakim said...

Gunung angsi ni memang destinasi panjat gunung yang popular di negeri sembilan. Mama ni jenis tak lasak. panjat gunung ni kalau ada dalam list mesti hujung hujung

Wawa Ashihara said...

Ok baru first time dgr gunung angsi... Sebelum ni just lalu je kt ulu bendul ni.. Tapi mcm nmpk best lak daki gunung.. Lama gila tgglkn hobi daki ni... Sbb skrg tmpt dkt pon xbrpe slmt... Nnti klo ke n9 bolehlah target sini lak..

Zharif Azis said...

tak tahu pulak Gunung Angsi nie banyak laluan untuk pendaki. memang syok betul mendaki dekat sini. lagi2 untuk melihat suasana indah di atas puncak. walaupun penat, tapi berbaloi

Lia Hasty said...

Lama betul tak buat aktiviti lasak mcam hiking. rasanya hampir 2 tahun dah tinggal. Rindu pulak bila tengok gambar hiking & hutan. macam nak start balik hiking je

Nadia Johari said...

pertama kali dengar pasal gunung angsi ni..best kalau mak pun sprting nak naik sekali..best tengoknya..dah lama tak hiking macam ni..tunggu anak bear la..bukit broga pun tak jejak lagi..hahaa