Friday, July 13, 2018

Cabaran PROTON ACE THE SPACE 2018

Asalamualaikum


Korang pernah dengar pasal Proton Ace The Space Challenge? Mesti tak kan! HAHAHA. Proton Ace The Space Challenge  adalah pertandingan yang dianjurkan oleh pihak Proton bagi tahun 2018 dengan tujuan melihat sejauh mana ruang dalam sebuah kereta Proton dapat dipenuhi. Ewah skemanya ayat =P. Hadiah utama berjumlah RM 10K berserta beberapa hadiah lain dan yang paling best dapat VIP tiket ke majlis pelancaran SUV baru Proton yang akan dilancarkan pada hujung tahun ini. Pertandingan ini telah dibuka dari bulan May sehingga ke 31 Julai tahun ini.


Pada minggu lalu, aku berpeluang menyertai bersama-sama rakan seramai 35 orang untuk untuk dimuatkan didalam sebuah kereta Proton Ertiga. Aik boleh masuk ke? Rekod semasa 33 orang telah dimuatkan didalam Proton Ertiga ini taw. Jadi plan team kiteorang nak buat lebih daripada itu. Kelayakan untuk kefinal akan dinilai berdasarkan jumlah tertinggi bagi setiap pasukan daripada setiap negeri yang menyertai.



Alhamdulillah, team kiteorang yang dinamakan sebagai GKL (GengKakiLari) berjaya memuatkan seramai 35 orang dalam satu kereta Proton Ertiga walaupun kaki kat pipi uolss. HAHAHA . Buat masa sekarang kumpulan GKL memegang rekod teramai bagi keseluruhan penyertaan. Rasa macam jumpa difinal round je. Lupa nak cerita pasal war of cry juga ditawarkan hadiah smartphone bagi kumpulan terbaik dan aku rasa group kiteorang yang paling best sorakan setakat ini. Moga dipemurahkan rezeki dan dipermudahkan untuk mencapai kejayaan ini. Amin

Ya Allah.Penuhnya =D
Hadiah awal voucher AEON berjumlah RM 50

Pertandingan akhir Proton Ace The Space Challenge akan berlangsung pada bulan Ogos nanti. Dan bagi pertandingan akhir kereta yang akan  digunakan ialah Proton Exora. Wah kompem boleh muat 60 orang=P Apa-apapun doakan kejayaan kiteorang yer. Untuk melihat video live sila pergi ke facebook ProtonCars =P






GENG KAKI LARI ALL THE BEST GUYS!

2 comments:

Illya LeYa said...

Tahniah semoga berjaya untuk Faries dan GKL (Geng Kaki Lari). Semoga berjaya menjadi juara

Faries said...

@illyaleya terima kasih leya, Doakan taw . HUHUHU