Sunday, May 6, 2018

Tiada Lagi Masalah Untuk Wanita Bertudung Kekal Aktif Dengan Adanya Safi Shayla

Asalamualaikum dan Salam Semua 

Masalah rambut bagi wanita terutamanya wanita bertudung memang tidak dapat dipisahkan sejak dari dulu lagi. Golongan wanita sering menghadapi masalah rambut rapuh dan kegatalan kulit kepala. Ini berpunca dari pelbagai faktor sebenarnya antaranya kekalutan dan tekanan kerja. Memandangkan aku mempunyai banyak kakak dan tahu serba sedikit dengan masalah rambut yang perempuan sering hadapi.Ewah!Masalah utama wanita bertudung ialah rambut gugur! Sebab tu kalau korang perhatikan yang wanita bertudung jarang sekali melakukan aktiviti lasak atau riadah sebab bimbang nanti peluh menyebabkan rambut mereka rosak



Safi Syala telah memperkenalkan rangkaian lengkap produk  penjagaan  rambut untuk wanita bertudung baru-baru ini.Produk kali ini bukan sahaja ditambah baik tetapi safi telah memperkenalkan beberapa produk baru sebagai contoh Serum, Minyak Rambut dan juga Mist yang pasti dapat membantu wanita bertudung menyelesaikan masalah mereka! Masalah Halal jangan risau kerana Safi merupakan pengeluar produk Halal terbesar di dunia taw. Wah! Baru- baru ini Safi telah relauching Produk Safi Shayla di Discrict 21 di IOI City Mall Putrajaya. Pelbagai aktiviti extreme dilakukan disana taw.



Majlis pelancaran Safi Shayla

SAFI SHAYLA kini mempunyai formulasi baru yang mengandungi 1001 manfaat Habbatus Sauda dan kebaikan Micro Bamboo Charcoal. Habbatus Sauda merupakan ekstrak yang digunakan sejak zaman dahulu lagi dan dipercayai dapat memberikan manfaat kepada penggunanya. SAFI memperkenalkan Habbatus Sauda di dalam produknya kerana ia dapat membantu mengurangkan kegatalan kulit kepala dengan cara mencegah penghasilan bakteria. Tambahan pula, Habbatus Sauda dapat mengekalkan rambut sihat kerana ia dapat menghindari keguguran rambut dan membuat rambut lebih lembap dan bersinar.

Micro Bamboo Charcoal membantu menghilangkan toksin daripada kulit kepala, mengurangkan rambut berminyak dan memberikan sinar kepada rambut. Dengan mengeluarkan minyak dan kotoran, Micro Bamboo Charcoal menjadikan rambut lebih lebat dan pada masa yang sama dapat mengawal bau rambut. Bau rambut merupakan sesuatu yang penting untuk golongan wanita bertudung kerana ia dapat meningkatkan keyakinan diri.

Terdapat 8 jenis Syampu yang dikeluarkan oleh Safi Shayla pada kali ini dan pastinya semua produk memberikan kebaikan yang sempurna untuk penjagaan rambut wanita bertudung

 SYAMPU - 160G / 320G 

8 VARIASI

RM 13.65
  

Dua lagi jenis Syampu yang di packagingkan dalam bentuk yang lain ( Tiada Gambar )

SYAMPU POUCH - 480G

5 VARIASI

RM 14. 65

SYAMPU PUMP - 520G

5 VARIASI

RM 19.90


Serum rambut Safi Shayla terdapat dalam dua Variasi yang mengandungi Minyak Organik Habbatus Sauda dan Minyak Morrocan Argan Organik

SERUM - 50ML

RM 17.90
Safi Shayla minyak rambut diformulasikan dengan Habbatus Sauda organik dan juga minyak zaitun asli.Terdapat 3 variasi

MINYAK RAMBUT - 100ML

RM 11.90




Terdapat dua variasi iaitu Licin Terus dan Hitam Menawan. Kedua-dua variasi SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut dan Hijab mengandungi Habbatus Sauda Organik, perapi asas semulajadi, Pro-Vit B5 dimana ia membekalkan rambut dengan nutrisi, anti-bakteria, perlindungan dari cahaya matahari, memberi kelembapan, mengembalikan sinar, menghindari rambut rosak dan pada masa yang sama ia membuatkan rambut lebih lebat dan sihat.

MIST - 100ML

RM 17.90

Safi Shyla boleh didapati  di pasaraya besar dan juga melalui laman web dalam talian. Untuk Maklumat lanjut mengenai produk Safi sila layari :








Thank You Safi Shayla =P


2 comments:

Fuzy Hamid said...

bagus kan dah ada syampu specifically utk mereka yg berhijab..awesome

Faries said...

@FuzyHamid kan. Mudah untuk wanita bertudung untuk cari produk terbaik untuk wanita bertudung lepasni.