Sunday, May 27, 2018

JAKEL Barulah Raya 2018 ! Tawaran 1000 Baju Percuma Untuk Pelanggan Terawal Dan 85% Lelongan Diskaun

Asalamualaikum dan Salam Jakel Raya! Ewah


Baru-baru ini, aku telah menghadiri majlis sembang santai serta majlis pelancaran Jakel barulah raya bagi tahun 2018 di cawangan Kuala Lumpur dan Wisma Jakel, Shah Alam. Tahun ini Jakel memperkenalkan duta - duta raya antaranya Nabil Ahmad, Aaron Aziz, Aida Jebat, Harith Iskandar, Awal Ashaari Scha Alyahya & Lara Alana serta Hanis Zalikha, Hairul Hazreen & Yusuf Iskandar  dan tidak dilupakan Harith Iskandar dan pastinya Upin dan Ipin.Majlis santai ini turut dihadiri oleh Datuk Hj Mohamed Faroz Bin Mohamad Jakel, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel. Kempen ini merupakan aktiviti wajib dalam kalender promosi untuk memasarkan produk pakaian raya antara Duta Jakel Raya bersama para pelanggan.


Happy Hour
Selain bertemu pelanggan, majlis ini juga dimeriahkan dengan sesi lelongan dimana setiap Duta Raya Jakel akan memberikan harga terbaik untuk para pelanggan dan potongan harga mencecah 85%. Potongan harga ini akan berterusan sehingga malam raya nanti taw.Kesemua Duta Raya Jakel akan mempromosi dan menjual koleksi pakaian raya mereka dengan harga runtuh untuk pelanggan Jakel. Jakel Mall Kuala Lumpur dan Jakel Shah Alam turut menghangatkan lagi kempen jualan hari raya pada hari ini dengan memberikan baucar membeli-belah secara PERCUMA bernilai lebih daripada RM 70,000 kepada 1,000 pelanggan yang terawal



Hairul Azreen membuat lelongan terbaik untuk pelanggan
Kesemua koleksi produk yang dikeluarkan oleh Jakel mementingkan elemen-elemen utama antaranya pemilihan fabrik berkualiti tinggi, permainan warna yang bersesuaian dan perincian rekaan secara kemas dan rapi. Gabungan kombinasi ini untuk menyerlahkan lagi personaliti si pemakai agar kelihatan bergaya dan fashionable sesuai dengan trend terkini. Ini bersesuaian dengan golongan sasaran Jakel iaitu untuk semua peringkat golongan umur sama ada muda atau tua, untuk mereka yang memiliki koleksi pakaian daripada Jakel pasti ianya menimbulkan aura keangunan untuk wanita dan ciri-ciri maskulin si jejaka pasti teserlah. Warna yang dijangkakan menjadi pilihan pembeli ialah warna hijau burung merak ataupun dikenali denga warna teal green


Koleksi Raya Keluarga Jakel

Sumber : Jakel FB

Sumber : Jakel FB
 Koleksi Duta Raya Jakel

Sumber : Jakel FB

Sumber : Jakel FB

Sumber : Jakel FB

Sumber : Jakel FB
Harga koleksi baju melayu yang ditawarkan juga amat berpatutan serendah RM89 dan lebih menarik lagi, pelanggan akan diberikan PERCUMA sehelai kain samping beserta butang baju melayu bagi setiap pembelian baju melayu. Tahun ini Jakel menampilkan keistimewaan lagi dengan mengeluarkan produk pakaian kurta untuk mereka yang mahukan penampilan ringkas ketika berhari raya dan ianya juga adalah mesra wuduk. Para pelanggan boleh membeli dengan jualan harga murah dan berpatutan serendah RM 100 untuk 2 helai.


Pelbagai Koleksi Kain Samping Benang

Koleksi Baju Duta Raya Aaron Aziz

Manakala baju kurung wanita dijual dengan harga bermula RM 79 sepasang, jika tahun sebelum ini Jakel menageluarkan pakaian kanak-kanak berjenama Lara Alana, edisi kali ini Jakel melengkapkan pakaian raya kanak-kanak lelaki dibawah jenama Yusuf Iskandar. Pakaian raya kanak-kanak juga memberikan harga yang menjimatkan bermula pada harga serendah RM 39.





Ada kelainan sedikit yang dibawakan oleh Jakel kali ini dimana pihak Jakel telah bekerjasama dengan pihak Boost. Boost merupakan aplikasi muat turun naik didalam telefon pintar untuk membuat pembayaran secara online. Mudah Bukan! Boleh la buat transaksi cashless. Aku dah ada app boost taw. Memang mudah untuk digunakan =D

Jom ramai2 datang membeli di Jakel sekarang! Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Terbaik hanya di Jakel. Jakel Barulah Raya !!! Terima Kasih Jakel
Untuk Pertanyaan Lanjut, Sila Hubungi

Jabatan Promosi Dan Pengiklanan (A&P)
Jakel Mall Kuala Lumpur
Lot 159, Jakel Square
Persiaran Capsquare, Off Jln Munshi Abdullah
50100 Kuala Lumpur

Tel: 03-2615 0777 smbg 7027 / 7025

Jabatan Promosi Dan Pengiklanan (A&P)
Jakel Shah Alam
27, 29, 33 & 35, Jalan Plumbum S7/S,
Seksyen 7
4000 Shah Alam, Selangor

Tel: 03-5510 8976

No comments: