Friday, July 13, 2018

Coway Run 2018 Kini Kembali Lagi Dengan Tema 'Beat The Heat'

Asalamualaikum Dan Salam Semua




Baru-baru ini, aku telah menghadiri satu press conference bersama Coway Malaysia bersempena dengan acara Coway Run 2018. Tahun ini Coway Run 2018 kembali dengan tema 'Beat The Heat' yang pastinya lebih menarik! Acara Coway Run 2018 akan diadakan pada 10 oktober 2018 di Maeps, Serdang. Menurut Mr.Kyle Choi Ki Ryong, Managing Director Coway Malaysia Sdn Bhd, cuasa panas semasa berlari boleh menyebabkan keletihan dan dehidrasi. Beliau cuba untuk mencipta kelainan pada acara ini dengan membawakan suasana nyaman dan selesa kepada para pelari nanti .


Coway Run 2018 merupakan salah satu inisiatif Coway Malaysia menjalankan tanggungjawab CSR terhadap  komuniti setempat disamping menganjurkan the ' Happy Water Project ' dimana Coway Malaysia mengalakkan komuniti mendapatkan air yang bersih dan air semulajadi. Untuk pengetahuan semua, setiap pembelian tiket untuk acara Coway Run 2018 ini akan disumbangkan sebanyak RM 10 kepada the Happy Water Project. 

Dari kiri, pengacara majlis, Ms. Choo Mei Sze, Mr Kyle Choi Ki Ryong (Managing Director of Coway Malaysia), Mr James Park (Guest of Honour & Director of Global Business Division, Coway Korea HQ), and Mr Ryan Jung Tae Seung (Marketing Director of Coway Malaysia) mereka berkongsi apa yang akan dibawakan untuk acara Coway Run 2018 ini

Dua jarak ditawarkan di dalam Coway Run ini iaitu 10km dan 5km untuk lelaki dan wanita mengikut kategori seperti dibawah :

1) Terbuka         ( Umur 16 Keatas )
2) International  ( Umur 16 Keatas)
         3) Veteran           ( Umur 40 dan Keatas )

Harga pendaftaran dan juga pack yang ditawarkan seperti dibawah :




Model Kesihatan Terkenal Malaysia iaitu Jordan Yeoh juga akan menyertai larian Coway Run 2018 ini dan beliau menjemput semua rakyat Malaysia untuk menyertai larian ini supaya kekal sihat sepanjang hari. Selain itu, penyertaan bersama kanak-kanak sangat digalakkan kerana kanak-kanak berpeluang untuk meluangkan masa bersama keluarga didalam melakukan aktiviti sihat ini.Coway juga ada buat kejutan dimana mereka akan membawakan food truck bertemakan Kampung ala Korea, Prop bergambar dan juga live band untuk pengunjung pada hari tersebut!

Jordon Yeoh in the house !

Untuk mendaftar dan maklumat lebih lanjut, sila layari :


Daftar sekarang kerana harga terbaik selepas launch masih available guys untuk 3 hari!!!


Kami dah bersedia untuk Coway Run 2018 !!! Anda pula? Jangan lepaskan peluang ini =) Jumpa anda 10 Oktober di Maeps, Serdang!disana

1 comment:

Illya LeYa said...

Huhu... Lama jugak dah tak berlari ni.. Boleh lagi ke tak ni? Fitness pun macam dah kelaut je nih... Ahahaha..