Friday, December 28, 2018

PPZ MAIWP Buka Perkhidmatan Kaunter Zakat Sempena Hujung Tahun Sehingga Waktu Malam!

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Lagi beberapa hari kita akan memasuki tahun baru iaitu 2019. Korang dah lunaskan zakat bagi tahun 2018? Kini pelbagai inesiatif yang dibuat oleh pihak PPZ MAIWP untuk membantu korang semua menunaikan zakat dengan mudah dan cepat. Nak tahu apa PPZ MAIWP sediakan dan manfaat yang korang dapat bagi pembayaran zakat akhir tahun ini. Jom terus kan membaca....

Wednesday, December 26, 2018

Koleksi Jam TAWAF Yang Mempunyai Elemen Klasik dan Bergaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


'Masa itu emas', itulah peribahasa yang kita selalu dengar kan masa kecik dan juga sekarang peribahasa ini masih bermain-main difikiran. Di era digital sekarang, waktu boleh dilihat dimana-mana terutama di telefon pintar yang kita miliki. Tapi, kegunaan jam tangan masih relevan dan merupakan asset penting bagi seseorang taw. Bagi Faries, jam tangan adalah benda paling baik untuk melihat waktu. Eh Faries nak cerita yang Faries baru je dapatkan satu jam tangan baru daripada Tawaf Timepieces. Nak tahu lebih lagi? Jom teruskan membaca.......

Tuesday, December 25, 2018

Berpeluang Menang Hadiah Lumayan Dengan Hanya Berbelanja Di SF Coffee Mengunakan Kad Debit!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Siapa kat sini peminat coffee? Kita geng taw.Hehehe. Korang selalu mengopi dimana? Dah pernah cuba mengopi di San Francisco Coffee atau lebih dikenali sebagai SF Coffee? Kalau belum jom ke SF Coffee berhampira dengan korang dan cuba rasa sendiri kesedapan kopi dan makan-makanan yang ditawarkan disini. Dan ada berita gembira juga nak bagitahu? Nak tahu teruskan membaca....

Tuesday, December 18, 2018

5 Sebab Kenapa Swiss-Court Holiday Apartments, Damai Laut Merupakan Tempat Percutian & Penginapan Terbaik

Assalamualikum dan Salam Sejahtera


Akhir tahun dan musim cuti sekolah merupakan waktu terbaik untuk bercuti serta meluangkan masa bersama yang tersayang. Korang dah start bercuti bersama dengan orang yang tersayang? hehehe. Baru-baru ini, Faries telah mengambil percutian untuk merehatkan diri setelah sibuk menyiapkan projek akhir dan kerja-kerja sampingan yang lain. Rasanya semua dah tahu yang Faries telah bercuti ke Swiss-Court Holiday Apartments, Damai laut yang terletak di Lumut, Perak. Nak tahu 5 sebab kenapa korang perlu bercuti ke sini? Teruskan membaca!

Sincerity Sunscreen Lotion Pelindung Matahari Bebas Minyak Terbaik Untuk Kulit Anda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Rasa macam dah lama tak menaip diblog maklumlah agak sibuk kebelakangan ini. Eh sebenarnya Faries nak kongsi sesuatu yang Faries rasa sangat bagus untuk kulit korang. Kita selalu terdedah kepada sinaran matahari di dalam kehidupan seharian dan kadang-kadang tak sedar yang kulit perlukan perlindungan daripada sinaran uv. Dengan adanya Sincerity Suncreen Lotion, ianya bukan sahaja mencegah daripada kulit terbakar tetapi ianya lebih daripada itu seperti mencegah masalah kulit lain seperti merosak lapisan epidermis lebih dalam, kemunculan jeragat, merosak sel-sel kulit pada lapisan luar kulit (keratinosit), bahkan dapat menyebabkan kerosakan pada DNA dan meningkatkan risiko kanser kulit.

Saturday, December 1, 2018

AgroBazaar Online Anjur Pelbagai Aktiviti Menarik di MAHA 2018 Serta Memperkenalkan Beberapa Produk Usahawan Tempatan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Para pecinta produk keluaran jenama tempatan dan bumiputera pasti menantikan karnival yang diadakan setiap 2 tahun sekali ini kan. Kini, Karnival Malaysia Agriculture, Horticulture dan Agrotourism ataupun dikenali dengan panggilan MAHA 2018 masih berlangsung dan pada hari ini sudah masuk hari ke 9 sebelum melabuhkan tirainya 2 hari lagi. MAHA 2018 diadakan di Maeps, Serdang. Faries dah masuk 2 kali hadir ke MAHA 2018 ini dan paling menariknya bermacam-macam ada dekat sini taw. Nak tahu apa yang Faries rasa tertarik sangat yang ada di Maha 2018 ini? Teruskan membaca...

Friday, November 30, 2018

JAKEL Merealisasikan Impian 200 Pemenang Peraduan Beli & Menang Mengerjakan Ibadah Umrah Secara Percuma

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua


Mengerjakan Ibadah Umrah merupakan satu impian setiap umat islam. Pernah terfikir untuk mendapatkan tajaan penuh secara eksklusif ke tanah suci Mekah? Baru-baru ini, JAKEL Trading telah menunaikan hasrat 200 pemenang cabutan bertuah Beli & Menang di Jakel bagi tahun 2017/2018 mengerjakan ibadah Umrah secara ekslusif tajaan Jakel. Menarik bukan? Bukan itu sahaja taw, Jakel juga telah menawarkan hadiah wang tunai setiap minggu sepanjang pertandingan cabutan bertuah itu berlangsung. Menariknya, bagi setiap pemenang cabutan bertuah akan mendapat 2 tiket tajaan ke Umrah. Wah! Seronoknya.

Tuesday, November 27, 2018

PPZ-MAIWP Lancarkan Kempen 'Jadi Kaya Dengan Zakat'

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Dalam diam tak diam dah nak masuk penghujung tahun 2018. Korang dah tunaikan zakat? Atau ada zakat yang masih tertangguh dan tak berkesempatan nak bayar. Baru-baru ini, Faries telah menghadiri satu majlis pelancaran kempen yang dilancarkan oleh Pusat Pungutan Zakat PPZ- MAIWP di Wisma PPZ di Cheras, Selangor. Kempen kali ini dipanggil sebagai ' Jadi Kaya Dengan Zakat'. Macam menarik bukan kempen yang dibawakan oleh PPZ-MAIWP kali ini.

Monday, November 26, 2018

Sunfeet Menawarkan Promosi Back To School Sempena Cuti Sekolah !

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera


Baru-baru ini, Faries berkesempatan berkunjung ke Sunfeet International Rehabilitation Centre mendengar ceramah kesihatan berkaitan kesihatan kaki. Faries tahu mesti ada antara kita yang masih belum terdedah  tentang kepentingan penjagaan dan kesihatan kaki. Untuk pengetahuan korang, kaki merupakan anggota yang sangat penting kerana kaki merupakan anggota yang membolehkan kita berjalan dan melakukan aktiviti seharian. Faries nak kongsi banyak pasal kesihatan kaki dan tak lupa juga sekarang ni Sunfeet tengah mengadakan promosi " Back To School " untuk pelajar sekolah bagi sesi persekolahan tahun hadapan taw!

Tuesday, November 20, 2018

Majlis Perasmian 'ART In The City' | Memperkenalkan Identiti & Keunikan Malaysia Melalui Seni Lukisan

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera


Bandaraya Kuala Lumpur sudah sememangnya cantik dengan tersergamnya bangunan tinggi dan juga bangunan pencakar langit seperti KLCC dan Menara Kuala Lumpur. Tapi, dimanakah keunikan yang korang dapat lihat yang mengambarkan imej negara Malaysia? Sejak kebelakangan ini adakah korang perasan atau terlihat tersergam lukisan-lukisan cantik yang mengambarkan identiti Malaysia di seluruh Kuala Lumpur? Itulah gambar-gambar daripada pereka tempatan yang turut serta didalam kempen yang dipanggil sebagai 'Art In The City'. Nak tahu lebih lagi?? Jom baca lagi!

Sunday, November 18, 2018

BookXcess Cyberjaya Tempat Baca Buku Dan Lepak Paling Awesome!

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera


Rasa macam dah lama tak menulis dekat blog ni. Eh sebenarnya Faries nak bagitahu yang Faries baru je jumpa port lepak untuk buat kerja terbaik di Cyberjaya. Maklumlah sekarang ni Faries dalam proses menyiapkan projek akhir sebelum pembentangan VIVA untuk program ijazah ini. Kalau nak buat kerja kat rumah tu boleh tapi kalau dah nampak katil tu memang dah kelain jadinya. Sebelum ini tempat selesa nak buat kerja ialah di Starbucks tapi itulah kene keluarkan duit pulak untuk beli coffee.hehehe. Tempat yang Faries cakap itu ialah di BookXcess yang terletak di Tamrind Square, Cyberjaya. Korang mesti nak tahu pasal tempat ni kan?  Jom teruskan membaca.....

Friday, November 9, 2018

Pak John Steambot & BBQ Menawarkan Pelbagai Aneka Pilihan Makanan!

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera


Korang nak tahu, Steamboat dan grill merupakan salah satu makanan kegemaran  Faries. Kalau makan steamboat mesti kena ada kuah yang sedap dan pilihan makanan grill yang segar dan pelbagai. Baru terangkat! hehehe.Kali ini Faries dah jumpa tempat steamboat dan grill yang tawarkan pelbagai aneka pilihan makanan iaitu di Pak John Steamboat & BBQ. Serius memang best bukan sebab ada pelbagai pilihan makanan aje tetapi terdapat juga makanan istimewa yang membuatkan Pak John berbeza dengan restoran steamboat lain.

Thursday, November 8, 2018

Review Operasi X | Kisah Kekeluargaan, Percintaan, Persahabatan Dan Kenapa Korang Wajib Tonton!

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera


Alhamdulillah dah selesai menonton Filem Operasi X di GSC Alamanda, Putrajaya semalam. Apa yang mengejutkan Faries ialah panggung wayang penuh okey. Wah cerita ini memang patut dapat sambutan hangat seiring dengan plot cerita yang paparkan. Korang nak tahu kenapa? Baca sampai habis! Sesiapa yang masih belum tengok entri Faries pasal filem Operasi X boleh Klik link dibawah:


Tuesday, November 6, 2018

Adakah Gabungan Mantap Awie Dan Aaron Aziz di dalam Filem Operasi X Bakal Menggegarkan Panggung?

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera


Rasa macam dah lama tak menonton filem melayu di panggung wayang. Faries memang jenis memilih untuk menonton sesebuah cerita di panggung wayang dan bukanlah tak tengok filem melayu langsung. Tapi bergantung kepada jalan cerita sesebuah filem. Apa yang Faries buat sebelum menonton sesebuah filem ialah tengok trailer cerita tersebut dan cari komen serta ulasan sebanyak yang mungkin. Kadang-kadang ulasan atau pendapat orang lain tak selalunya tepat. Eh lupa nak bagitahu yang Faries baru sahaja menonton trailer satu filem melayu ini yang dinamakan sebagai Operasi X! Filem ini betul-betul menarik hati Faries nak tengok di panggung wayang. Nak tahu kenapa? Jom lah teruskan membaca.....

Sunday, November 4, 2018

Ombak Kitchen Menawarkan Pilihan Shell Out Premium Pada Harga Terbaik

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera


Pengalaman pertama menikmati makanan laut atau lebih mesra dipanggil Shell Out sangat mengujakan. Ini kali pertama faries merasai shell out. Sebenarnya dah tahu lama kewujudan shell out tapi cuma belum berkesempatan nak cuba rasa. Untuk percubaan kali pertama, ini faries telah menikmati shell out di Ombak Kitchen yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam. Nak tahu apa yang best Shell Out di Ombak Kitchen ni? Teruskan membaca.....

Saturday, November 3, 2018

LAB 11 Lancar Produk Untuk Rambut Kekal Sihat Dan Cantik!

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera


Makin meningkat umur semakin banyak masalah rambut yang akan kita hadapi. Faries pun dulu jenis rambut tebal tetapi sekarang ini tidak lagi sebab rambut makin lama makin menipis. Faries percaya ini berpunca daripada peralihan umur ataupun penggunaan produk rambut yang tidak bersesuaian. Maklumlah sekarang banyak produk rambut yang mengandungi bahan-bahan yang tidak baik untuk pertumbuhan rambut. Alhamdulillah, kini Faries tak perlu lagi risau sebab rasanya dah jumpa produk tepat untuk kembalikan rambut seperti sedia kala. Nak tahu produk apa? Jeng Jeng Jeng.....

Wednesday, October 31, 2018

Kekal Sihat Dan Cergas Bersama Potatoes USA | Penaja Utama Putrajaya Night Marathon 2018

Asalamualaikum Semua dan Salam Sejahtera


Larian marathon sudah menjadi trend masa kini dimana rakyat Malaysia berminat menyertai aktiviti larian seperti ini dimana ianya bukan sahaja dapat memberikan dan meningkatkan kesihatan pada tubuh badan tetapi menyertai aktiviti larian marathon adalah salah satu terapi diri setelah seharian penat bekerja dan kadang kala tidak berkesempatan melakukan aktiviti sihat. Putrajaya Night Marathon 2018 yang diadakan beberapa hari yang lepas sudah melabuhkan tirainya. Walaupun hujan turun dengan lebat, para pelari masih bersemangat dan acara larian Putrajaya Night Marathon 2018 kali ini ditaja penuh oleh Potatoes USA.

Tony Roma's Memperkenalkan Menu Baru Berasaskan Bahan-Bahan Tempatan Bersempena Ulang Tahun ke 12!

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera


Bulan ini,Tony Roma's sudah masuk tahun ke 12 penubuhan cawangannya di Malaysia. Siapa tak kenal Tony Roma's ? Restoran yang terkenal dengan ribs steak dan kini TR sudah mempunyai 12 cawangan diseluruh Malaysia. Walaupun faries belum pernah cuba rasa TR sebelum ini tapi TR memang sudah terkenal,cuma belum ada kesempatan nak cuba rasa. Tapi alhamdulillah hari ini berpeluang merasai menu TR!

Dato' Nazipah Jamaludin bersama dengan Encik Salleharon Ahmad

Tuesday, October 30, 2018

DORSETT dan Silka Hotel Malaysia Tawar Percutian Ke Santorini | Destinasi Perkahwinan Impian

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera


Sumber: Google Image
Dalam kehidupan, mesti kita ada impikan pergi ke satu tempat menarik yang berada diluar kemampuan kita. Tempat yang cantik, tenang dan indah untuk pergi bersama orang yang kita paling sayang.Tahu Santorini Greece? Salah satu tempat idaman semua orang termasuk faries. Tempat cantik di persisir laut Greece dan sangat sesuai untuk pasangan berbulan madu. Teringin nak bercuti ke Santorini? Jom tapi dengan syarat korang kene teruskan membaca =P

Pengalaman Kedua Memiliki Iphone Keluaran Terbaru Pada Hari Pertama Dilancarkan!

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera


Alhamdulillah, akhirnya Iphone 6 ku yang nazak bertukar jua. Eh sebenarnya nak cerita pengalaman memiliki Iphone pada hari pertama dilancarkan. Faries masih ingat pertama kali Iphone 6 dilancarkan pada tahun 2014 pada bulan November. Faries merupakan salah seorang yang beratur di Apple Center iaitu Machines cawangan Mid Valley untuk mendapatkan Iphone 6. Masyaallah, masa tu dia punya ramai tak boleh nak cerita. Tapi alhamdulillah dapat pun phone yang di idamkan.hehehe. Rasanya semua sedia maklum yang Malaysia bukan negara pertama menerima iphone selepas pelancaran. Memang kene tunggu sebulan setiap lah selepas iphone dilancarkan di US.


Tuesday, October 23, 2018

Cannis App | Aplikasi Pintar Hebat Yang Akan Tersenarai di 'Nasdaq' 2021

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera


Masih ingat Cannis Apps? Aku pernah update mengenai pelancaran aplikasi pintar Cannis lebih kurang dua bulan yang lalu. Korang pun dah sedia maklum kan tentang kehebatan Cannis apps dimana menyediakan 7 fungsi didalam 1 aplikasi! Fuhh. Aku pasti masih ada yang belum familiar dengan dengan aplikasi Cannis ini. Aku nak kongsi dengan korang dimana dalam masa dua bulan ini Cannis app telah menerima sambutan hebat seluruh dunia dan jumlah muat turun 100 ribu pengguna di peranti App Store dan Play Store. Hebat bukan!

Sunday, October 14, 2018

Pakej Katering Eksklusif Pada Harga Terbaik Hasil Kerjasama Enak Rasa Bersama Hype Motorsports Hotel !

Asalamualaikum dan Salam Semua

Cuti sekolah dah nak menjelang tiba, korang masih tercari-cari pakej katering terbaik untuk majlis perkahwinan korang?Baru-baru ini, Hype Motorsport Hotel telah bekerjasama dengan Enak Rasa Catering telah melancarkan pakej katering khas yang dinamakan sebagai Pakej Ekslusif Marhain. Apa istimewanya pakej ekslusif marhain ini?


Thursday, October 11, 2018

Fernleaf UHT Susu Segar Terbaik Untuk Minuman Seisi Keluarga Yang Pastinya 100% Mmmmm...

Asalamualaikum Dan Salam Sejahtera


Siapa disini peminat susu lembu segar? Kita Team! Susu Fernleaf memang dah jadi minuman pilihan faries dan keluarga taw sejak dari kecil lagi. Sekarang ni suka minum susu Fernleaf semasa pengambilan sarapan pagi dimana campurkan susu Fernleaf Low Fat dengan serpih jagung bijirin ataupun minum begitu sahaja. Memang Sedap! Eh korang nak tahu kan kenapa Fernleaf menjadi pilihan faries sekeluarga?

Sunday, October 7, 2018

Penjenamaan Semula Wangian FLEUR Kepada | FLERR | Serta Perkenalan Le'Clipse!

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera


Wangian yang korang selalu gunakan di kereta korang jenama apa  eak dan jenis bau yang macam mana? Rasanya ada antara korang yang dah biasa atau dah gunakan pun wangian jenama FLEUR sebelum ini. Semalam merupakan hari yang ditunggu dimana jenama wangian ini telah dijenamakan semula dengan nama baru iaitu 'FLERR'. Aku merupakan salah satu pengguna jenama FLERR ini dan serius aku berpuas hati walaupun pada asalnya aku tidak tahu asal usul jenama ini? Jom kite lihat dulu latar belakang jenama FLERR ini.

Philips Menawarkan Viva Collection Airfryer XXL Yakni Lebih Besar, Mudah dan Sihat

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera


Korang ada pengalaman menggunakan Airfryer atau sudah memiliki Airfryer dirumah? Nak bagitahu ni, Philips baru sahaja melancarkan Airfryer yang lebih besar yang dipanggil sebagai 

Philips Viva Collection Airfryers XXL

Kalau dah saiz besar mestilah boleh masak dengan banyak untuk sekali hidangan.Korang nak tahu tak apa yang menariknya Philips Airfryers XXL ni. Teruskan baca sampai habis sebab aku tahu korang minat bab-bab peralatan memasak yang memudahkan macam ni=P

Saturday, October 6, 2018

The Square, Jaya One Petaling Jaya Tempat Mesra Komuniti Untuk Anda!

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera


Korang pernah pergi ke Jaya One Seksyen 13, Petaling Jaya? Kalau korang pernah kesini, Jaya One akan membuka semula kawasan yang dahulunya dikenali sebagai Palm Square. Jaya One ingin menjenamakan semula dan menamakan tempat ini sebagai 'The Square'. Projek pengubahsuaian ini telah dilakukan oleh syarikat Bina Tetap Tiara Sdn Bhd. Projek ini telah bermula pada bulan Mac 2018 dan dijangka dibuka pada bulan Disember tahun ini. The Square ini dibina untuk memenuhi kehendak komuniti dan mempunyai beberapa keistimewaan lain. Korang nak tahu lagi mengenai The Square? Jom teruskan membaca

Friday, October 5, 2018

PPZ -MAIWP Lancar Kempan JOM BERZAKAT

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera


Di pagi hari Jumaat yang mulia ini jom sama-sama kite melakukan amal ibadah yang lebih. Aku ada satu soalan. Korang dah menunaikan zakat? Kalau belum, aku nak maklumkan iaitu Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) telah melancarkan satu kempen khas bagi pembayaran zakat melalui Portal PPZ-MAIWP iaitu Jom Berzakat @ za,kat.com.my yang berlangsung mulai 1 Ogos hingga 31 Oktober 2018 (3 bulan)

Monday, October 1, 2018

Pengalaman Pertama Mendaki Gunung Angsi

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera


Bertahun-tahun dah tinggalkan aktiviti sihat macam ini tiba-tiba pergi mendaki. Hurmm.Bukan mendaki bukit belakang rumah k, bukit hujung kampung ke ini terus ke gunung Angsa uolss. Masyaallah! Sebenarnya aktiviti ini tak dirancang pun. Mak si Zharif nak mendaki dengan kawan-kawannya lepastu ajak aku sekali. Tak pikir pape pun masa tu sebab memang free. Terus setuju lagipun sepanjang 24 tahun hidup ini kali pertama aku mendaki.HAHAHA. Kiteorang mendaki ke Gunung Angsi yang terletak di Ulu bendul, Negeri Sembilan.

Sunday, September 30, 2018

Nights Of Fright 6 Kembali Lagi Dan Pastinya Lebih Menyeramkan Serta Menakutkan!

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera



Korang pernah pergi 'Nights Of Fright' yang dibawakan oleh Sunway Lagoon, Malaysia? Pada tahun ini, Festival Night Of Fright telah masuk tahun yang ke 6 dan di panggil sebagai "Nights Of Fright 6" Untuk pengetahuan semua, NOF disambut setiap tahun semasa sambutan Halloween diseluruh dunia. Aku percaya ada antara korang tak tahu pun pasal Halloween sebab negara kita tak sambut macam negara barat. NOF tahun ini memang best dan menyeramkan sangat weiii. Nak tahu apa yang best berbanding tahun-tahun sebelum NOF ini? Baca lagi.....

Wednesday, September 26, 2018

IndoBowl Cafe Menyediakan Sajian Mee Segera Indomie Dengan Sambal Balado Yang Cukup Power!

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera


Korang pernah makan atau dengar pasal Indomie? Mee segera  daripada Indonesia. Masa kecik-kecik dulu memang selalu makan Indomie siap bertambah-tambah. Sedap tak terkata. hehehee.Sekarang kalau korang nak rasa Indomie tu korang dah boleh datang ke IndoBowl cafe. Baru-baru ini aku telah berkunjung ke salah satu cafe yang pernah viral satu masa dulu sebab gunakan Indomee ni lah. Tapi masa tu kenapalah aku tak  tahu.hahaha. Ada banyak bende menarik aku nak cerita pasal cafe IndoBowl ini. Korang teruskan aje lah membaca!

Tuesday, September 25, 2018

Jom Ke Yoogane! Restoran Makanan Korea Pastinya Pilihan Terbaik Untuk Anda

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera


Para peminat makanan Korea dah tahu ke belum ada restoran makanan Korea iaitu Yoogane? Baru-baru ini, aku telah pergi menikmati buat kali pertamanya makanan korea di Yoogane yang terletak di 1 Utama, Bandar Utama. Ini kali pertama aku dengar nama restoran ni sebab sebelum ini selalu dengar jenama-jenama lain yang viral di media sosial. Sejujurnya aku sudah jatuh cinta dengan Yoogane<3 Korang mesti tak tahu sedap sangat ke? HAHAHA . Kalau nak tahu kene lah baca sampai abis entri ni =P

Tuesday, September 18, 2018

MMSOS - Aplikasi Kecemasan Pertama Di Malaysia

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera


Korang tak rasa ke kejadian jenayah kini makin berleluasa dan paling terbaru kes ragut di kedai dobi 24 jam. Takut bukan! Makin maju teknologi makin bertambah kejadian jenayah. Bukan sekadar  bercakap mengenai jenayah tetapi macam mana korang menghadapi situasi sukar iaitu kecemasan. Baru-baru ini, aku telah menghadiri satu sesi  penerangan keselamatan oleh MMSOS di Jalan Kuching, Kuala Lumpur. Korang pernah dengar MMSOS? Keselamatan anda dijamin dengan butang Panik ? Jom teruskan membaca..

Friday, September 14, 2018

Wedding Studio Tawar Pakej Perkahwinan Grand Ballroom Di The Summit Hotel USJ Pada Harga Terbaik!

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera



Pada beberapa hari yang lepas, aku telah dijemput oleh Wedding Studio Sdn Bhd sekali lagi ke Majlis Pratonton Dewan dan Sajian Wedding Studio di The Summit Hotel USJ, Subang. Konsep yang dibawakan kali ini oleh Wedding Studio agak berlainan sedikit kerana konsep yang dibawakan ialah konsep perkahwinan Grand Ballroom dan lokasi dewan ini sendiri terletak di The Summit hotel yang merupakan hotel 4 bintang dan pastinya lebih gah. Aku sangat teruja dengan pakej ditawarkan oleh Wedding Studio. Nak tahu kenapa? Jom baca lagi....

Jejaki Tempat Menarik di Klang Bandar Diraja bersama Tourism Selangor dan KTM Holidays

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera


Baru-baru ini, Tourism Selangor telah menganjurkan FAM Trip ke Klang dengan kerjasama dengan KTM Holidays bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 61 tahun. Banyak sebab kenapa aku berminat sangat untuk sertai trip ke Klang ini antaranya ialah Klang merupakan tempat aku bermain masa kecik walaupun dibesarkan dan dilahirkan di Negeri Sembilan tapi mak berasal daripada Klang dan banyak sedara mara di sana. Mydin merupakan tempat kegemaran kiteorang adik beradik kalau datang Klang sebab nak beli mainan banyak.HAHAHA. Tapi yang paling sedih aku tak tahu langsung banyak rupanya tempat menarik di Klang ini. Nak tahu kenapa Klang dinamakan sebagai Bandar Diraja? Jom baca lagi.

Saturday, September 8, 2018

DK Impian @Damansara West Rumah Idaman Semua Dan Pastinya Pelaburan Hartanah Terbaik

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera

Rumah merupakan benda paling asas untuk kita miliki sebagai tempat untuk berteduh tapi masalah yang kita hadapi kini ialah dengan harga rumah yang ditawarkan agak mahal dengan persekitaran kawasan rumah yang agak tidak mesra penduduk. Keputusan membeli rumah juga satu keputusan penting dimana kita juga perlu memikirkan pelaburan ini berbaloi untuk masa hadapan ataupun tidak. Pada beberapa hari yang lepas, aku telah berkunjung ke DK Impian Sales Gallery yang terletak di Subang. Jenis rumah dan kemudahan yang ditawarkan sangat menarik perhatian aku dan insyaallah satu hari nanti ada rezeki aku ingin membeli hartanah di DK Impian. Nak tahu apa yang istimewanya rumah di DK Impian ini? Jom teruskan membaca....


Ayam Kampung Organik Pertama Diiktiraf Di Malaysia keluaran AQINA Farm

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera


Siapa suka makan ayam kampung organik? Aku pon suka sangat ayam kampung sebab rasa bila makan kampung tu feel dia lain sangat. Berapa hari yang lepas, aku hadir ke satu majlis pelancaran Ayam Kampung Organik keluaran AQINA Farm dan majlis tersebut telah disempurnakan oleh tetamu kehormat iaitu Encik Wesley Tan, pengarah Eksekutif Kumpulan AQINA dan telah disempurnakan oleh tetamu kehormat Encik Yasser Arafat bin Zainal Rashid, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Perniagaan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di KL Gateway.Ini kali pertamanya aku dengar pasal ayam organik. Korang nak taw kebaikan pasal ayam kampung organik ni? Ada beberapa benda yang korang tak taw pasal ayam kampung yang pasti aku nak kongsi dengan korang semua. Korang kene teruskan membaca ya =P

Monday, September 3, 2018

H Garden Cafe Lokasi Terbaru Wedding Studio Yang Bercirikan Perkahwinan Dalam Taman

Asalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Pada hujung minggu yang lalu, aku telah menghadiri satu jemputan daripada Wedding Studio Sdn Bhd bagi majlis pelancaran lokasi terbaru mereka yang dinaman H Garden Cafe yang terletak di Chow Sow Lin. H Garden Cafe merupakan lokasi yang ke 4 Wedding Studio dan pastinya memberikan kelainan daripada lokasi-lokasi sebelum ini yang ditawarkan. Korang nk taw apa istimewanya H Garden Cafe ini? Teruskan membaca =D


Monday, August 20, 2018

Jom Tempah Penginapan di Eastin Hotel Penang Dengan Traveloka!

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera


Cuti sekolah dah tiba ni. Masih duduk rumah? Masih belum pikir nak kemana-mana cuti ini bersama keluarga? Tak teringin ke Pulau Penang? Syurga makanan.HUH. Mesti korang rindu nak makan nasi kandar line clear, jalan-jalan di Batu Feringgi, menjejaki ke Bukit Bendera. Aku nak ajak korang datang ke Pulau Pinang dan menginap di Eastin Hotel, Pulau Pinang. Nak tahu kenapa Hotel Eastin? Teruskan membaca ye.

Gabungan 7 fungsi dalam 1 Aplikasi Hanya dengan CANNIS

Hello Semua

Kini, media sosial bukan lagi satu benda yang asing didalam kehidupan kita. Pengguna media sosial meningkat tahun demi tahun tidak mengira peringkat umur. Baru-baru ini Nimpmos Sdn Bhd, sebuah syarikat daripada Malaysia telah melancar sebuah aplikasi (APP) iaitu CANNIS yang mampu mengumpulkan pengguna 10,000 dalam tempoh 24 jam. Tujuh fungsi di dalam satu aplikasi Cannis? WOW!

Sunday, August 19, 2018

ORGGA! Produk Kecantikan Berasaskan Bahan Organik Yang Penuh Dengan Keistimewaan Untuk Kulit Wajah Anda

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera


Rata-rata masyarakat kita sangat cintakan produk kecantikan terutamanya perempuan lah kan. Mereka ni sanggup berhabis duit asal nampak cantik, meletup, kebabom ye dak? Itu lah sebab kita selalu dengar masalah kulit rosak akibat daripada menggunakan produk yang mengandungi bahan merkuri dan produk yang tidak diluluskan oleh pihak KKM. Kini, pilihan produk kecantikan berasakan bahan-bahan organik kian menjadi pilihan di kalangan wanita dan juga para jejaka dengan adanya ORGGA.

Friday, August 17, 2018

Pusat Konvensyen Baru Terbesar di Selatan Lembah Klang Hanya di Bangi Avenue Convention Centre (BACC)

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera


Baru-baru ini aku menghadiri majlis perasmian Bangi Avenue Convention Centre (BACC) di Bangi,Selangor. Apa yang membuatkan aku  teruja dengan pusat kovensyen ini ialah keluasannya dan bukan hanya dewan semata-mata. Selalunya masalah mencari tempat untuk mengadakan majlis secara besar-besaran selalu dihadapi oleh mana-mana penganjur.Maklumlah nak cari tempat yang selesa, luas dan yang paling penting harga yang dikenakan berpatutan sangatlah susah.Kini anda tak perlu risau lagi sebab (BACC) pasti memenuhi keperluan majlis korang.

Hadiahkan Sejambak Bunga Untuk Yang Tersayang Dengan Flower Chimp

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera


Pemberian sejambak bunga buat yang tersayang begitu sinonim dengan gaya kehidupan masyarakat kita di Malaysia dan juga dunia. Aku pun dulu pernah hadiahkan bunga untuk orang yang kononya cintalah.Gituwww! Teringin nak hadiahkan sejambak bunga yang cantik dan segar? Jom dapatkan  khidmat perniagaan daripada FLOWER CHIMP yang merupakan syarikat yang menawarkan perkhidmatan pemilihan jambangan bunga sehingga ke penghantaran bunga terbesar di Asia tenggara. Selain itu, Flower Chimp juga menawarkan perkhidmatan penghantaran ke seluruh negara yang meliputi lebih daripada 80 daerah di dalam Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak.