Saturday, September 8, 2018

Ayam Kampung Organik Pertama Diiktiraf Di Malaysia keluaran AQINA Farm

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera


Siapa suka makan ayam kampung organik? Aku pon suka sangat ayam kampung sebab rasa bila makan kampung tu feel dia lain sangat. Berapa hari yang lepas, aku hadir ke satu majlis pelancaran Ayam Kampung Organik keluaran AQINA Farm dan majlis tersebut telah disempurnakan oleh tetamu kehormat iaitu Encik Wesley Tan, pengarah Eksekutif Kumpulan AQINA dan telah disempurnakan oleh tetamu kehormat Encik Yasser Arafat bin Zainal Rashid, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Perniagaan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di KL Gateway.Ini kali pertamanya aku dengar pasal ayam organik. Korang nak taw kebaikan pasal ayam kampung organik ni? Ada beberapa benda yang korang tak taw pasal ayam kampung yang pasti aku nak kongsi dengan korang semua. Korang kene teruskan membaca ya =P

Sebelum kita pergi lebih dalam, jom aku nak korang cerita sikit latar belakang Syarikat Aqina. Ditubuhkan pada tahun 1994, AQINA Group adalah konglomerat penternakan ayam yang ditubuhkan di Malaysia dan Singapura. AQINA Group, pengeluar utama ayam kampung organik di Malaysia, adalah pembekal "Pilihan Daging yang Lebih Sihat" di pasaran, menyediakan bekalan harian produk daging ayam yang diproses secara halal. AQINA Group berbangga menjadi pengasas kepada pusat sembelihan halal yang disahkan merangkap kilang pemprosesan di Taman Perindustrian Ulu Choh, Pekan Nenas, Johor, Malaysia dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 6,000 ekor ayam sejam. 

Pelancaran Ayam Kampung Organik AQINA Farm oleh Encik Wesley Tan, Yang Berhormat Encik Yasser Arafat daripada KPDNKK dan Dr Gulam Shah


Ayam Kampung Organik AQINA Farm mempunyai pelbagai kebaikan taw antara kebaikan utamanya ialah :

Lebih Sihat
Kurang lemak hampir 30% daripada ayam biasa
Isi yang lebih padat


Antara kebaikan lain ayam kampung organik keluaran AQINA Farm ini ialah bebas daripada ancaman toksin  dan semestinya makanan akan jadi lebih enak. Potongan juga lebih padat dan ayam kampung organik lebih lembut dan menyerap perisa dengan baik.

Untuk pengetahuan semua, pandangan orang ramai terhadap ayam kampung mempunyai daging yang liat dan keras sebenarnya tidak benar sama sekali. Ayam kampung yang korang makan itu mungkin usianya lebih daripada 70 hari keatas. Bagi AQINA Farm ayam kampung organik yang dihasilkanya perlu diternak selama 70 hari sebelum disembelih dan diedarkan di pasaran tanpa pemberian antibiotik dan suntikan horman berbanding ayam komersial yang  perlu kurang daripada 30 hari untuk disembelih kerana pembesaran ayam-ayam tersebut menggunakan teknik suntikan antibiotik dan hormon.

Kakitangan AQINA Farm yang dianugerahkan sijil penghargaan
Ayam kampung Organik AQINA Farm adalah unik dan mempunyai tertinggi berbanding persaing-pesaingnya  kerana makanan bagi ayam-ayam AQINA diformulasi khas tersendiri yang mengandungi Enzim Bromelin semulajadi yang hanya boleh didapati daripada nenas MD2 yang juga mengandungi Vitamin C, Vitamin B1, Kalium, Mangan dan Phytonutrients. AQINA Farm juga telah mendapat pengiktirafan daripada dua badan kerajaan dibawah taw. Fuhhh

myGAP
(Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia)

myOrganic
(Skim Pensijilan Organik Malaysia)



Jom dapatkan Ayam Kampung Organik AQINA Farm yang pasti akan menjadikan pilihan terbaik untuk anda sekeluarga!

Untuk maklumat lanjut boleh layari ke www.aqina.com

No comments: