Wednesday, May 30, 2018

Hab Kelengkapan Ibadah Haji & Umrah Serta Fesyen Pakaian Terkini Patuh Syariah Hanya Di HAQQI

Asalamualaikum

Alhamdulillah, hari ini kita semua telah menjalani ibadah puasa hampir dua minggu dan aku percaya ada diantara kita sedang melakukan persiapan untuk mengerjakan ibadah Umrah dalam masa terdekat dan juga ibadah Haji yang akan tiba tidak lama lagi. Hari ini aku nak kongsikan satu butik yang dinamakan sebagai Haqqi atau Haqqi.com.my yang menawarkan kelengkapan ibadah Haji dan Umrah dari pakaian ibadah sehingga ke produk kosmetik yang pasti akan memudahkan anda apabila di sana nanti


Mandian Dashing 2 Dalam 1 Untuk Kegunaan Muka Dan Juga Badan Menjadi Pelengkap Mandian Lelaki Masa Kini

Asalamualaikum dan Salam Semua


Dashing telah mengeluarkan produk baru iaitu Buih Mandian 2 Dalam 1 dimana ianya boleh digunakan di muka dan seluruh badan khas untuk para lelaki. Produk yang sangat menarik kerana aku percaya ramai lagi lelaki di luar sana tidak mempunyai pencuci muka khas dan kadang-kadang tidak mencuci muka langsung atau menggunakan mandian untuk mencuci muka mereka. Dengan adanya Mandian Dashing 2 dalam 1 ini sudah pasti akan memudahkan para lelaki diluar sana kerana dapat membersih muka dan badan sekali gus!

Majlis Pelancaran Mobile Apps NIMPMOS Di Malaysia Serta MOU Bersama MONTGOMERY SECURITIES LLC

Asalamualaikum dan Hello Semua



Baru-baru ini, aku telah menghadiri Majlis Pelancaran mobile app yang dikenali sebagai  NIMPMOS oleh NIMPMOS Sdn Bhd di Hotel Renaissance Kuala Lumpur. Mesti korang tertanya-tanya NIMPMOS ni app apa? Untuk pengetahuan korang semua, NIMPMOS adalah satu platform e-dagang yang sangat terkenal dengan live streaming teknologi dan e- dagang teknologi. NIMPMOS sudah menarik ramai remaja di asia tenggara. Aplikasi NIMPMOS ini boleh didapati di peranti ios dan juga android taw!

Tuesday, May 29, 2018

Ramadhan Buffet 2018 : Pakej Berbuka Puasa Sentuhan Mewah Ala Inggeris Hanya Di D'TAHTA I - CITY SHAH ALAM

Asalamualaikum dan Salam Semua

Alhamdulillah sudah hampir dua minggu kite menjalani ibadah puasa dan baru baru ini, aku telah berpeluang untuk review satu pakej berbuka puasa di D'TAHTA I-CITY SHAH ALAM. Korang pasti boleh bayangkan persekitaran tempat ni macam mana sebab dekat I-City kan mestilah cantik dengan lampu-lampunya. D'TAHTA merupakan dewan untuk majlis keraian dan perkahwinan yang sangat cantik dan ekslusif tapi untuk bulan puasa ini, D'TAHTA telah mengambil peluang menawarkan pakej buffet ramadhan bagi tahun 2018


Sunday, May 27, 2018

JAKEL Barulah Raya 2018 ! Tawaran 1000 Baju Percuma Untuk Pelanggan Terawal Dan 85% Lelongan Diskaun

Asalamualaikum dan Salam Jakel Raya! Ewah


Baru-baru ini, aku telah menghadiri majlis sembang santai serta majlis pelancaran Jakel barulah raya bagi tahun 2018 di cawangan Kuala Lumpur dan Wisma Jakel, Shah Alam. Tahun ini Jakel memperkenalkan duta - duta raya antaranya Nabil Ahmad, Aaron Aziz, Aida Jebat, Harith Iskandar, Awal Ashaari Scha Alyahya & Lara Alana serta Hanis Zalikha, Hairul Hazreen & Yusuf Iskandar  dan tidak dilupakan Harith Iskandar dan pastinya Upin dan Ipin.Majlis santai ini turut dihadiri oleh Datuk Hj Mohamed Faroz Bin Mohamad Jakel, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel. Kempen ini merupakan aktiviti wajib dalam kalender promosi untuk memasarkan produk pakaian raya antara Duta Jakel Raya bersama para pelanggan.

Sunday, May 20, 2018

Merasai Keunikan Masakan Tradisional Tempatan Dengan Harga Murah Di Warung Makcik Kiah

Asalamualaikum dan Salam Semua


Baru- baru ini, aku dijemput untuk review menu ramadhan di Restoran Warung Makcik Kiah (MCK) di Sri Petaling.Apa yang best dekat sini? Kalau korang memang jenis suke makanan selera tradisional, korang patut pergi sini. Pelbagai masakan tradisional disediakan antaranya Gulai Patin Tempoyak, Gado-Gado, Asam Pedas,Ayam Masak Kunyit,Daging Paprik, pelbagai jenis ikan seperti Kerapu, Siakap dan pelbagai lagi masakan. Harga yang ditawarkan pon sangat murah dan berpatutan! Nak tahu harga? Teruskan membaca ye =P

Monday, May 14, 2018

Ramadhan Buffet 2018 : Jom Iftar Di Funtasia Hotel Bangi - Putrajaya

Asalamualikum dan Salam Sejahtera


Bulan Ramadhan akan tiba dalam beberapa hari lagi, jadi dah semestinya ramai yang tengah mencari tempat iftar yang best kan? Meh aku nk cerita salah satu tempat iftar yang menarik untuk korang pergi bulan puasa nanti iaitu di Hotel Bangi - Putrajaya. Konsep yang cuba dibawakan oleh Funtasia ialah konsep jalanan yang korang akan lihat nanti banyak booth-booth berkonsepkan bas-bas di sekitar jalan masuk ke restoran Funtasia Hotel Bangi - Putrajaya ini. Aku sangat suke konsep ni sebab sangat berwarna warni dan yang paling penting konsep mewah tu ada taw.

Saturday, May 12, 2018

Ramadhan Buffet 2018 :Berbuka Puasa Dengan Selera Malaya Hanya Di The Kuala Lumpur Journal

Asalamualaikum dan Salam Semua

Beberapa minggu lepas, aku telah menghadiri ramadhan buffet review di KL Journal Hotel Kuala Lumpur. Hotel ini betul-betul berdekatan dengan Bukit Bintang taw! Pada tahun ini, The KL Journal membawakan konsep berbuka puasa dengan Selera Malaya. Jadi, mestilah masakan-masakan popular Malaysia akan dihidangkan disini. Nak taw lagi apa yang istimewanya disini, teruskan membaca.

Monday, May 7, 2018

Menikmati BBQ Lamb Terbaik Sambil Menikmati Suasana Hijau di BBQ LAMB KL KEMENSAH

Asalamualaikum dan Salam Semua


Baru- baru ini, aku telah dijemput untuk mempromosikan Ramadhan Preview di BBQ Lamb KL Kemensah. Tempat ini pernah viral di facebook tahun lepas kalau tak silap disebabkan persekitaran hijau yang cantik dan santai serta konsep makan diatas air sungai yang mengalir. Persekitaran di kawasan ini sangat nyaman dan tenang dan amat sesuai bagi mereka yang ingin menikmati makanan sambil menghirup udara segar di kawasan Kemensah ini. Perasaan gembira teramat sangat bila dapat peluang ke sini dan apa yang diperkatakan tentang tempat ini adalah benar belaka! Ewah

Sunday, May 6, 2018

Tiada Lagi Masalah Untuk Wanita Bertudung Kekal Aktif Dengan Adanya Safi Shayla

Asalamualaikum dan Salam Semua 

Masalah rambut bagi wanita terutamanya wanita bertudung memang tidak dapat dipisahkan sejak dari dulu lagi. Golongan wanita sering menghadapi masalah rambut rapuh dan kegatalan kulit kepala. Ini berpunca dari pelbagai faktor sebenarnya antaranya kekalutan dan tekanan kerja. Memandangkan aku mempunyai banyak kakak dan tahu serba sedikit dengan masalah rambut yang perempuan sering hadapi.Ewah!Masalah utama wanita bertudung ialah rambut gugur! Sebab tu kalau korang perhatikan yang wanita bertudung jarang sekali melakukan aktiviti lasak atau riadah sebab bimbang nanti peluh menyebabkan rambut mereka rosak


Friday, May 4, 2018

Ingin Merasai Rasa Buah-Buahan Sebenar Di Dalam Ais Krim Hanya di FRUITI KING

Asalamualaikum dan Hello Semua


Cerita paling best rasanya nak share memandangkan aku peminat buah-buahan dan juga ais krim. Baru- baru ini aku telah dijemput menghadiri majlis pelancaran FRUITI KING iaitu  ais krim keluaran tempatan Malaysia yang menggunakan 100% rasa buah-buahan asli. Pada masa yang sama, Fruiti King juga merasmikan mereka punya flagship store di Sunway Pyramid.


Wednesday, May 2, 2018

Ramadhan Buffet 2018 : Merasai Kelainan Berbuka Puasa Secara Eksklusif Di Atas Cruise Tasik Putrajaya

Asalamualikum Dan Salam Semua

Pengalaman yang paling menyeronokkan untuk dikongsi sebab ini kali pertama aku naik cruise di Tasik Putrajaya. Alhamdullilah, aku telah dijemput menghadiri iftar preview di Cruise Tasik Putrajaya. Serius pengalaman yang sangat menarik dan pasti berbeza dimana anda akan berbuka di atas Cruise yang bergerak mengelilingi dan menyusuri tasik Putrajaya dan pada masa yang sama dapat melihat kecantikan Putrajaya juga . Ewah!