Friday, May 4, 2018

Ingin Merasai Rasa Buah-Buahan Sebenar Di Dalam Ais Krim Hanya di FRUITI KING

Asalamualaikum dan Hello Semua


Cerita paling best rasanya nak share memandangkan aku peminat buah-buahan dan juga ais krim. Baru- baru ini aku telah dijemput menghadiri majlis pelancaran FRUITI KING iaitu  ais krim keluaran tempatan Malaysia yang menggunakan 100% rasa buah-buahan asli. Pada masa yang sama, Fruiti King juga merasmikan mereka punya flagship store di Sunway Pyramid.



Apa yang istimewanya Fruiti King ini dengan jenama ais krim yang lain yang ada kt malaysia ni?

Tiada Bahan Pengawet 
Tidak Menggunakan Pewarna
Tidak Menggunakan Bahan Perasa 

Buah-Buahan Tempatan. Ewah!

Founder Fruiti King, Evangelist Max. Maaf Gambar sedikit goyang =(
Menurut pengasas Fruiti King, Evangelist Max Teh berkata idea sebenar menghasilkan ais krim daripada buah-buahan sebenar ialah daripada pengalaman beliau merasai Ais Krim Potong di kedai kecil yang terletak di Ipoh pada tahun 2016. Beliau merasakan ais krim potong tersebut kaya dengan rasa buah sebenar berbanding ais krim- aiskrim yang beliau penah rasa sebelum ini yang lebih mengutamakan perasa, pewarna dan menggunakan bahan-bahan pengawet. Beliau berkata khasiat sebenar buah-buahan tempatan sangatlah banyak dan pada masa yang sama dan memberikan rasa kesegaran yang sebenar semasa menikmati Fruiti King aiskrim.

Aiskrim Yang Ditawarkan

Jenis- jenis ais krim yang ditawarkan

Terdapat 6 jenis ais krim yang ditawarkan iaitu Musang King, Durian 24, Chempedak , Mango, Soursop dan  Sweet Corn. Kesemua ais krim yang ditawarkan diambil daripada buah-buahan tempatan dan pasti mestilah durian yang paling menjadi pilihan Malaysia. HAHAHA. Tapi buah-buahan yang lain pon tak kurang hebat weyh rasa dia. Terbaik! Rasa ais krim FruitKing sama lebih kurang korang makan buah sebenar and memang sedap tak terkata. Aku yang tak makan durian pon boleh lentok rasa ais krim  daripada Durian Musang King. Fuhhh!

Sedap! 



Fruiti King juga menawarkan beberapa jenis pilihan ais krim sebagai contoh Aiskrim Potong, Waffle Ice Cream dan beberapa jenis lagi. Tentang harga jangan risau masih berpatutan dan sesuai dengan kenikmatan bagi pecinta buah-buahan. Pasti Berbaloi!





Untuk pengetahuan semua Fruiti King akan melebarkan sayap perniagaanya dan menjangkakan akan membuka lebih kurang 30 outlet di seluruh Malaysia sebelum hujung tahun 2018. Perancangan mereka untuk membuka cawangan di Singapore, Hong Kong dan China masih di dalam perancangan. Menurut Pengasas mereka bahawa cawangan kedua yang akan dibuka dalam masa terdekat ialah di KLIA 2 Gateway.


Kalau korang nk cari ais Krim yang yang fresh dengan rasa buah-buahan sebenar  mai singgah di Fruti King yer !



8 comments:

Asyraf Asri said...

Musang kin, durian and sour sweet best weyh. Jom makan ais krim lagi, terliur plak ..heheheh ...

Zharif Azis said...

Rasa asli buah durian musang king membuatkan diriku rasa nk repeat lagi . Memang best fruiti king ni . Recommended👍🏼

Faries said...

@AsyrafAsli memang terbaik. Mango dan sweetcorn pon best sangat. Rasa buah asli tu buat rasa ketagih nk repeat lagi. Jom Jom!

Faries said...

@ZharifAzis Taw la peminat durian musang king.HAHAHA. Memang terbaik !

Hans Hanis said...

makan tak ajak

Faries said...

@HansHanis mai makan aiskrim meh =)

Siti Yang Menaip said...

woaah menarik ni.. dala cheq suka makan eskrim. tapi jauh sangat nak pegi.. kena tunggu balik KL le jawabnya huhu..

zuhair said...

Appriciat it great post!
air conditioner
mobile phone on installment
refrigerators price in pakistan
refrigerator
haier refrigerators
orient refrigerators