Saturday, November 18, 2017

Aktif Kembali


                                           Assalamualaikum and hello everyone !

Selepas beberapa tahun menyepikan diri daripada dunia blogging dan akhirnya aku bercadang untuk kembali aktif semula dan berharap semua pembaca dan juga blogger-blogger di luar sana dapat memberikan sokongan penuh kepada diriku ini.(Ewah) Pada tahun ni merupakan tahun ke 8 wujudnya blog ini walaupun dah beberapa tahun tak aktif.(2010-2017) Ada beberapa faktor yang membuatkan diri ini mahu kembali aktif berblogging semula. Sebelum ni alasan malas untuk berblogging salah satunya kerana sibuk dengan kehidupan seharian maklumlah studentkan .(Acah sgt tu) So, bermula saat dan detik ini, Insyaallah blog ini akan kembali dengan penulisan-penulisan yang lebih berinformasi  .Hahahaha

Sumber: Google Image


Antara faktor yang membuatkan aku ingin kembali aktif adalah :

1) Blog merupakan sesuatu yang sangat rare pada masa kini

Dengan kewujudan app-app baru yang lebih mudah dan popular menyebabkan blog semakin ditinggalkan .Segala review boleh dilakukan dengan mudah di instagram story, Facebook live update, Tumblr dan lain-lain lagi. Blog  begitu popular dikalangan pembaca sebagai wadah penulisan pada masa dahulu telah diambil alih oleh app-app yang terkini. Kebelakangan ini aku baru tahu yang masih ada blogger yang masih aktif berblogging dan dunia blog tidaklah teruk seperti yang aku rasakan dan sangkakan . Malah segala event-event ataupun press release yang diadakan masih memerlukan para blogger sebegai media untuk menulis tentang event yang di anjurkan. So sesiapa yang masih  ataupun aktif  berblogging tu merupakan satu dalam seribu taw .Hahaha

2) Pengaruh Kawan Baik

Mungkin beberapa followers ataupun pembaca yang mengenali  blogger muda yang bernama Zharif Azis yang merupakan kawan baik aku. Sila klik link untuk ke blog beliau http://jejakakaula.blogspot.my/ . Actually, kiteorang sama-sama mula berblogging pada tahun 2010 dulu dan beliau sangat aktif sampai kehari ini. Followers dan pembaca si Zharif ni pon semakin bertambah serta rezeki beliau dijemput untuk menghadiri event-event besar. Since aku pengikut setia si Zharif ini membuat aku merasakan best jugak berblogging ini. Daripada aku datang buang masa teman orang je, why not aku sendiri yang attend event sebagai media(Berangan) Hahaha.




Berapa gambar event yang aku hadir dan sebenarnya banyak lagi tapi kalau nak upload semua gambar takut tiada ruang untuk itu . Hahahaha


3) Blog boleh buat duit taw 

Perkara ini memang aku dah tahu lama lagi semasa awal-awal berblogging lagi . Tapi malangnya pada masa itu tiada pendedahan bagaimana untuk mendapatkan duit melalui dunia blogging ni. Sekarang ini dah ada segala informasi dan pendedahan bagaimana hendak dapatkan duit melalui berblogging ini.. Tak boleh cakap lebih-lebih sebab aku bukanlah mahukan duit  sangat pon tapi lebih mahukan penulisan yang baik dan berinformasi yang boleh memberi manfaat kepada pembaca-pembaca diluar sana =)

So kepada pembaca-pembaca diluar sana .STAY TUNED!

Me in 2017






No comments: