Tuesday, July 3, 2018

Majlis Sambutan Hari Raya Aidifitri Serta Memperkenalkan Kompleks Membeli-Belah dan Hotel Serba Moden Milik RESIDENSI UTMKL

   Asalamualaikum


Baru-baru ini, aku telah menghadiri ke satu program 'Jom Raya' di Residensi UTMKL di Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Program hari raya ini diadakan bersempena sambutan hari raya aidilfitri serta bertujuan memperkenalkan Residensi UTMKL kepada semua. Residensi UTMKL ini telah beroperasi selama setahun menurut maklumat yang dikongsikan dan pelbagai kemudahan untuk pelajar khususnya disediakan disini  tapi untuk orang awam pun digalakkan datang kerana kemudahan yang disediakan boleh memberi manfaat kepada semua. Apakah kemudahan- kemudahan yang ada di Residensi UTMKL ni? Teruskan membaca ye =P 

Residensi UTMKL sumber: Google
Universiti Teknologi Malaysia merupakan Universiti Awam yang pertama yang membangunkan kompleks membeli-belah dan hotel yang dinamakan sebagai RESIDENSI UTMKL. Satu percapaian yang boleh dibanggakan kerana pihak UTM membangunkan kemudahan ini 100% pembiayaan daripada UTM sendiri dan mendapat perhatian daripada pihak Kementerian Pendidikan serta pihak industri dan universiti awam lain untuk membangunkan kemudahan bertaraf antarabangsa ini selaras dengan slogan LIFESTYLE@UTMKL. Untuk pengetahuan semua, Residensi UTMKL ini diuruskan sepenuhnya oleh UTM Holding Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat Universiti Teknologi Malaysia

Sesi soal jawab yang diketuai oleh  Yg Bhg Tan Sri Dato' Ramli Bin Khushairi  yang merupakan pengerusi UTM Holding Sdn Bhd
Sumbangan untuk asnaf untuk pelajar UTM dan UTM Space
Sedapnya menu raya =P
Residensi UTMKL ini merupakan satu pembangunan bersepadu yang mempunyai 4 menara dimana 3 menara merupakan Hotel dan satu menara adalah kompleks penginapan pelajar. Terdapat 2 syarikat yang menguruskan kemudahan hotel iaitu The Royal Widad Residence yang menyediakan kemudahan hotel bertaraf 4 bintang serta The Regency Scholars Hotel yang bertaraf 3 bintang. Bagi kemudahan Kompleks membeli belah pula dinamakan sebagai Gurney Mall. Nama Gurney diambil bersempena nama Jalan dikawasan tersebut pada masa dahulu. Pelbagai jenama lain juga turut dibawakan disini antaranya Burger King, KFC, Old Town White Coffee, Speedmart 99, MyNews.com, Riciamo Coffee dan pelbagai lagi kedai yang ada di Residensi UTMKL ini.

Hotel-hotel yang ada di Residensi UTMKL


Salah satu bilik untuk 3 bedroom. Memasak pon boleh taw. Lengkap dan terbaik!

Terdapat 3 jenis bilik yang disediakan untuk iaitu jenis Studio, 2 Bedroom dan 3 Bedroom. Untuk pengetahuan semua, harga sewa untuk sebulan serendah RM 1800 bagi bilik 3 Bedroom dan RM 1200 bagi bilik Studio. Murahnya dengan pemandangan KLCC yang sangat dekat. Mood belajar pun makin meningkat dengan adanya kemudahan yang sangat selesa dan paling penting pada harga berpatutan. Terbaik UTM ! 

STUDIO ROOM 
(182 UNITS)
244 SQ FT
QUEEN BED AND TWIN BED
NORMAL FLOOR
RM350
PREMIUM FLOOR
450
2 BEDROOM APARTMENT
 (150 UNITS)
660 SQ FT
MASTER BEDROOM
SINGLE BED
NORMAL FLOOR
RM650
PREMIUM FLOOR
RM750
3 BEDROOM APARTMENT 
(50 UNITS)
829 SQ FT
MASTER BEDROOM
QUEEN BEDROOM
SINGLE
NORMAL FLOOR
RM 950
PREMIUM FLOOR
RM1,050

Kolam Renang. Fuhh







Antara kemudahan yang disediakan di Residensi UTMKL ini ialah :

- Dewan Banquet ( 500 hingga 1000 orang )
- Hotel
- UTMSPACE
- Pusat Membeli Belah 
-Gym
-Sauna
- Bowling
-Kolam Renang
- Parking Lot
- Surau

Apa yang menariknya disini, harga yang ditawarkan sangat berpatutan berbanding diluar taw. Dengan pemandangan bandar raya Kuala Lumpur yang sangat dekat. Kepada sesiapa yang ini menyewa disini dialu-alukan ataupun mengunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan di Residensi UTMKL ini taw. 

Apa yang paling bestnya disini ialah view dari jarak dekat Bandaraya Kuala Lumpur. Cantiknya <3

Untuk menempah hotel atau mengetahui maklumat terkini tentang Residensi UTMKL, sila layari:


Residensi UTMKL
Jalan Maktab, 
Kampung Datuk Keramat, 
54000 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur



2 comments:

Illya LeYa said...

Meriah dan sangat menarik... Memang best!

Faries said...

@illyaLeya memang menarik pon tak UTM Residensi ni. Kena datang sini taw =P