Wednesday, May 2, 2018

Ramadhan Buffet 2018 : Merasai Kelainan Berbuka Puasa Secara Eksklusif Di Atas Cruise Tasik Putrajaya

Asalamualikum Dan Salam Semua

Pengalaman yang paling menyeronokkan untuk dikongsi sebab ini kali pertama aku naik cruise di Tasik Putrajaya. Alhamdullilah, aku telah dijemput menghadiri iftar preview di Cruise Tasik Putrajaya. Serius pengalaman yang sangat menarik dan pasti berbeza dimana anda akan berbuka di atas Cruise yang bergerak mengelilingi dan menyusuri tasik Putrajaya dan pada masa yang sama dapat melihat kecantikan Putrajaya juga . Ewah!



Crusie Tasik Putrajaya ( CTP ) menggunakan nama Iftar Fi Sofina yang diambil daripada bahasa arab yang bermaksud kapal untuk Pakej Iftar pada tahun ini. Untuk pengetahuan semua, harga Iftar Fi Sofina pada tahun ini lebih murah berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana pihak CTP sendiri berbesar hati untuk memberikan orang ramai merasai sendiri pengalaman eksklusif dan unik ini. Ada harga istimewa taw so teruskan membaca. Cruise ini boleh memuatkan  50 orang dalam satu masa. Cruise ini juga mempunyai deck terbuka di atas untuk anda melihat atau bergambar berlatarkan keindahan putrajaya.Menarik bukan?

View luar Cruise

View dalam Cruise




View yang sangat cantik

Set karaoke pon ada taw. Boleh la nk menyanyi.

Menu- menu yang ditawarkan di Iftar Fi Sofina  terdapat lebih daripada 30 jenis sajian yang menyelerakan untuk dinikmati sambil belayar selama 1 jam 30 minit. Wah ! Terdapat 4 jenis menu yang ditawarkan iaitu Masakan Melayu sebagai contoh Kambing Panggang, Gulai Kawah, Ayam Goreng Berempah, Mee Goreng ayam dan kuih Tradisional Melayu. Tiga jenis menu lain ialah Fusion Oriental , Middle Estern atau Muhibbah. Para pelanggan boleh meminta untuk berbuka dengan salah satu menu yang ditawarkan semasa membuat tempahan ye.


Daging Kambing paling best!


Menu wajib Satayy!

Mee Goreng Ayam

Apa yang best! Setiap pelanggan akan diberikan  sampul duit raya yang eklusif dan kuih raya taw. Wah! Disamping itu, Pihak Marina Putrajaya SB juga menawarkan hadiah cabutan bertuah  yang merupakan pakej Love Boat yang bernilai RM 350 untuk 5 orang pelanggan yang membeli pakaj Iftar Fi Sofina. Akhir sekali , Pihak Marina Putrajaya SB akan menyumbang RM 1 bagi setiap pakej yang dibeli ke rumah - rumah kebajikan yang terpilih.

Harga pula macam mana? 

PROMOSI EARLY BIRD (Tempahan sehingga 16 Mei 2018)

Dewasa : RM 120.00
Kanak-kanak (5 hingga 12 tahun) dan Warga emas (60 tahun dan ke atas) : RM 75.00

Harga Asal
Dewasa : RM 145.00
Kanak-kanak : RM 77.00

Masa : 6.30 PM hingga 8.30 PM

Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi nombor telefon dan email berikut,

Tel : 03-8888 5539
Email : sales@cruisetasikputrajaya.com


So apa tunggu lagi? Bukan senang nak rasai pengalaman menarik ni. Jom berbuka puasa di Iftar Fi Sofina di Cruise Tasik Putrajaya.

3 comments:

kakitravelkhairuddin.blogspot.com said...

nice sharing

Faries said...

@Khairuddin sir boleh try ajak satu family berbuka kt cruise putrajaya ni. View sangat cantik dan makanan yang ditawarkan pon tak kurang hebat.

zuhair said...

Appriciat it great post!
air conditioner
mobile phone on installment
refrigerators price in pakistan
refrigerator
haier refrigerators
orient refrigerators