Monday, May 14, 2018

Ramadhan Buffet 2018 : Jom Iftar Di Funtasia Hotel Bangi - Putrajaya

Asalamualikum dan Salam Sejahtera


Bulan Ramadhan akan tiba dalam beberapa hari lagi, jadi dah semestinya ramai yang tengah mencari tempat iftar yang best kan? Meh aku nk cerita salah satu tempat iftar yang menarik untuk korang pergi bulan puasa nanti iaitu di Hotel Bangi - Putrajaya. Konsep yang cuba dibawakan oleh Funtasia ialah konsep jalanan yang korang akan lihat nanti banyak booth-booth berkonsepkan bas-bas di sekitar jalan masuk ke restoran Funtasia Hotel Bangi - Putrajaya ini. Aku sangat suke konsep ni sebab sangat berwarna warni dan yang paling penting konsep mewah tu ada taw.


Pada tahun ni, chef di Funtasia Hotel Bangi - Putrajaya menyediakan lebih 200 jenis hidangan antaranya Kambing Bakar, Malaysian Satay, Mongolian BBQ dan banyak lagi.  Makanan tradisional dan moden juga disediakan dan mempunyai pelbagai pilihan taw. Menu lain yang agak popular ialah Sup Kambing, Sup Tulang juga disediakan. Untuk starter, para tetamu akan menikmati dihidangan yang diesediakan di atas 12FT Tall Ferris Wheel yang bergerak. Menarik taw. Boleh ambil sambil wheel ni bergerak dan pada masa yang sama boleh bergambar sekali. Ewah kan! Bagi hidangan dessert memang tak dinafikan pelbagai dan paling aku suka die punya homemade Gelato. Best sgt! Cendol pon ada taw!













Best Gelato in town
Untuk pengetahuan korang, Hotel Bangi - Putrajaya akan menyumbangkan RM 3.50  kepada Islamic Relief Malaysia bagi menyokong kempen "Care For Hunger" untuk setiap pelanggan yang berbuka disini. Pada tahun ini juga Restoran Funtasia berhajat menyumbangkan sebanyak RM25000 kepada Islamic Relief Malaysia bersempena 10 tahun ulangtahun partnership. Korang bukan sahaja berbuka kosong taw, wang yang korang bayar tu juga digunakan untuk sumbangan kepada mereka yang memerlukan.



Paling menarik Restoran Funtasia disahkan HALAL oleh pihak Jakim Malaysia. Tentang parking jangan risau sebab memang banyak dan luas. Selain itu, surau disediakan di tingkat 2 Hotel. Surau yang disediakan juga bersih , luas dan selesa.

Dah banyak sembang pasal makanan, so macam mana pulak harganya?

Untuk tempahan awal dan bayaran awal 24 jam sebelum iftar di Funtasia akan dapat harga special:

RM 90 nett per Adult
RM 45 nett for Children(4-12 years old)

Bagi Harga Tetap pula ialah :

RM 120 nett per Adult
RM 60 nett for Children ( 4-12 years old)

Untuk Tempahan 

03-82102222
fb-reservation@hotelbangi-putrajaya.com




No comments: