Friday, March 30, 2018

Sembang Santai bersama TPM -Road To Agro Tourism Edisi Khas Bagan Datuk, Perak

Asalamualaikum and Hello Everyone !


Baru-baru ini, saya telah menyertai program jelajah ke Bagan Datuk bersama  rakan-rakan blogger dan media mainstream yang dibawakan khas oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC). Program Road To Agro Tourism Siri 5 Edisi Khas Bagan Datuk diadakan adalah  untuk memperkenalkan serta mempromosi destinasi menarik agro dimana pelancongan agro  masih belum berkembang seperti sektor pelancongan yang lain. Selain itu, Bagan Datuk merupakan tempat dimana asalnya YAB berhormat Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi.Program ini adalah anjuran Majlis Pelancongan Malaysia  (MTC) dengan kerjasama  Lembaga Pertubuhan Peladang, MARDI dan Persatuan Homestay Bagan Datuk.



Saya ingin berkongsi sedikit sejarah asal usul Bagan Datuk dimana ianya mula diteroka sekitar tahun 1880 dan Pekan Bagan Datuk pula dibuka pada tahun 1896. Pada waktu itu, lokasi tersebut dikenali dengan nama Sungai Keling dan ada yang memanggilnya dengan nama Pekan Baru. Nama Tok Kelah pula memang tidak asing lagi di kalangan penduduk Bagan Datoh. Bagi generasi orang lama di Bagan Datuk, Allahyarham Tok Kelah merupakan seorang perwira yang cekal dalam usahanya untuk membuka sebuah penempatan. Nama Bagan Datoh dahulunya didatangkan oleh penjajah inggeris pada masa dahula. Inilah serba sedikit sejarah yang saya perolehi semasa menyertai program jelajah di Bagan Datuk.



Ketibaan YAB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi TPM


Bergambar bersama YAB TPM Dato' Seri Ahmad Zahid Hamid

Ucapan Khas TPM untuk Program Road To Agro Bagan Datuk


Diantara tempat-tempat menarik yang saya lawati sepanjang 2 hari 1 malam di Bagan Datok adalah tempat bersejarah Beting Beras Basah, Bagan Datuk Waterfront, Kilang memproses sabut , Coco Peat, Ladang Kelapa, Pusat Penyelidikan Mardi dan Homestay Bagan Datuk. Selain daripada itu, Bagan Datuk juga terkenal dengan " Industri Kelapa dan produk berasaskan kelapa ".Program sembang santai kali ini bersama YAB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi  membawa topik hala tuju industri kelapa di Bagan Datuk, Perak ini

Kandungan ucapan YAB Dato' Seri Ahmad Zahid terhadap pembangunan Bagan Datuk adalah memperuntukkan RM500,000 kepada persatuan yang menjayakan hasrat memperkembangkan industri pelancongan Bagan Datuk ini.Menurut beliau lagi, insentif sebanyak RM100 akan diberikan kepada mana-mana pengendali dan penggiat industri pelancongan yang bernaung di bawah persatuan tersebut dengan memperuntukkan setiap pelancong yang datang ke daerah itu dengan syarat mestilah di luar ASEAN.

Program Road To Agro Tourism anjuran MTC ini membuktikan bahawa industri pelancongan Agro mampu menjadi tunjang kepada  Sektor Agro pelancongan negara. MTC berhasrat untuk mempromosikan Bagan Datuk di seluruh dunia dan menjadikan  Kelapa sebagai produk ikon.Pihak MTC juga mencadangkan untuk memasukkan Bagan Datuk sebagai destinasi untuk dilawati di dalam kalendar tahun melawat Malaysia tahun 2020 nanti.

Disamping itu juga, Malaysia inbound Travel Association (MITA) turut mengambil kesempatan untuk menganjurkan acara Tourism day di Bagan Datuk dan turut diadakan Mini Pameran di PPK Hutan Melintang bagi mempromosikan produk hasil hiliran industri berasakana kelapa.Acara Tourism day ini memberi peluang kepada kira-kira 30 usahawan - usahawan sekitar bagan datuk mempromosikan produk makanana dan kraf hasilan kelapa kepada orang ramai

Hasil Kraftangan berasakan Kelapa




The Best Coklat ever hasil tangan penduduk Bagan Datuk

Air Kelapa ORI Bagan Datuk


Saya percaya dengan adanya Program Road To Agro Tourism ini, yang dibawakan oleh MTC, Bagan Datuk akan menjadi salah satu daerah terkenal dengan keunikan Kelapanya dan beberapa tempat menarik baru seperti Blue Tears and Sky Mirror untuk 5 tahun akan datang.

Bagan Datuk WaterFront


Entri seterusnya akan bersambung dengan detail tempat- tempat menarik yang terdapat di Bagan Datuk. Nantikan !!!



2 comments:

Husniey Husain said...

Nice event, moga Bagan Datuk terus maju jaya..

Husniey follow blog Faries,
#185 masuk mengadap ­čśé

Faries said...

@husnieyHusain Harap usaha-usaha yg dilakukan untuk mengembangkn industri pelancongan agro do Bagan Datuk berjaya..

Amboi =D