Saturday, May 12, 2018

Ramadhan Buffet 2018 :Berbuka Puasa Dengan Selera Malaya Hanya Di The Kuala Lumpur Journal

Asalamualaikum dan Salam Semua

Beberapa minggu lepas, aku telah menghadiri ramadhan buffet review di KL Journal Hotel Kuala Lumpur. Hotel ini betul-betul berdekatan dengan Bukit Bintang taw! Pada tahun ini, The KL Journal membawakan konsep berbuka puasa dengan Selera Malaya. Jadi, mestilah masakan-masakan popular Malaysia akan dihidangkan disini. Nak taw lagi apa yang istimewanya disini, teruskan membaca.

Antara menu-menu yang menjadi signature untuk pakej berbuka puasa di KL Journal ini ialah Kari Kepala Ikan, Ikan Pari Asam Pedas, Signature Rendang Daging, Ayam Kapitan dan Percik, Kambing Masak Kurma, Soto Ayam, Seafood TomYam, Otak-Otak Muar, Pelbagai Kuih Muih, Lok-Lok Stop, Ulam Ulaman, Rojak Buah. Pasembur, Keropok and Chocolate Fountain. Pelbagai menu menarik ditawarkan disini. Aku paling suka ikan pari asam pedas sedap tak terkata dengan LokLok stop sebab banyak pilihan disediakan.








Mesti ada yang tertanya-tanya kan LokLok stop tu apa? Sebenarnya LokLok stop tu ialah Yong Tau Foo yang celup2 tu taw. Yang bestnya kt sini, pelbagai pilihan disediakan dan korang boleh celup -celup dengan dua jenis pilihan kuah iaitu sup dan juga tomyam.


Ok jom kite tengok pulak harga yang ditawarkan!

Dewasa : 118 nett/person

Early Bird Promotion (1 - 17 May 2018)

Dewasa Discount sebanyak 30%
Kanak-kanak ( 11 tahun dan kebawah ) Discount sebanyak 50%
Kanak-Kanak Bawah 5 Tahun
FREE!

Untuk membuat tempahan, boleh telefon atau hantarkan email anda ke butiran berikut :

Tel : 03-2110 2211
Email : fbm@kljournal.com
Website : www.kljournalhotel.com




Jom ramai2 orang KL ataupun daripada mana- mana, mai berbuka dekat The KL Journal ni. Memang Terbaik!


No comments: