Sunday, May 20, 2018

Merasai Keunikan Masakan Tradisional Tempatan Dengan Harga Murah Di Warung Makcik Kiah

Asalamualaikum dan Salam Semua


Baru- baru ini, aku dijemput untuk review menu ramadhan di Restoran Warung Makcik Kiah (MCK) di Sri Petaling.Apa yang best dekat sini? Kalau korang memang jenis suke makanan selera tradisional, korang patut pergi sini. Pelbagai masakan tradisional disediakan antaranya Gulai Patin Tempoyak, Gado-Gado, Asam Pedas,Ayam Masak Kunyit,Daging Paprik, pelbagai jenis ikan seperti Kerapu, Siakap dan pelbagai lagi masakan. Harga yang ditawarkan pon sangat murah dan berpatutan! Nak tahu harga? Teruskan membaca ye =P

Gambar dalaman restoran

Untuk pengetahuan semua, Warung Makcik Kiah dibuka pada 5 bulan yang lepas di Sri Petaling dan restoran ini di hasil cetusan idea oleh Yg.Bhg.Dato Paduka Syed Isa Syed Alwi iaitu (Managing Director, Premia International Sdn Bhd). Cadangan membuka Restoran MCK ini datangnya daripada bu kepada Dato Syed sendiri iaitu mak cik Kiah. Beliau sangat dikenali dengan masakan tradisionalnya di Kuantan, Pahang lebih 40 tahun yang lepas

Warung MakCik Kiah menyediakan pelbagai masakan tradisional tempatan dan juga Thailand. Selain itu, dekorasi dalaman pun sangat menarik dengan warna hijaunya serta sentuhan gambar-gambar hidangan juga membuatkan pengunjung rasa lapar taw.HEHEHE . Disini juga disediakan tempat makan secara duduk bersila ala-ala melayu terakhir gituw. Part yang paling best, korang boleh tempah makanan dari MCK menggunakan Food Panda App dan bayaran secara online melalui Fave app. Bukan biasa-biasa taw . Fuhhhh!







Tomyam best ..

Sup Tulang





Untuk menu ramadhan, MCK memperkenalkan 2 set mudah iaitu :

Set A

Kurma
Nasi Putih Daging Paprik
Sayur Campur
TomYam Ayam
Sirap
Buah Potong

Hidangan 2-3 Orang
Harga RM 29.90

Set B

Kurma
Kuih- Muih
Nasi Putih
Ayam Paprik
Sayur Campur Tom Yam Campur
Telur Dadar
Sirap
Buah Potong

Hidangan 4-5 Orang
Harga RM 59.90

Murah bukan? So apa tunggu lagi. Jom ramai-ramai datang ke Warung Makcik Kiah dan ada lagi satu bende penting nak share dimana MCK akan memperkenalkan makanan laut segar direct terus  dari Sandakan,Sabah taw bermula Jun nanti.Macam-macam jenis ikan ditawarkan dan yang paling penting harga yang dikenakan sangat berpatutan.

Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan :

Email : info@premia.com.my
Encik Rizal : 017 - 2767273

Alamat: No. 15, Jalan Radin Bagus 9, Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi : 11.00 Pagi - 10.00 Malam




No comments: