LUMRAH PERCINTAAN..OOO YEAHHH!!!!


Sekarang bila ckp pasal couple je..semua ghairah nk tunjukkn pasangan masing2..yela zaman dah maju seiring dengan perubahan ict kat negara kita nie kan..ad yg couple jumpa f2f ad yg kenal dlm laman sosial n macam2 cara lgi lah..tapi kita sendiri x taw apa yg akan berlaku semasa bru couple hingga ke penghujungnya..renung2kan lahh..jangan lah kita mudah percaya pada orang yg baru kita kenal x sampai setahun jagung pon...




Antara petanda-petanda anda sudah 'kurang normal' :

1. Kerap merenung Handphone sendiri, sewaktu belajar mahupun bekerja.
Ini sudah pasti satu fakta yang tidak boleh lagi dinafikan. Siapa yang berani menafikannya, mai jumpa aku. Apabila kita sudah tidak lagi senormal dulu, kita akan lebih kerap menunggu dan merenung handphone ataupun telefon bimbit sendiri dengan harapan agar si Dia akan menelefon anda ataupun menghantarkan teks ringkas (SMS). Percaya atau tidak? Sedar atau tidak? Tidur, Makan, bangun dari tidur, berjalan-jalan, sudah tentu Handphone la akan menjadi pengganti si dia. Masih tidak percaya? LIHATLAH DIRI KAMU!

2. Lebih gemar senyum seorang diri.
Ini lagi dasyat. Sangat dasyat dan berada di tahap yang agak kritikal. Apabila anda sudah 'kurang normal', anda akan lebih gema senyum seorang diri apabila ingat detik-detik indah, romantis ketika berjumpa dengan si dia. Kelakar, geli, poyo? Tak mengapa. Sudah menjadi kenyataan yang sukar untuk diubah. Betul atau tidak kawan-kawan? Adakalanya anda boleh merenung ataupun tidak sedar apabila dipanggil oleh seseorang. Ini lagi akan memberikan ekspresi yang pelik buat rakan-rakan anda.

3. Tidak lepas untuk menjenguk profile si dia dalam laman web sosial.
Masih lagi tidak terlampau percaya? Cubalah periksa diri anda sendiri? Ada atau tidak sindrom ini? Kalau tidak ada, maka anda masih lagi tidak 'kurang normal'. Mengapa kita berkelakuan sedemikian? Oh tidak, kita cuma sekadar untuk melihat/menjenguk profile milik si dia. Manalah tahu ada 'status' terkini pasal diri anda ataupun dapat tahu apa yang si dia sedang buat. Ada atau tidak? Tentulah ada!


bila tengah hepi senyum sampai ke telinga... bila sedih sebaliknya...zzzzzzzz

Tapi, jangan kita yakin 100% dengan apa yang kita miliki ini akan kekal lama. Tidaklah akan seindah khabar daripada rupa. Jangan terlalu cepat dan yakin dengan apa yang anda miliki kerana dalam sekelip mata, semua itu akan lenyap dan diri anda sendiri yang akan merana. Percayalah.

Nak tahu tanda-tanda seseorang itu sayang dengan anda,

1. Setiap pagi dan setiap malam. Selepas anda bangun, sebelum anda tidur, si dialah orang yang akan membuat panggilan dengan anda dan mengucapkan "SELAMAT MALAM & SEMOGA MIMPI INDAH".
Jangan hairan, cara ini sudah dipraktikkan oleh kanak-kanak dan remaja pada zaman sekarang. Kalau boleh, apa saja yang dia buat. Dia akan bagitahu dengan orang yang dia sayang. Selepas bangun dari tidur, sebelum masuk tidur. Paling tidak pun, dia akan menghantar Teks Pesanan Ringkas (SMS).

2. Dia akan kerap menjenguk/berjumpa dengan anda walau betapa jauhnya jarak antara kamu.
Ini juga antara satu pengorbanan yang tidak boleh dipersoalkan. Kalau tidak sayang, kenapa harus bersusah payah untuk berjalan jauh agar dapat berjumpa dengan kekasih hati beliau? Buat apa buang tenaga? buat apa bazir duit? buat apa buang masa? Oh tidak, ini juga satu pengorbanan yang patut dihargai. Lagi-lagi, bila orang itu berniat untuk membuat kejutan kepada anda sama ada sewaktu anda sedang belajar ataupun bekerja. Contoh, seseorang itu sanggup untuk travel daripada Kuala Lumpur ke Shah Alam dengan menaiki teksi, dan terpaksa meredah hujan, semata-mata untuk menemankan kekasihnya yang berehat hanya untuk SEJAM sahaja. Dengan basah kuyup dan kesejukkan. Bukankah itu satu pengorbanan?

3. Dia tidak akan pernah jemu mendengar masalah yang anda hadapi dan tidak pernah jemu untuk bertanyakan apa yang sedang anda buat.
Yes!, ini lagi sudah pasti. Kalau tidak sayang, kenapa perlu susah-susah untuk mendengar masalah orang lain? kenapa perlu buang masa untuk bertanyakan apa orang lain tengah buat? Bukankah itu adalah salah satu pembaziran dari segi masa dan juga tenaga. Renung-renungkan.
Kalau aku, aku tak sayang orang tu. Takkan ada la aku selalu nak mendengar masalahnya tanpa sebarang sebab. Takkan ada la aku selalu bertanya apa yang dia sedang buat. Bukankah itu BUSYBODY namanya?



Tetapi beringatlah, semua itu tidak akan kekal apabila berlaku sebarang perubahan terhadap dirinya

Tanda-tanda seseorang itu berubah/kurang sayang terhadap anda :
1. Dulu, selalu call, selalu sms, tapi sekarang? HMMMMM....
Percaya atau tidak? Percaya atau tidak? Pernah rasa seperti ini? Awas, apabila perkara ini sudah berlaku? Anda janganlah meletakkan harapan yang sangat tinggi terhadapnya. Cubalah untuk belajar menerima kenyataan. Kebiasaannya akan berlaku seperti ini, Pada awalnya, pheww! Tidak pernah lepas untuk call atau pun sms. Nak ikutkan, boleh capai 300 mesej sehari dan 20 call sehari. Tapi lama kelamaan, akan berkurang dan berubah. Cubalah untuk berhati-hati, kadangkala orang cuma nak mengambil kesempatan atau sekadar ingin mengguna-gunakan anda sahaja.

2. Dulu selalu ucap "Goodnight and sweetdream sayang", tapi sekarang hanya ungkapan "BYE!".
Lagi, lagi dan lagi. Ini juga merupakan salah satu perubahan yang sangat ketara. Dulu ungkapan selamat malam atau selamat pagi sering diungkapkan, tetapi sekarang, jangankan ada sebunyi pun tiada *maaf, jika tatabahasa saya kurang tajam* . Berhati-hatilah, jangan sampai anda terlampau mengharap, at last, korang juga merana. Jangan terlalu yakin pada sesuatu.

3. Banyak sangat bagi alasan. Terlalu, selalu dan kerap tanpa sebarang sebab yang munasabah dan secara tiba-tiba.
Haaaaaaa, yang ini pun boleh diguna pakai. Dulu, tiada sebarang pertanyaan yang kurang manis kita pertanyakan kepada dia. Senang cerita, semuanya masih bahagia. Tapi lama kelamaan, keadaan akan menjadi buruk apabila si dia kerap dan secara tiba-tiba sering memberi alasan yang tidak munasabah. Lambat membalas text mesej, tidak membuat panggilan lansung, mematikan telefon bimbit, menolak ajakan untuk berjumpa tanpa sebarang sebab dan secara tiba-tiba tanpa apa-apa penjelasan daripada awal perkenalan lagi. Untuk 1 kali, 2 kali atau 3 kali pertama tidak mengapa, tetapi kalau ke 4 dan seterus kalinya, itu sudah pasti dan sememangnya KRONIK. Renung-renungkanlah!





Tetapi, tidak salah untuk kita berusaha untuk mempertahankan sesuatu yang kita ada walaupun sudah hampir ke penghujung atau perhentiannya. Tidak apa, anggaplah itu sebagai satu pengajaran. Tidak mengapa, yang penting kita sudah cuba sedaya upaya. Kita tidak boleh janji untuk buat yang terbaik, tetapi kita boleh janji untuk buat yang terbaik.

Its much better than NOTHING.

1 comment:

budak.bandung.laici said...

betol tu..
pandai cik dukun ni...

 
Blogger design by suckmylolly.com